Jan 30, 2015

Anak sakit bukan kita yang minta

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku cuti tetibe.. tapi tak la dikategorikan EL.. pagi ni datang keje isi borang cuti untuk semalam.. Since Rabu lagi Danish demam, tetibe je petang tu panas.. pengasuh send wassap kata suhu Danish 37.6.. panas dah tu untuk baby macam Danish.. BS kata dia tuam² Danish, bagi ubat dan suhu turun sikit.. malam tu Alhamdulillah dah ok..memula memang tidur dengan tenang..

Khamis, pukul 1.44pagi, Danish merengek..suhu tinggi, 38.3 pulak.. bagi ubat lagi, tuam dahi..bagi susu tapi Danish refuse.. husband pujuk Danish, tepuk² nak bagi tidur.. badan dan kepala je panas, kaki sejuk.. sampai pagi semalam, suhu turun sekejap je.. pastu naik balik.. bagi ubat pun macam tak berkesan, sudahnya bawa pegi klinik lagi.. ok, aku bukan tak nak bawa pegi klinik, tapi 2 minggu lepas baru demam dan bawa pegi klinik.. doc cuma akan check, pastu bagi ubat..sama je prosedur dia kan.. kali ni doc bagi ubat yang lain.. balik dari klinik, bawa pergi berurut.. mana la tau salah urat ke, nak bagi badan Danish sedap sikit..

Malam tadi nampak ok sikit.. lepas bagi ubat, tidur dengan lena.. tapi kul 3pagi tadi bangun..merengek.. panas balik badan dia, suhu kembali pada 38.3.. Allahuakbar, sungguh hati ni sangat risau.. minum susu, bagi ubat dan sambung tidur.. pagi ni nak hantar ke taska, punyala Danish tak nak sampai menangis².. badan masih panas.. aku bukan nak lepas tanggungjawab tak nak jaga anak sendiri dengan hantar Danish ke taska.. tapi bulan ni je aku dah cuti banyak kali.. tak nak la bos masam muka..

tapi sampai je ofis, bos aku terus sergah, "macam mana ye u jadi ibu, anak asyik sakit je".. Astaghfirullah, anak aku sakit bukan aku yang minta.. dah duduk kat taska, kite sendiri tak tau situasi macam mana.. aku cuti bukan suka² senang lenang duduk rumah.. tapi cuti sebab jaga anak.. Danish kalau sakit memang refuse susu botol.. aku memang kena cuti.. takkan nak biar anak kelaparan.. bos aku tak ada anak, tapi sikit pun takkan tak boleh fikir situasi orang ada anak macam mana..aku tak nak jadi macam parents anak² lain yang kat taska Danish tu, anak sakit pun masih sanggup hantar ke taska.. lebih utamakan kerja.. kalau rasa tak sanggup jaga anak sakit, JANGAN BERANAK.. pengasuh tu bukan nak urus anak kite seorang ye, ramai lagi dia nak urus.. aku dah siap² bgtau pengasuh, nanti kalau suhu badan Danish still panas dan Danish merengek, terus wassap aku, aku balik.. 

korang yang dah jadi mak bapak, kalau anak sakit tu jangan la hantar jugak ke taska/rumah pengasuh.. kesian jangkit kat anak lain.. ni sakit mata pun ko sanggup hantar ke taska.. pastu engko kalau jadi bos tolong la tolak ansur sikit, jangan jadi kuku besi sangat..

1st day demam..muka tak puas hati kena makan ubat

terkini : pengasuh baru wassap, suhu Danish naik..38.4 pulak.. nak nanges ni...teringat semalam doc pesan, kalau still panas lagi, bawa pegi hospital..amik darah.. nak ke ER tu ok lagi, nak tunggu giliran tu aku tak larat.. tapi tak apa la, demi anak..


notakecik : terus tak ada mood nak buat keje..
Read More

Jan 27, 2015

Cabaran breastfeed

Assalamualaikum wbt..

Danish dah 9 bulan dan aku masih bagi susu badan+fm.. kenapa campur?? aku dah mention sebelum ni.. tapi tiap hari aku memang tak pernah miss untuk pump.. sekurang²nya kena ada 6oz untuk bekalan Danish kat taska.. aku perasan sangat, kalau aku stress, hasil memang sangat² sikit.. kalau aku tak stress, tak fikir pape masalah dan chillex, memang lebih kadang tu lebih dari jangkaan.. Alhamdulillah.. 

aku still buat 3 sesi kat ofis, biarla hasil tak memberangsangkan, tapi aku gigih.. demi anak weyhh.. lagipun malam memang Danish fully bf.. dalam ketiga-tiga sesi ni, aku buat sama ada sebelum atau selepas tea break.. dan bila selesai, mesti masa big big boss tea break.. aku pump kat bilik stor belakang pantry.. tiap kali nak cuci pump, memang akan la dengar big big bos duk borak.. some time akan tegur aku.. 

cabaran sebenar bila ada yang macam mengejek.. siyesli aku benci.. ada gak la pernah dengar cakap² seolah² aku macam lembu.. ye, macam lembu menyusukan anak, pastu susu lembu pun orang perah.. lembu woii, lembu.. aku tabahkan hati je la dengar.. aku perah untuk anak aku sorang, susu lembu diperah untuk engko yang manusia ni minum.. geram tau tak.. semalam pun dengar lagi ayat tak sedap.. aku senyum je la.. itu cabaran aku..

cabaran umum yang aku biasa dengar...
1. tak mampu beli susu formula ke sampai kerah tenaga nak pump susu??
2. banyak ke susu tu gigih sangat perah untuk bagi anak?
3. dah besar pun susu badan lagi ke? (belum ada setahun dah dikira besar ke??)
4. tak letih ke asyik nak pump susu je kat opis?
5. kenyang ke setakat bagi susu badan? 
6. sempat ke pump susu, pastu nak buat kerja lagi?

bukan masalah mampu, ada masa, kenyang etc..etc..etc.. tapi itu hak anak.. nape nak menafikan hak anak sedangkan kite mampu?? aku bercakap bagi yang mampu BF anak..yang tak mampu BF tu, aku tumpang sedih.. nape tak mampu?? banyak sebab.. macam masalah nipple atau pape je..

cuba la bagi sokongan kat mom yang breastfeed anak instead of bash diorg.. jangan bagi stress..

satu cabaran maha menyampah, BF anak kalau pegi shopping mall atau mana² public.. biasa shopping mall ada sediakan nursing room kan.. itu khas untuk mom yang BF anak.. tapi yang aku nampak, mom yang susukan anak guna botol.. yang BF ni terpaksa mengalah keluar, sambil cover la pakai nursing cover.. tapi still leceh, kat public kot.. kalau dalam nursing room, selesa sikit..aku kena macam ni masa kat klinik.. sedap je baring sambil susukan anak, guna botol je pun.. aku nak BF anak yang terkial² masa tu..

ok..kalau pun dah berjaya dapat tempat kat nursing room, yang suami tak perlu nak temankan isteri susukan anak dalam tu.. segan la ibu² lain yang dalam tu.. baru jadi kat aku minggu lepas kat the curve,tetiba ada lelaki lak.. choii, terkejut aku tau tak..

mohon ye, kalau ko tak nak breastfeed anak, jangan kutuk, jangan pandang hina, jangan kecam, jangan ejek, jangan perli, jangan fikir negatif, jangan segala yang negatif kat semua ibu² yang breastfeed anak.. duduk diam, kalau nak kutuk, kutuk dalam hati.. 


luahan hati seorang mommy yang selalu diperlekeh..cewahhhh
Read More

Jan 26, 2015

Sejuk perut mommy mengandung

Assalamualaikum wbt..

Aku dah lama perasan sebenarnya.. tapi ala, mesti korang pun sama kan..

Setiap kali Maghrib, aku mesti akan buka chanel 106 Astro Oasis.. sebab sebelum azan akan ada Indahnya Iman kan.. ada zikir, selawat, nasyid.. halwa telinga sebelum masuk waktu kan.. oleh kerana dah dibiasakan dengan alunan zikir selawat dan nasyid, dak Danish automatik akan jadi behave.. hah, besar impaknya..

Ye..ye..anak korang pun mesti macam ni kan.. siyesli, terkejut kan.. lagi² untuk 1st mommy macam aku.. baby yang tak tau pape akan elok perangai bila dengar azan, zikir, selawat tu semua.. tak sangka kan? Bila husband kata, "tengok ni, bagus betul terus duduk diam bila dengar azan".. aku pun buat kesimpulan, "yela, azan dan iqamat kan kalimah yang baby dengar buat kali pertama" hamboihh ayat aku, entah betul entah tidak susunan kosa kata dan tatabahasa tu..


biasa elok je duduk kat riba.. kali ni sebok ke kabinet tv tu.. nak tengok dengan lebih jelas agaknya.. dah nak oii, nanti rabun bijik mata tu.. orang kata la, bukan mommy kata..

hah, aku yakin dan pasti anak² korang macam ni.. ralit bila dengar azan.. pastu sekarang aku nak bagi dia diam, pasang video alif ba ta.. senyap.. kalau tak jalan gak, video apak dia.. 

moga jadi anak berguna, soleh, teguh iman, berbakti pada mommy dan ayah, hormat kami, penuh ilmu dunia dan akhirat.. ok, dah bercita² nak anta Danish pegi sekolah tahfiz.. 


notakecik : tazabar nak tunggu Danish ada gigi, tapi husband kata kalau nak cepat, pasang gigi palesu..
Read More

Kecewa berganda

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni aku semangat nak beli tudung AJ kat online.. ni semua gara² kecewa di CS Seremban, kecewa jua di Blossom Box Store.. cakap pasal kecewa kat CS Seremban tu, malas nak cerita panjang.. cukupla aku bagitau, sangat luar biasa dia punya beratur panjang dan persengketaan yang berlaku kat sana..

Hamboihh, persengketaan kata kauuu.. well, aku sebenarnya tolong akak aku yang amik order dari customer.. memandangkan limit untuk beli adalah 2helai setiap design seorang, maka kami datang beramai².. bukan nak sesakkan Mydin, tapi nak beli untuk diri sendiri gak dan tolong kawan..

Sampai sana macam dah awal, tapi ada lagi yang awal.. meh la jamu mata dengan suasana kat sana dulu..

gambar bawah ni sebelum pintu Mydin Mall buka..elok sangat sebab beratur


pintu dah buka, orang tak ramai dan semuanya smooth..beratur elok² sambil tunggu CS buka


dah mula kecoh sebab ada orang potong que.. baru sampai terus dapat barisan depan..hamboihhh



ok, ni kat pintu kedai.. perlu ke serbu² macam tu.. aku mampu amik gambar je.. hahaha.. 



kerana kecewa..maka selpi la kami..

penyudahnya, kami ke Blossom Box Store.. sebab ada free tudung kalau beli dress atau skirt.. aku tak ada nak sangat, tapi akak aku nak beli dress tu.. sampai sana, saiz yang kakak aku nak tu tak ada.. kecewa lagi.. kahkahkah.. 

nak pujuk hati, ke Ikea la kami reramai.. saje cuci mata dan feeling rumah sendiri secantik itu.. kengkonon beli la 2 3 barang yang murah, time nak bayar tu bukan main panjang beratur... letak balik barang tu.. maka, balik la kami dengan tangan kosong dan penat amat.. kuar kul 8pagi, sampai umah kul 10malam.. hebat tak???

oh ye, beli kat online pun kecewa gak..sekelip mata sold out.. dah macam berebut SSC kat Jumpsac, Snuggbaby lak gayanya.. 

Kepada customer tetap kami, mohon ampun dan maaf.. kali ni sangat luar biasa dia punya sambutan.. kami sendiri tak dapat beli untuk pakai sendiri.. so, adil la kan.. sama² tak dapat.. hahaha.. okbye



notakecik : wanita, sila jaga sikit perangai tu..baran sekalipun, jangan mencarutrina kat public.. nak carut, dalam hati je.. malu aihhh orang laki tengok.. 
Read More

Jan 23, 2015

Ubah waktu tidur

Assalamualaikum wbt..

aku dah macam kena kejutan budaya.. ehh, macam jet lag.. ahh, cakap besar macam la pernah pergi oversea ye.. hahaha..

siyes kejutan budaya dengan waktu tidur anak aku skang.. pelik sangat.. pengasuh selalu wassap kata Danish susah tidur petang.. asyik mainnnnn, lepakkkk, makannnn, mainnnn je la keje dia.. bila waktu dah hampir petang, masa tu time aku jemput dia, masa tu la Danish mengantuk.. tak dan sejam tidur, aku dah sampai..

pengasuh kata kesian sebab baru nak lelap.. siap yakin balik umah mesti tidur.. mana ada.. balik umah, jumpa mommy dan ayah, sambung main lagi.. kenkadang kul 10 baru tidur.. pernah la pecah rekod kul 11 lebih baru tidur.. tu pun aku paksa sampai nangis² dak Danish tu.. Danish tu baru 9 bulan kot, biasa baby kan banyak tidur.. ni tidak, ayah dia pulak banyak tidur..kahkahkahkah..

so, tiap kali dak Danish tengah lepak kat taska, pengasuh memang akan anta gambar.. bergantung pada masa dia gak la, kalau sibuk just berbalas wassap je..ni hah, beberapa gambar yang BS anta.. 


paling suka, menyebok kat dapur..katanya nak tolong BS masak untuk minum petang


cergasssss je aku tengok dak Danish ni.. bila tah mata dia nak layu.. kadang tu kalau kat umah, menjelajah setiap penjuru, jenuh aku nak angkat dia, letak kat toto, pastu ilang lagi.. port paling best memang dapur.. nape tah.. 
anak korang memang macam ni ke? susah tidur dan suka tidur lewat.. ke korang ada time tidur diorg, masuk waktu je WAJIB tidur.. pening makk


notakecik : kental bebbbb, kental
Read More

Jan 22, 2015

Tak sesuai dengan usia

Assalamualaikum wbt..

Sekarang target sehari satu entry je.. jimat sikit tenaga otak nak gali idea.. kehkehkeh..

Hari ni dah Khamis..mati² aku ingat Rabu.. tak sabau nak ujung minggu sebenarnya, nak golek² dengan anak.. ehh, Sabtu ni nak ke CS candat tudung AJ.. pheww, bertabah je la nanti bawa dak Danish..

Danish skang dah pandai memilih.. memilih aku dan apak dia tu satu hal, memilih mainan.. skang tak ada dah main teether.. main kereta la baru rare.. hari tu konon nak belikan soft block ke, lego ke, bebola yang soft tu ke.. bagi dia pegang, dia buat tak reti je.. tapi bila nampak toys ni, kemahen pusing terus badan dia.. hamboihhh ko anak..

ni haaa..aku pun tak reti aihhh apa nama mainan ni.. ni kalau on, kereta tecik² buh kan landasan dia, pastu gerak la, meluncur.. best la gak.. pastu helikopter tu pusinggggggg je memedang.. aku pun tak pasti macam mana cara nak main ni..


yang jadi lain..dak Danish dah macam rasaksa, dia hempas landasan tu, hadang kereta pastu nanti semua kereta tu eksiden, cabut helikopter, terbalikkan landasan tu, gigit pokok.. dan pernah gak jadi alunan muzik untuk tidur.. aku off je, terus celik mata, kalau on layu je mata terus tidur.. blerghhh


tengok semula kotak mainan tu, sesuai untuk 1 tahun ke atas.. Danish baru 9 bulan..kahkahkah.. patutla Danish pun tak faham cara nak main.. 

Esok sesapa pegi CS Aidijuma Seremban 2, lelambai la sikit ye.. *bajet pemes*.. ikutkan malas nak beratur, tapi kena gak penuhkan order customer..



notakecik : sejuk..sejuk..sejuk
Read More

Jan 21, 2015

Pisang pun bolehhh

Assalamualaikum wbt..

Mood menulis aku buat masa ni memang ke laut.. nape tah.. mungkin sebab banyak benda aku nak fikir kot, esp pasal tempat kerja.. demit!!

Habis cerita.. bosan.. pisang tu bukan pasal pisang goreng cheese yang aku makan semalam ataupun pisang tanduk atau pisang rebus atau pokok pisang..tapi pasal almari pakaian atau omputeh kabor wardrobe.. aku ni dah lama berkenan nak beli wardrobe kat Ikea tu.. nak buh baju dak Danish.. penuh dah bakul dia, sampai semak aku tengok.. tapi tu la, nak ke sana tu jauh a.k.a malassss.. ehh, tapi memang jauh pun.. sudahnya ke kedai perabot kat Dengkil ajoo.. murah pun murah, dekat.. 

Memula datang tu, aku tengok apsal la banyak nooo gambar princess la, frozen la, hello kitty la..comel belaka.. anak aku lak lelaki, tak kena kot dengan jiwa dak Danish.. *tetibe*.. jumpa la gambar angry bird dan upin ipin tapi aku decide amik upin ipin je sebab entah kenapa memang tak suka angry bird.. tempah hari Isnin, hantar hari Selasa (dibaca: semalam)..

Petang semalam auntie kedai tu call..
"hello, Tina ke? ni auntie kedai perabot..itu gambar upin upin u mau tak ada stok leyy.." auntie tu memang sebut upin upin, bukan upin ipin..
"yeke auntie.. habis gambar apa yang ada selain upin ipin dan angry bird?
"ni ada gambar pisang..budak² manyak suka lorr.."
"pisang?? macam mana auntie" ----kat sini aku dah blurr..pisang??
"itu pisang la..cantik.."
"boleh la auntie.."--pasrah T__T

yang aku bayangkan adalah gambar pisang ini ↓↓↓↓↓

malam tadi lepas maghrib, diorg datang mai anta wardrobe tu.. ohoiiiii..comel oiii.. pisang...pisang..pisang.. berdekah aku bila nampak.. sampai dak Danish pun pelik nengok mommy monster dia ketawa macam nak terkeluar anak tekak.. ni haaaaaaaaaa... siyes comel...

 ↓↓↓↓↓
 ↓↓↓↓↓
 ↓↓↓↓↓
taraaaaaaaaaaaaaaa

pisang yang dimaksudkan tu adalah THE MINIONS.. kahkahkahkahkah.. mamtik² aku ingat bananas in pyjamas.. mungkin sebab kaler kunen tu kata pisang.. LOL.. comel gilos!!! tapi dak Danish macam seram² lak nengok kartun tu.. Harga pada aku okla, murah la gak.. RM300, kedai kat pekan Dengkil, sebelah Balai Polis Dengkil.. lupa pulak aku nak amik gambar tang dalam tu.. banyak la boleh muat baju dan barang² dak Danish.. so, yay!! mommy is suka.. dah boleh kemas bilik tu jadi lebih helok di pandangan mata.. TQ suami.. chup..chup.. muah ciked!!


notakecik : kadang aku langsung tak boleh fikir positif tentang "nasib" aku kat tempat kerja ni.. dan bukan gak aku nak kata malang.. entahla, perasaan jadi sangat tak keruan.. kang emo², kena megren lak.. so, malas fikir dan lantakkan je.. aku masih ada suami dan anak dan family dan kawan².. 
Read More

Jan 19, 2015

Rasa bersalah

Assalamualaikum wbt..

Lama jugak aku fikir nak menaip apa kat entry ni.. stuck tetibe.. dari hari Jumaat aku senyap, anak demam..

Sabtu hari tu ikut husband pegi kerja.. nope, bukan aku yang nak ikut, tapi husband yang ajak.. kesian anak katanya yang menangis beria bila ayah say "byeeee Danishhh"..

Sepanjang dari kul 5petang sampai 10malam tu, ada la aku tolong jaga kaunter jap sementara husband duk main dengan Danish.. biasa orang mai kaunter nak beli tiket kolam renang, gym, tempah dewan, tempah court badminton, tempah bilik mesyuarat, tempah auditorium, tempah bilik persidangan...haaaa, gitula.. yang aku reti back up, jual tiket je..kahkahkah..

Datang la seorang akak ke adik macam tu la.. ingat nak beli tiket, rupanya.. "Kat mana saya boleh beli aiskrim pasu ye?"

Ahhh sudahhh.. aku terus teringat entry aku pasal aiskrim dalam pasu hari tu.. takkan sebab tu?? okeh, perasan.. macam la blog engko tu pemes tina!!! 

Tapi siyesli aku rasa bersalah sebab aku pun salah sorang penyumbang info yang aiskrim dalam pasu ada dijual kat Kompleks Kejiranan Presint 16.. sebenarnya bukan dijual secara tetap, maksud aku dijual kat kedai.. tapi kat FLEA MARKET yang mana market ni setiap Sabtu dan Ahad TAPI tak semua minggu market ni ada dan tak setiap minggu kakak yang jual aiskrim tu ada..

dah tetiba husband aku tanya, "orang tu tanya apa?"
Sengih² aku nak jawab..

ehh, kat Bangi pun dah ada kabornya..tak ingat pulak nama IG orang tu..
Read More

Jan 15, 2015

Pembantu Baru 2015

Assalamualaikum wbt..

Baru hari Khamis.. uhuk..uhuk..apsal lambat sangat masa berlalu ni hoiii.. maybe sebab aku duk fikir anak je, demam pulak.. Alhamdulillah, pagi tadi dah kebah sikit, batuk yang masih on off..moga cepat sembuh anakanda sayang..

Pembantu baru bukan bermaksud aku ada staf baru ke apa.. mende, aku pun kuli, tak ada istilah dapat pembantu..kekekeke.. rasanya korang tau kot aku ada masalah penglihatan, walau tahap kerabunan tu tak banyak, tapi agak sukar gak nak tengok jam di dinding, anak kat depan tv (kalau aku kat dapur), sukar mengecam orang yang lelambai dari jauh..etc..etc..

Hari tu husband offer nak belikan cermin mata baru, tu pun aku pancing kata nak beli contact lens.. hahaha.. (TQ sayang).. oleh sebab aku sukaaaa sangat pegi satu kedai kat The Mines ni, so memang dah melekat la kat situ je.. aku beli contact lens yang murah je, RM45 untuk 3bulan.. tak sampai ratus².. masa duk belek spek tu, husband suh pilih la cap sekian..sekian..

puas la aku pakai seketul² sambil tayang kat husband, comel yang mana.. husband cuma kata, "ikut bos la nak yang mana.." senang je ayat dia tu.. finally, pilih jenama sekian dan rupenya ada diskaun 50%.. hah, penjimatan hebat tu.. buat spek baru kena test power, rupenya dah naik.. alorhhhh.. (ada tak petua ilangkan rabun??)..

ni la pembantu mata aku yang baruuu..wuwuwu.. (elehh, tu pun nak cerita).. aku tak biasa lagi pakai spek ni sebab spek yang lama kecik sikit.. dah macam guna kanta je rasa.. LOL

amacam, ok dak?? gambar blur sebab guna front camera+gangguan dari Danish.. hurmm, nampak makcik² sangat pulak yerrr..

ok..ok..nak share.. harga asal RM538, dapat less 50% jadi RM269.. kedai mana??

nama kedai : Pusat Optik Evolution sdn bhd
tempat : The Mines, Seri Kembangan (kat Pertama pun ada,pastu kat mana lagi tah aku tak ingat)

Skang ni aku rasa masih lagi berjalan promosi diskaun 50% tu..well, aku tak pakai spek jenama mahal².. prinsip aku, asal mata cerah sudah.. hahaha..



notakecik : Debor rasa hati ni hoihhhh..pastu fikirkan anak yang sakit tu..huhuhu
Read More

Jan 14, 2015

Kerana sayang atau hanya ikut ikutan?

Assalamualaikum wbt...

Pagi² aku dah sahut cabaran #handwritingchallenge.. giler gigil nak buat.. sampai ada nama yang aku terlepas pandang.. aduiii.. nak tengok tulisan aku?? cari kat fb atau ig, sure nampak..

Bila duk berdua je dengan anak, macam² benda buat.. sampai kadang² aku rasa aku kembali ke zaman kanak² gak sebab nak layan anak punya pasal.. merangkak sama, main bola sama, main kereta menan dia sama, macam² lagi la..

malam tadi la, husband OT, aku puasla layan dak Danish tu.. melasak.. panjat walker dia, ketuk penimbang, paut sofa, paut kabinet tv, main bawah meja PC, main kipas.. pastu penat, mengantuk..padahal awal lagi.. konon la nak tidurkan dia.. dodoi punye dodoi..zikir..tak tidur gak.. sambung main lagi, main hantuk kepala kat dinding, gigit kaki aku.. pastu aku saje la nangis tipu², acah Danish sebab dia macam mempermainkan perasaan aku..kahkahkah..

Beria la nangis pura² sambil tekup muka...bila aku buka je mata, Danish rupenya ikut nangis sekali.. pakej air mata lagi.. aduiiii.. nangis bebetul ni, sampai merah² hidung dia..dengan mulut mencebik menahan air mata.. sayu pulak hati mommy ni sayang..

laju² amik gambar dia dan wassap ke husband.. terus kena kondem sebab buat anak macam tu.. sorry sayang, mommy tak buat lagi dah.. 

tak pasti Danish menangis sebab ikut aku menangis atau sebab sayangkan mommy dia yang konon dalam kesedihan.. lepas adegan nangis anak beranak, sambung main.. selfie la kengkonon dan paling buat aku terharu, Danish paut leher dan kiss pipi.. sayang, awak baru nak masuk 9bulan, tapi dah cerdik.. ok, dah nampak dah perangai Danish.. HATI TISU, macam aku..wakakaka..

Pakej air mata dan hidung merah.. masa ni aku sedih gak,tapi semlat snap gambar..

Lepas aku benti nangis dan pujuk dia.. kasi senyum,baru dia senyum.. gegar sikit gambar sebab dia nak pegi kat riba..hahaha..sayang mommy lettewww


Love u sayang!!!
Read More

Jan 13, 2015

Batuk | Herbal Krim Tropika

Assalamualaikum wbt..

Entah nape malam tadi teruk betul batuk dak Danish tu.. aku jadi runsing lak.. sampai satu tahap dia tarik "erkkkkkkk" nak lepaskan batuk dia.. dah kenapa macam orang tua tu Danish uit..

Seram kot dengar anak terkokoh-kokoh batuk macam tu.. hurmm, sebab aircond ke? batuk dia sekejap², tapi banyak kali..

Terus teringat Herbal krim tropika yang aku beli dulu.. aku tawakal je la apply kat tapak kaki, dada dan belakang badan Danish.. mana tau menjadi.. masa apply tu, sesambil urut lembut.. riba dia, tepuk².. dah agak ok, baru letak atas tilam..

Alhamdulillah, walau tak sembuh sepenuhnya, batuk Danish berkurang dah malam tadi.. sambung batuk semula pas bangun tidur.. ikutkan hati, nak je aku off aircond, tapi kalau panas, mula la Danish mengamuk tak nak tidur.. masa tu berpeluh² dah dia.. aircond pun seminima mungkin suhu aku pasang, sejuk sangat kang, dengan aku dan apak Danish selesema..

itu la krimnya..highly recomended.. bukanla aku kata 101% berkesan, tapi boleh la mengurangkan.. 

ehhh..ehhh..ni bukan review berbayar ye.. aku nak share kat mommies kat luar tu.. jadi hemak orang ni kena lebih rajin gali ilmu ye..jangan main taram je..okbye..



notakecik : Asek tengok emel je kot² dapat offer keje lain..wakakaka..
Read More

Jan 12, 2015

Dah ngam

Assalamualaikum wbt..

Demi mengelakkan kemengantukan ni semakin bermaharajalela, elokla aku menaip. Siyes tak boleh bendung rasa mengantuk ni, nape tah.

Sabtu kan aku keje, tapi halfday sebab husband kena kerja petang pulak, so rotate la jaga dak Danish. Tapi tak jadi lak, tetiba husband ajak kuar. Ibarat mengantuk disorongkan bantal, aku on je. See, nampak sangat aku pantang diajak berjalan. 

Sebenarnya nak bawa anak jenjalan, itu la niat sebenar. Nak belikan dak Danish mainan katanya. Aku pernah bagitau husband, jangan duk manjakan anak sangat. Tapi husband kata biarla, tu je la yang tak ada loan, yang lain ada, rumah, kereta..etc..etc. Hahahahaha

Well, Danish sesejak ni memang dah ngam ho sangat dengan ayah dia. Ibarat kata biar mommy tak ada, jangan ayah yang tiada di depan mata kekdahnya. Sampaikan kadang² Danish akan menyebok time ayah dia drive. Pasrah je la mommy ni nak, tak apa asalkan Danish jangan nangis.



tak apa la Danish, mommy lagi suka awak rapat dengan ayah sebab mommy senang sikit nak buat keje..wakakaka..



notakecik : aku dah penat layan kerenah orang gila pangkat dan kedekut nak mampos sudahnya kepala kite dihenyak. selama ni aku diam, bertahun aku jadi kuli batak. aku tunggu masa dan waktu tu, aku luahkan semua. jangan ingat aku tak berani bersuara. apa pun, terima kasih sebab selalu jadikan aku target. dasar!!!
Read More

Terpilih

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ni hantar dak Danish tanpa menghadapi sebarang masalah.. nangis sikit je, pastu ok.. hah, mengada lebih kannn... btw, good boy sayang..

Sebenarnya nak kongsi kegembiraan.. sebab pada aku bukan senang nak jadi insan terpilih ni.. 

Pertama, setelah lama aku tak dipanggil untuk mana² interview, aku dapat.. Jumaat lepas dapat panggilan, siyes sangat berdebar.. tapi masih dalam dilema sama ada nak pegi atau tak sebab tanggungjawab aku skang dah besar iaitu ANAK.. kerja ni memerlukan aku untuk kerja lebih masa dan sanggup travel.. aku bukan tak nak, tapi buat masa ni aku nak tumpukan sepenuh perhatian pada anak dan rumahtangga dulu walaupun bukan surirumah sepenuh masa.. ye, memang belum tentu dapat, tapi sebab calon cuma 6orang sahaja. Kalau terpilih, macam mana aku nak elak??

Tempat kerja dah dekat dah dengan rumah berbanding tempat kerja sekarang. Memang aku cari lokasi sana sebab dekat dengan husband, boleh pegi kerja sama².. haaaa, nampak tak miangnya tu. Wakakakakaka.. *lempang*

Kegembiraan kedua, aku terpilih untuk beli SSC keluaran NeezaNeedles.. slot adalah sangat terhad, kalau tak silap 50 je kot, dan ada 454 orang mencuba nasib. Bukan aku je, ummi Adam pun terpilih. Siyes berdebar masa dia nak announce mereka yang terpilih, takut sangat nak buka emel. Memang rezeki dak Danish. Dalam masa sama, Jumpsac ada buka order yang mana ssc adalah sangat limited, aku tahan dari klik ADD TO CART sebab macam yakin akan dapat slot untuk NeezaNeedles. TQ sis Niza.. dan skang, aku tazabar nak tunggu SSC, tazabar nak dukung dak Danish. Asek tengok orang lain je. Sebenarnya boleh je beli jenama lain, tapi sebab ni adalah terhad dan design pun terhad, tak akan sama dengan orang lain. ngeh..ngeh..ngeh.. Meh kasi contoh SSC keluaran NeezaNeedles yang vass kebabom cantik super duper gojes meraung menangis tepi sungai kalau tak dapat slot....

Image of TS: Be my valentine Image of SS: Birds on tree (maroon)
sumber : NeezaNeedles
Comel kannnnnnnnnnnnn.. hins..hins

ehhh, hari ni kan 1st day sekolah, gigih engko aku kuar rumah kul 6.40.. gelap gulita kekdahnya, sampai Bangi kereta dah start banyak, tapi tak stuck la. Danish pun macam faham je hari ni mommy dan ayah kena kuar awal.. hehehe..


notakecik : rezeki datang dalam bentuk yang pelbagai, walau tak besar, cukup menggembirakan hati. Terima kasih Allah swt, yang Maha Pemurah.. 
Read More

Jan 11, 2015

Jurujual wanita

Assalamualaikum wbt..

Di sebuah pasar raya di Bandar Baru Bangi..

Aku belek² baju baby.. berkenan sangat nak beli untuk Danish.. dah alang² baju tidur dia banyak dah sempit, belila barang sehelai dua untuk dia.. dah dapat grab sepasang, murah je, RM10. So, nak grab lagi sepasang yang murah² sudahhh.

"Ye kak, nak saiz apa?"

"Dik, nak kaler hijau ni........" dia cantas cakap aku sedangkan aku belum habis lagi cakap.GRRRRRRR

"Hah, kaler hijau la ni. Ni yang akak pegang ni." tinggi sikit tune dia.

"Ye, akak nak kaler hijau ni saiz 6-12 bulan. Ada?????"

Dik, jadi jurujual tu kena berhemah, ramah tamah, manis muka, mesra pelanggan, sopan santun, berbudi bahasa, lemah lembut, tahan maki, tahan keji, jiwa kental etc..etc..

Kalau aku hilang waras, mau aku sembur dia balik. Mengenangkan nak beli baju untuk anak, aku tahan je. Nasib la baju tu comel. Haishh, jangan sampai ku robek mulut tu ye.

ni la baju hijau tu. berkenan sebab ada belang², tambah lak boring dengan baju kaler putihhhhh je. murah je pun ni, RM14.90.



Happy weekend semua...kepada budak² yang nak naik sekolah tu, selamat kembali ke sekolah. Maka dengan itu, kena kuar rumah awal bagi mengelakkan jammed. Aduiii, asal sekolah je, jalan jammed. Nape tah. Bertabah je laaaaaaaa
Read More

Jan 10, 2015

Dulu dan kini selepas gunakan Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum wbt..

Baca tajuk mesti semua boleh agak kan.. aku salah sorang blogger yang terpilih di antara 50 blogger untuk review Ephyra Skin Bar.. kembang kempis hidung bila dapat tau.. maklum la, lama tak join mana² GA..

Ok..ok..aku memang ada masalah kulit berminyak dan warna kulit tak sekata.. dengan lebam bawah mata lagi, aku rasa macam panda.. Pasal kulit berminyak ni, jangan cakap la..pastu kulit kusam macam makcik umur 60tahun.. aku kenkadang menyampah tengok muka sendiri..


1st day aku guna Ephyra Skin Bar ni, belum nampak sangat perbezaan.. tapi ada la perasan kat T zone ni dah kurang berminyak.. heyyy, minyak kat kulit muka aku ni kalau ko kikis boleh buat goreng ayam tau tak.. geli kannn.. sampaikan tisu adalah benda wajib aku bawa untuk lap muka, habisla mekap makkkkk.. 

Well, bila dari sehari ke sehari aku gigih pakai Ephyra Skin Bar ni, makin ketara perubahan.. minyak dah tak ada uolsss.. so, tak perlu lagi ada niat nak kikis minyak kat muka ni nak goreng ayam.. gumbira tidak terkata.. husband pernah gak tegur aku macam ada jeragat.. huihui..aku seram dengar perkataan tu..  jadi, pucuk dicita ulam mendatang la bila dapat Ephyra Skin Bar.. laju² aku apply kat muka, dengan harapan jeragat tidak bermaharajalela kat kulit muka dan warna kulit kembali sekata, nak nampak muda lagi la katakan.. memang la usia dah 30 tahun, tapi kalau boleh tak nak la nampak sangat.. nak maintain mudaaaaaaaa jewww..

dan paling best, ada opismet tegur..huwaaa, terharu.. *nangis tepi bucu katil*

"kak tina, nampak lain la muka skang..nampak glowing.."
"ehhh, nampak glossy la muka skang.."

haaa, begitula penangan Ephyra Skin Bar.. power tak power produk ni..


Kiri : ni aku dengan mak aku..kulit mak aku lagi cerah..dan cer tengok dahi jendol aku, berminyak kann..
Kanan : ni kira² 4bulan lepas bersalin.. lagi teruk muka aku.. beza giler kaler kulit aku dengan akak aku... 


ok..ni adalah hasil selepas aku guna Ephyra Skin Bar.. ekceli, segan gak nak buh gambor selfie sekembang sekentut ni..tapi demi nak membuktikan keberkesanan Ephyra Skin Bar ni, nahhhh aku bagi bukti..


pasan tak perubahan tu?? plss ignore muka budak sebelah tu..yg pakai baju merah tu adik bongsu aku.. 

beranikan diri selfie demi membuktikan kulit dah berubah.. ini aku langsung tak apply krim muka atau bedak.. memang kulit togel..

hah..yang ni adalah perubahan paling ketara.. 

hins..hins..kembang hidung bila ada gak yang perasan kulit muka aku nampak lain..wuwuwuwu.. skang ni aku tak kisah kalau keluar tanpa calit bedak sebab kulit dah cantik dan aku pun perasan yang kulit muka makin segar.. ada gak husband puji sikit..lagi laaaa kembang.. kekeke..terpaling best, TIADA LAGI KULIT KUSAM.. yeah!!


Terima kasih Ephyra!!!

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
Read More

Jan 8, 2015

Dilema hantar anak ke Taska | Menangis

Assalamualaikum wbt..

Ye, anak aku la tu yang menangis, bukan aku.. 

Hujung tahun tu kan aku cuti lama, seminggu kot.. Selasa lepas baru naik keje.. kira 1st day hantar Danish ke taska untuk tahun 2015.. pastu buat perangai.. bila pengasuh amik, kemahennn nangis beliau.. aku tak hati tisu lagi dah..terus tinggal dia.. cium ala² je..

2nd day iaitu semalam, husband hantar aku pegi keje, so bertiga la dalam kereta.. wahhh, teruja dak Danish.. maybe dia ingat nak pegi jenjalan kot.. tak habis² sengih dia.. aku fikir dak Danish ok la kan.. kereta berhenti depan taska je, muka dah lain maciammmmm.. jebeh..jebeh.. sekali lagi, pengasuh buka pintu je, terus nangis engkoooo.. aduiyaiiii.. 

3rd day, hari ni..buat perangai lagi.. ayah dia hantar naik motor..aku pegi taska gak, tapi naik kete.. motor berhenti depan pagar, menggelinjang badan dia duk menolak ayah dia tak nak aku amik.. baru masuk area depan taska, dah meraung.. pengasuh amik, enamblasratus kali ganda nangis dia.. siap pakej dengan jerit dan air mata bercucuran bak air hujan yang lebat kekdahnya.. paling best, Danish tolak² badan pengasuh tu tanda tak nak.. 

tak sampai sejam, aku wassap pengasuh tanya Danish macam mana.. pengasuh reply pakej dengan hantar gambar dak Danish.. hamboihhh, kemahennn menyongehhhh engko ye nak.. so tadi yang nangis beriaaaaaa tu hape?? lakonan semata-mata.. 

Skang ni boleh kata setiap kali husband OT je, dia hangkut sekali kami anak bini ke opis.. ko ghaseee?? punyala tak nak anak menangis sebab sekali Danish sentap dengan ayah dia, mau makan 3hari dia merajuk tak nak dengan ayah dia.. percayala..

korang ada pengalaman macam ni?? sebagai seorang mommy monster, hati aku kena kental.. memula dulu yela nangis tinggal anak kat pengasuh, runsinggg memanjang.. skang tak ada dah.. kalau duk hati tisu memanjang, gamaknya aku kena rekues taska dalam opis..

ehhh..inila budak yang suka nangis² bila hantar ke taska tu.. ni gambar malam tadi.. suka naw² kalau diagah dengan ayah dia.. well, anak ayah kannnnn... 

Read More

Jan 7, 2015

Soalan

Assalamualaikum wbt..

2 hari lepas, aku dapat khabar bahawa salah seorang sahabat baik aku kehilangan anak yang dikandungnya.. hanya bertahan selama 26 minggu dalam rahim.. 

Sejujurnya aku langsung tak tahu dia mengandung anak kedua.. tetibe dapat tau keguguran.. tak dapat bersama dia waktu ini dan aku pun tak hubungi dia sama ada call atau teks.. kenapa?? sebab bila kau call atau mesej, mesti ayat pertama, "Takziah babe..".. tambah sebak orang tu.. 

Berita kehilangan anak pun aku dapat tau melalui FB dia.. aku pun terkesan.. kawan baik weyhh, sedih.. 

Dalam post dia, rasanya lengkap dia bagitau berapa minggu usia kandungan.. tarikh sekian..sekian induce.. tarikh sekian..sekian bersalin.. 

Cuma..TIADA POST MENGENAI SEBAB DAN PUNCA KEMATIAN.. itu hak peribadi dia.. lagipun baru lepas kehilangan, takkan nak cerita satu persatu.. 

dan paling aku bengang, datang komen yang sebok bertanya,
"sebab apa baby meninggal?? takut gak ni sebab aku pun ngah mengandung."
"ehh, berapa minggu dah tu? Macam mana boleh meninggal?"

Soalan tu aku kira sangat biadap sebab langsung tak hormat orang yang menanggung.. cukup kau luahakn rasa simpati dan sedih, jangan ditambah bebah sedih orang tu.. sedekah Alfatihah lagi elok dari kau tuju soalan mengundang amarah dan terkesan hati.. 


Apa pun, salam takziah buat Nur Fathilah Ahmad Poad sekeluarga.. semoga tabah.. anak syurga kau menanti kat sana babe.. dan insyaAllah Rania akan faham situasi ni dan tau kenapa Allah swt "ambil" adik dia.. kalau kau sekeluarga sayangkan anak kau, tapi Allah swt lebih sayangkan anak kau.. *hugs*
Read More

Masuk 30

Assalamualaikum wbt..

Rentetan peristiwa beli ais krim dalam pasu bunga tu, sebelum beli ais krim berkenaan, aku ada beli busha untuk dak Danish kannn.. sedang elok membelek baju dan seluar, akak peniaga tegur aku..

"ehh, ni wife staf kat sini ye..?"

"hehe..ye..ye..macam mana tau?"

"tadi staf tu bawa baby ni, tu yang cam.."

ok..pastu sembang tanya baju, rompers, seluar, jumper, tight..tanya banyak² tapi beli sehelai je.. itupun nasib baik dia bagi harga staf.. husband yang staf, aku dapat harga murah.. best, boleh pegi lagi tiap² minggu..hahaha..

masa belek² busha, dak Danish memang tak duk diam.. gerammmmm je aku tengok.. pastu akak peniaga tegur aku.. perghhh, kembang kempis idung kembang aku ni..

"Muda lagi dah ada baby ye..bagus betul.."

aku terdiam..terkesima..muda hoi dia kata aku!!!

"akak..tahun ni saya dah masuk 30 tahun dah kak..xde istilah muda..hehehe.." (sengih kerang)

"laaa..tak nampak macam 30 pun dik.."

ko ghase??!! hahaha..yes..yes!! pasni aku boleh introduce Danish sebagai ADIK BONGSU.. wakaka.. muda hoi..muda..


ok..sambung berangan..bye
Read More

Jan 6, 2015

Aiskrim dalam pasu, dah merebak

Assalamualaikum wbt...

Sebelum meneruskan pembebelan, nak habaq ni..blog ni bukan aku yang edit.. tangan kayu mana reti buat.. konon berazam nak nampak matang, tak nak kaler pink, tapi aku tewas.. wakakaka.. aku tempah kat sorang blogger ni, mesti ramai yang kenal sebab aku tengok ramai yang tempah dengan dia.. hasil sangat superb dan aku puas hati.. syabas buat Fiza.. nak blog cantik macam blog aku gak?? cepat contact beliau..

......................................................................................................................................................

Cakap pasal aiskrim dalam pasu, hari tu Cik Eka ada up pasal cerita ni.. tapi beliau beli kat Melaka.. pastu macam biasa la, tekak aku gedik nak makan gak.. 

Kebetulan hari Ahad lepas ikut husband keje.. kat area opis dia ada Flea Market (jangan tanya aku apa benda tu).. jenjalan la aku sambil dukung dak Danish.. dapat grab sehelai busha untuk Danish, meredah lagi dari booth ke booth.. nampak ada budak pegang pasu bunga.. mamtik² ingat bunga..hahaha..rupenya ais krim.. terus cari gerai tu..

Kuciwa sebab mint flavor udah habis.. beli je la perisa coklat.. harga boleh tahan mahal, 6 hengget!! jap aku tunjuk gambor dulu..

nampak tak..nampak tak.. dah husband aku kabor aku beli pokok bunga.. nampak best kan walau dia cocok bunga plastik je..

maka makan la aku dengan rakusnya sambil berebut dengan dak Danish.. Danish aku suap yogurt je.. dia pantang nampak aku makan, kena suap dia gak.. sedang elok nak sampai bahagian dalam eskem tu, ada sesuatu aku tercocok..keras.. ahhh sudah, mende apa pulak ni.. puas aku gali..gali..rupenya!!! haishh, menipu betul niaga, memang susah nak maju la..

Tau tak dia bubuh apa?? tau honeystar?? yeee, dia bubuh tu..tapi bukan la honeystar... honeystar yang jual timbang² tu.. kemain penuh eskem, tapi di tengahnya terselit mende lain..tak jujur tau berniaga macam ni.. dahla RM6 sebekas.. baik aku beli eskem mahal.. sebabkan tekak gatal nak makan tu la aku beli.. tapi sudahnya kecewa.. aku tak sempat la nak snap gambar nak tunjuk sebagai bukti.. hurmm.. 


oh ye..sebelum ada yang tanya Flea Market tu kat mana..meh nak kabor.. FLEA MARKET kat KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16, setiap hari SABTU dan AHAD, dari 10AM-5PM.. tapi kenkadang tak ada la tetiap minggu.. 

okbye..

Read More

Baru

Assalamualaikum wbt..

Hari ni baru start keje.. Seminggu gak la cuti.. rasa lembappppp je otak ni nak mula keje balik.. 

Weyhhh..tahun baru ni.. kena ada azam baru, kena semakin rajin kerja.. (katanyaaaa).. yang penting, blog aku sudah berwajah baru.. muahahahaha... ok, keji betul gelak macam tu.. tahun baru babe, semua kena baru.. 

selain blog baru, aku pun ada semangat baru nak update blog.. (insyaAllah).. kalau boleh tak nak blog terkubur juaaa.. 

ok..ok..nanti aku sambung.. macam banyakkkkkk je benda nak share kat korang selain nak merepek tanpa batas..
Read More

Jan 2, 2015

Habis 2014

Assalamualaikum wbt...

Agak lambat memulakan entry baru.. aku masih dalam mood cuti.. 6hb nanti baru masuk keje, yay!!!

Cakap pasal tahun baru, sejujurnya aku tak tau apa azam tahun baru aku.. azam dedolu pun entah tercapai entah tidak.. macam samaaaaa je..

2014.. Alhamdulillah selamat menjadi seorang mommy.. tercapai salah satu wishlist aku selain mendirikan rumahtangga.. punya anak adalah satu anugerah.. 

kalau bercerita tentang umum..banyak tragedi besar yang terjadi.. hilangnya MH370.. tragedi menyayat hati MH17.. banjir besar yang jadi kat seluruh Malaysia amnya dan pantai timur khususnya.. terbaru tragedi QZ8501 pulak.. MH370 tu hilang sebulan sebelum aku bersalin dan sampai ke hari ini, tak tau apa yang terjadi sebenarnya..

Dan Alhamdulillah, kami suami isteri dah pun dapat memiliki "pondok" untuk berteduh dari hujan dan panas.. walau tak besar.. tak mewah.. tapi cukup buat kami 3 beranak.. sejujurnya 2013 adalah tahun yang tough buat kami.. 2014 selangkah demi selangkah kami bangkit.. dan moga 2015 ni kami jadi semakin kuat.. Biar banyak tohmahan buat kami..kami tak hirau.. 

dan pemangkin semangat aku sekarang adalah suami dan anak selain mak aku yang dah lama aku anggap sebagai heroin.. 

okla..dah tak tau nak cakap apa.. nak habiskan nasi goreng pattaya aku dulu.. ni entry warm up je ni.. kehkehkeh.. 
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com