Mar 31, 2015

Dia cuma PENGASUH, bukan BIBIK

Assalamualaikum wbt..

Pengasuh yang aku maksudkan ni yang kat taska, bukan rumah yang makcik² atau kakak² yang jaga anak orang tanpa ada register kat JKM.. haaaaa..

Pengasuh tu tugas mengasuh anak ko, jaga anak engko, bagi makan etc..etc.. tapi janganla ko pijak pengasuh tu sampai ko lanyak macam bibik.. Taska biasanya tutup pukul 6petang, tapi engko memandai suh jaga anak engko sampai lewat malam.. Bila satu hari pengasuh minta amik anak awal (7pm), ko perli.. bila pengasuh minta bayaran lebih sebab HARI-HARI ko amik anak lewat, ko ungkit kata jaga tak ikhlas pulak.. ko hengat free??? hamboihhh.. 

tak paham la aku dengan parents yang macam ni.. selagi boleh amik anak lambat, ko memang akan amik lambat.. pengasuh pun ada life sendiri..ada anak sendiri yang dia nak belai tatang.. jangan ko letak semua beban kat pengasuh.. nak buat macam tu, cari maid, doplohpatjam kat umah ko, belek anak segala bagai.. 

ni la manusia tak kenang diuntung, kite dah tolong lagi kena pijak..

aku meluahkan rasa bagi pihak pengasuh anak aku.. kesian, macam tertindas.. dia ada life, ada anak, ada suami.. dah kalau almost 24hour jaga anak orang, bila masa dia nak luangkan masa untuk anak dan suami.. kalau sehari dua mungkin boleh tolak ansur, tapi kalau dah hari², harusla semak kepala otak.. mak bapak pun nak cari duit beragak la.. bila masa ko nak manja² dengan anak dah kalau tanggungjawab ko bagi sepenuhnya kat pengasuh.. 

anak tu tanggungjawab kite ye.. 



notakecik : Danish demam lagi..demam nak tumbuh gigi lagi agaknya..
Read More

Mar 24, 2015

Sebab nak tukar nama

Assalamualaikum wbt..

Phewww...ramai yang tanya KENAPA NAK TUKAR NAMA Danish.. baik kat IG mahupun Blog.. FB tak ada yang tanya sebab tak kabor dalam tu..

Agak rumit sebenarnya nak cerita sebab masih belum berjaya tukar nama..tapi tak apa la, aku cerita je dulu sebab tak nak terus menjadi tanda tanya engkorang..

Ok..masa aku preggy dan dah tau jantina baby, gigih aku cari nama baby mula huruf M dan E.. Memula husband ok je.. pastu nak dekat hari beranak, husband secara spontan nak nama Danish.. tak apa la, aku ok je.. dan nama anak mula huruf sangat susah aku jumpa.. puas aku cari, finally jumpa yang berkenan.. ESHAN, yang mana katanya bermakna DALAM BARAKAH ALLAH...

Masa isi borang daftar nama, husband dah tulis betul, MUHAMMAD DANISH ESHAN.. tapi pegawai kat JPN salah eja jadi MUHAMMAD DANISH EHSAN.. aku macam bengang gak la.. memang silap sendiri sebab tak semak semula, tapi pegawai tu nape tak tengok betul².. geram gak masa tu, dah la dalam pantang.. grrrrrrrrrr.... seminggu selepas daftar nama, husband ke JPN semula untuk urusan pertukaran nama, tapi kena kedua ibu bapa hadir ke Pesuruhjaya Sumpah.. 

Bila aku masuk satu grup ni, aku ada refer ustazah apa makna nama ESHAN.. ustazah kata, TAK ADA DALAM BAHASA ARAB NAMA MULA HURUF E.. kalau EHSAN pun ejaannya IKHSAN (nama baby boy kedua Namee Roslan).. even ejaan jawi pun lain.. aku tekankan kat sini, aku lebih kepada ejaan nama dalam tulisan jawi.. pastu aku gugel dalam web QURANIC NAMES, nama ESHAN tu agak tak bagus (bagi aku).. meh aku tepek gambar..

klik untuk tumbesaran gambar

Lepas dapat pencerahan, aku decide untuk tukar nama ESHAN tu yang mana skang nama Danish adalah MUHAMMAD DANISH EHSAN.. EHSAN pun tak ada makna.. nama tu InsyaAllah yang lebih baik.. ESHAN mahupun EHSAN, aku tak guna dua² nama ni..  

Nanti dah berjaya tukar nama, aku share nama baru Danish dan aku share proses nak tukar nama.. ok, puas hati tak dapat penjelasan dari aku.. hikhikhik.. sebagai parents, harusla nak yang terbaik bagi anak.. kadang² ejaan pun kena amik berat sebab ejaan lain takut tak membawa makna.. 



notakecik : susah bila tersepit.. 
Read More

Mar 23, 2015

Hal-hal dan urusan rasmi

Assalamualaikum wbt..

Dari hari ke hari.. minggu ke minggu.. bulan ke bulan.. bintang ke bintang.. ,ok, dah masuk repekan murni.. kan hari tu kabor nak tukar nama Danish kann... aku gigih la pergi Sabtu lepas.. "Tina, ko hengat pesuruhjaya sumpah tu nak tunggu kau hari minggu??!!!".. hah, lebih kurang gitu la ayatnya.. dah aku lak nape tak terfikir bab ni??

ok..aku ni dah alang² ke sana, apa lah salahnya aku bebuat ada urusan.. ke tingkat atas la kami, aku nak tukar ic yang dah berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu.. sejak umur 18 tahun kot ic tu.. kahkahkah..giler lama.. plus, aku nak feeling hemak² untuk gambar ic ni.. pegi amik no, pastu tanya pasal pesuruhjaya sumpah, buka setengah hari hari biasa, nak jumpa petang, kena pegi mahkamah.. big no la nak ulang alik.. 

Sampai kaunter untuk tukar ic, hulur ibu jari tangan kanan.. banyak kali gak kot aku tenyeh benda tu.. asek tak leh baca je.. ahhh sudah, warga asingkah aku!!! *propa sangat*.. sudahnya budak tu kata, "akak, cap jari akak kite tak boleh nak match dengan yang lama la.. cap jari lama tu tak proper, garisan banyak hilang, mungkin orang yang amik cap jari ni buat suka hati dia".. nah, nampak.. patutla urusan bank susah nauuu nak detect cap jari aku.. masa kat KWSP dulu pun sama.. ciskek betul..

PERGI JPN NAK TUKAR IC,
JAP CARI TAK MATCH..
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH


Orang lain buat ic 24jam dah boleh siap.. aku 2minggu.. macam budak baru nak buat ic, yang baru masuk umur 12 tahun tuuuu.. haishhh.. terpaksa tangguh lagi urusan nak tukar nama Danish.. 

pelan²..nanti aku buat entry nape nak tukar nama walaupun belum tukar.. selagi ic tak siap, selagi tu aku duk diam.. ehh, boleh tak aku gedik call JPN tanya ic dah siap ke belum.. hahaha.. okbye
Read More

Mar 18, 2015

Resepi Solid Food : Pasta

Assalamualaikum wbt..

Aku dah tak tau nak tulis apa, aku share resepi solid food untuk anak² je la ye.. aci kannn.. masak² kelmarin sebab tengok stok makanan Danish dah berkurang.. yela, kan aku buat untuk seminggu je.. beb, aku dah buntu gak la kenkadang tak tau nak masak apa.. hari tu terasa nak masak pasta untuk dak Danish..kesian asek makan nasiiiiiiiiiiiii je.. pasta untuk baby tak jumpa, jadila pasta orang besar tu.. pon boleyyy..

Resepi Sup Macaroni Odap katanyaaa
Bahan-bahan:
 - setengah cawan macaroni
 - Lobak merah 
 - Kentang
 - Bawang besar holland
 - Isi ayam
 - unsalted butter
 - kulit kayu manis dan bunga lawang
* nak lagi sedap, boleh masukkan saderi.. aku nak beli, tapi tak ada yang fresh.. ciss
haaaaaaaaa..macam gambar kat bawah ni la bahan dia.. isi ayam tak ada dalam gambar pulak..


Cara-cara:
 - rebus macaroni hingga empuk.. titiskan sedikit minyak zaitun..
 - tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan isi ayam.
 - dah naik bau dan isi ayam dah empuk, masukkan air secukupnya. masukkan lobak dan kentang. rebus hingga empuk.
 - toskan pasta tadi tu, masukkan dalam sup.. jangan lelama, jap je..
 - dah puas hati, tutup api.. tunggu hingga sejuk pastu blend..

rupe sup pasta tu.. oh ya, sebelum blend, buangkan kulit kayu manis dan bunga lawang tu ye..

taraaaaaaaaaa..dah siap.. siyes sedap weyhh, aku tumpang makan sekali.. dan Danish pun suka!!!



selamat mencuba semua... wink..wink..
Read More

Mar 12, 2015

Progres menjelang 11 bulan

Assalamualaikum wbt...

Macam dah lama tak menulis pasal dak Danish.. saje untuk simpanan aku.. beberapa hari je lagi menjangkau usia 11 bulan.. dah macam² pencapaian dak Danish..walaupun lambat, tapi still aku rasa happy.. makan masih ok, belum pandai memilih lagi.. 

Dah pandai merangkak.. gigi baru tumbuh 2 batang.. melangkah masih belum mahu, malas ini budak.. berdiri sekejap, pastu duduk.. erghhh...

suka selongkar beg mekap dia.. penat aku kemas, dia selongkar balik.. kuarkan semua barang, pastu aucak dengan beg tu..

bukan setakat beg mekap, drawer pun dia selongkar.. 

gaya tidur nak planking je..

Dan skang, dalam proses nak tukar nama dak Danish.. haaa, mesti korang nanti tertanya² kan nape aku nak tukar.. tunggu dah setel urusan, aku up kat entry.. ceritanya panjang..

hurmm, skang ni ada sedikit penat bila ada yang sebok tanya, "ehh, belum pandai jalan lagi?".. "anak dah nak setahun, bila nak tambah?".. "apsal kecik je anak ko?".. "asek demam je anak ko, apsal?".. ohoiiiiiiii, siyes penat nak jawab.. 

Danish lak skang pantang nampak aku dan apaknya makan.. selajunya dia korek mulut kami.. minum air masak guna cawan, pastu dia celup tangan dalam cawan.. pffttt.. duduk kat stroller pun tak nak sangat dah, panas bontot.. peminat kucing.. akan nanges bila orang tak dikenali amik dia.. haaaa, yang ni aku suka.. so tak ada la Danish sesuka hati mengikut dengan sembarangan orang.. gegege..

okbye..



notakecik : serumit-rumit keadaan dan masalah, tentu ada jalan penyelesaian.. aihetchu!!
Read More

Mar 10, 2015

Resepi solid food | Baby 10 bulan

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya resepi ni tidakla aku spesifikkan untuk baby umur 10bulan.. 8 bulan ke atas dah boleh dah.. well, hari minggu adalah hari masak² stok makanan untuk dak Danish.. kali ni kebetulan husband ajak ke pasar minggu, aku redah la cari lauk sayur semua.. tengok ikan tak best.. nampak keledek, beli la sekilo.. tamak hokey.. 

sedikit kecewa bila tengok keledek tu.. kulit dah kaler purple, apsal isi kuning?? hahaha..sengal betul la.. bedal la, janji boleh makan.. keledek tu apa??? sweet potato tau?? haaaa, keledek tu sweet potato la.. aigooo...

resepi pertama,
1) Bubur havoc havoc
Bahan-bahan:
 - Carrot
 - Bayam merah
 - Beras (segenggam)
 - Tomato (sebiji kecil, buang isi)
 - Isi ayam
 - Unsalted Butter

Cara-cara:
 - Kukus carrot dan bayam
 - Beras tadi buat bubur
 - Goreng isi ayam dan tomato.. goreng ayam dulu, baru masukkan tomato
 - Dah masak semua, gaulkan dan blend hingga sedang² halus.. Siap!!

aku kukus macam ni, dalam periuk nasi je sebab tak ada pengukus.. sekali harung, tapi bayam masukkan kemudian sebab cepat layu kan..

goreng isi ayam dan tomato guna unsalted butter..

taraaaaaaaaa..hasilnya... sedap koooo...

2) Bubur sedap menjilat jari
Bahan-bahan:
 - kacang pis
 - Keledek
 - Beras segenggam

Cara-cara:
 - Kukus keledek dan kacang pis
 - Buat bubur nasi
 - Blend semua..siap!!

inilah rupenya.. sebelum blend.. tak ada isi ayam atau ikan.. simple je..


dan hasilnyaaaaaaaaaaaa... yang ni memang double sedap sebab manis.. aku nak buat lain sebenarnya, jadi lain lak..


Nak share resepi lain tapi tak ada gambar..

3) Bubur manis manis sayang
Bahan-bahan:
 - Beras (sikittt je)
 - Isi ikan merah
 - Kurma
 - Sawi

Cara-cara:
- Kukus kurma (buang biji dulu ye).. dah masak, kupas kulit dia..
- Masak beras sampai jadi bubur, dah agak nak jadi bubur, masukkan sawi
- Goreng isi ikan merah
- Dah ready masak semua, blend dan siap untuk dimakan oleh anak..ehehehe


4) Bubur kuning comel lote
Bahan-bahan:
 - Labu
 - Kacang pis yang fresh tu
 - Isi ayam

Cara-cara:
 - Kukus labu dan kacang pis hingga empuk
 - Rebus isi ayam
 - Blendkan semua bahan, dan siap!!


Haaaaaaaaa..Danish punya menu lebih kurang je.. pusing balik, bahan yang sama, campuran je lain.. kehkehkeh.. apa pun, Danish masih ok dan masih makan masakan aku.. belum nampak dia menolak kecuali bila dah kenyang.. 
Read More

Mar 4, 2015

Dua hari berturut, aku benci

Assalamualaikum wbt..

Aduiii, susahnya nak buat entry..line tak clear je.. aku tak suka kalau menaip entry ada orang usha dan baca.. haishhh..

Hari ni masuk hari kedua aku cipta rekod sampai opis lambat.. biasa kul 7.30am dah sampai parking, hari 7.30am masih stuck kat jammed.. ohoiiiii, stress betei.. semalam pun sama.. jammed ni dia punya panjang, macam tembok besar China (ok, tipu).. tapi hazab la.. dah la jalan kampung, berbarisssss menanti giliran nak lepas traffic light.. phewww... tempat yang sama, punca yang sama..

okeh, ni semalam..



yang ni hari ni.. nampak tak, tempat yang sama.. dia punya lembap sampai aku sempat snap.. ni kawasan sekolah teknik Sepang..


ni hah, kereta punah tetengah jalan..kat bukit, kat traffic light.. terpaks block jalan untuk mereka yang nak ke Putrajaya.. hahaha..mahap.. yang semalam lori sampah yang rosak.. 


so kesimpulannya, esok kena gerak awal pegi keje.. okbye..

Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com