Sep 10, 2015

Hasil kreativiti bayi berumur 1tahun 5bulan

Assalamualaikum wbt..

umur tu kira bayi lagi ke? confuse lak aku.. hahaha.. boleh la... 

cerita pasal dak Danish.. kadang² aku tak rasa umur dia baru setahun lebih.. sebab akal dia kemain panjang.. kuat membebel.. suka tiru apa kita buat.. suka ajuk apa kita cakap.. confident level dia yang tinggi.. etc..etc..

ada kawan aku belikan lego untuk Danish.. dulu memang tak pandai main.. yang Danish pandai, campak² je.. tu kehebatan Danish waktu tu.. 

Danish berjaya susun sampai tinggi macam ni.. yang bulat² kat belakang pun Danish dah boleh susun ikut saiz even kenkadang ke laut gak peginya..

tengok tv sambil bertenggek atas lori dia.. ni dah kira tinggi betul confident level dia sebab yakin tak tergolek.. padahal pernah je tergolek.. ni belum part dedua kaki atas lori..

main masak² dan suap² with his "baby".. pastu cakap "dap..dap".. 

and this is the latest one.. buat lakaran seni kat kasut dia.. aku cuma mampu istighfar je.. nak marah tak boleh..

btw, banyak lagi ragam dia.. paling best, dia dah boleh mengenal beberapa jenis haiwan dan kenderaan.. dia tau kapal terbang, tau ayam, tau meow, tau bird.. tapi kalau lori, segala jenis kenderaan besar dan panjang atas jalan raya, dia akan sebut "luwiiii".. maka lori la tu pada dak Danish.. 

Hasil kreativiti Danish yang lain yang aku sendiri tak jangka adalah sembunyikan termometer dia yang sampai skang aku tak jumpa.. haishh.. kreatif sangat engko nak.. lulzz.. 

skang ni kalau dah dekat waktu balik, rasa tazabar nak balik umah.. nak tengok perangai baru dak Danish.. hahaha..macam la aku sorang ada anak kan.. *lantakla*



11 comments:

  1. Belum sampai part lompat dan memanjat secara ekstrem.. Ke anak sy je kot. Danish mesti budak baik kan.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya Ada Anak..nak jugak heheh

    ReplyDelete
  3. Bestnya Ada Anak..nak jugak heheh

    ReplyDelete
  4. wahh..bijakk.. seronok tengok gelagat dan perkembangan anak kan kak.. husna, saya pasang lego, dia tukang cabut.. sabo je la..

    ReplyDelete
  5. Take care of your baby,pn ..........Biarkan dia nak buat apa...masa ni lah kita kasi chance dia nak explore segala benda as long the thing that he do doesnt harm him ..... ^^
    Good luck ,super mommy..Insya-Allah besar nnt jd org yg berguna...saya doakan ... :)

    ReplyDelete
  6. Minda dia tengah berkembang dgn sihat ...good lil boy :)

    ReplyDelete
  7. perkembangan yang bagus Alhamdulillah

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com