Oct 21, 2015

Anak Tantrum

Assalamualaikum wbt..

Danish skang dah masuk 1tahun 6bulan.. Alhamdulillah, sihat walafiat.. cuma sedikit batuk tak habis dari minggu lepas.. batuk lak jenis on off.. sebab jerebu ni la agaknya..

so, bila batuk² macam tu, badan pun jadi tak sedap.. tu yang mula tunjuk perangai cantik dia.. Skang aku faham perasaan hemak² yang berdepan dengan anak tantrum.. Allahuakbar, memang betul² menguji kesabaran aku.. Danish nak berkepit je dengan aku.. nak berdukung je memanjang.. dengan keadaan aku macam ni, mana larat sangat nak dukung Danish..

Danish ok je kalau ajak main², baca buku, tapi kena SENTIASA DI SAMPING Danish.. dah tu, tak kan aku nak duduk goyang kaki.. kena gak la masak, jemur kain, cuci pinggan,etc..etc.. tapi bila aku bangun ke dapur je, Danish automatik akan mengamuk macam kena pukul.. makin kite pujuk, makin menjadi² ngengada dia.. Macam minggu lepas, dari hari Jumaat sampai hari Ahad buat perangai macam tu.. mengamuk² sampai lempar barang.. berguling² tanda protes.. 

Sampai satu tahap kesabaran aku dah tersangat la menipis, aku marah Danish kaw² plus tepuk montot Danish.. ye, setakat tepuk kena pampers dia, tapi aku jadi sakit..sakit sebab tergamak aku pukul anak sendiri.. bodohnya.. last² terjadi la kejadian nanges berjemaah dengan anak.. peluk² dan cium² anak.. tak sampai 5minit dari kejadian marah Danish tu, aku memang menyesal gila.. anak baru setahun kot.. Isnin tu lak, aku jadi emo memanjang.. rasa bersalah yang teramat sangat kat Danish..

Pengajaran dari kejadian tu, aku memang tak akan marah Danish.. aku je yang terlebih emo.. bukan aku kata nak manjakan anak, tapi dalam pada manja, ada tegasnya.. bukannya marah mengkhinzir buta sampai lupa diri macam kena sampuk setan.. 

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa. 

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya. 
Sumber TANTRUM dari Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’

So, bila aku kaji, aku belajar, aku membaca, aku selidik..rupanya bila kite marah anak, jadi negatif.. so, banyakkan bersabar.. lepas kejadian tu, setiap kali Danish mula buat perangai, aku istighfar dulu, tanya dia elok² dia nak apa, pastu bawa mana dia pergi.. kalau sesuatu yang dia nak tu membahayakan, aku cuba alih perhatian dia.. sebab Danish pernah nak main garfu, nak kacau minyak panas kat dalam kuali, nak pegang cerek panas..so tukarkan dengan benda atau perkara lain..

#throwback jenjalan Paya Indah Wetland beberapa bulan lepas.. sesi mengenal haiwan..  Love u Sayang!! ♥♥♥


Korang kalau ada anak yang tantrum dan korang spesis kurang penyabar, better study dulu pasal anak tantrum.. takut anak jadi mangsa..

Ok, sekian saja ilmu untuk hari ni.. ecehhhh, macam cekgu lak.. okbai..

8 comments:

  1. instighfar byk2 kalau berdepan dgn anak yg buat perangai mcm ni..kecik sgt lagi tu...akak dulu lagi la, siap bergilir tido malam dgn a.mie sebab dia tak nak tido, krg kita tido dia meragam pula...ingatkan mende la tantrum tu..dah mcm nama robot...hehe...

    ReplyDelete
  2. kena byk2 sabar tina. anak umur cantu mmg kuat tantrum..
    ehh tina pregnen ke??

    ReplyDelete
  3. Skang jerebu teruk....nini pon batuk balik...

    ReplyDelete
  4. anak tantrum mmg menguji kesabaran
    istighfar dan elakkan diri bersama dgn anak buat sementara waktu
    takut diri sendiri yg tak dapat mengawal amarah, anak yg menjadi mangsa

    ReplyDelete
  5. Setiap mak2 akan paham perasaan nie..nak2 pulak bile dlm keadaan kite stress ngan anak pulak merengek2, mmg otomatik akan hilang sabar..T_T

    ngan qisya nie pun kadang kene byk bersabar dgn perangai die..darah dh naik kepala dh kadang..hahaha..tp cepat2 istighfar..turun nakk turun naik napas istighfar..sebab dh menyesal dulu penah marah die..hehe..

    ReplyDelete
  6. hahaha aku mmg hangin klu anak buat hal .... klu ngan alisha tak leh marah klu ngan fahim kena marah dan garang ... setiap anak berbeza hanya ibu bapa tahu nk handle setiap kenal pasti jenis tingkah laku anak ... jika yg mcm alisha gunakan psikologi klu jenis mcm fahim tu guna ketegasan ....
    hanya ibu bapa je tahu jenis ank ... klu anak jenis psiko guna ketegasan mmg tak jalan ...sama juga anak jenis ketgasan guna psiko pun x jln ..ibu bapa yang kena bijak handle anak2 kita ...

    ya Allah panjang la pulak .....

    ReplyDelete
  7. Itulah..nk.xnk sbr je lah kan...anggap ini dugaan..azwa bila.kita marah die..die wat lentuk2 kepala...adoihai anak...xjadi umi nk marah lagi..

    ReplyDelete
  8. setiap anak tak sama..ada yang memang boleh cakap elok2 tapi ada juga yang kena tegas dan keras sikit..itu anak2 saya la..yang kakak tak payah marrah pun tak pe..dari kecik kita cakap baik2 ikut je..tapi yang kecik ni 3 tahun dah, cakap baik2 pun dia kalau kata tak nak memang dia siap baling barang kat kita j.jadi kena tegas sikit dengan dia..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com