May 28, 2015

Review : Miracle Collagen Dust

Assalamualaikum wbt..

Fuhh, review yang sepatutnya buat hari Sabtu, terbengkalai.. nak share pengalaman pakai Miracle Collagen Dust ni, best hokeyyy... maklum la, bila usia dah meningkat ke senja ni, kena la jaga mana yang patut.. muka tu jangan bagi nampak kertu sangat, sian tok laki nanti.. korang, aku dah masuk 3 series tau tahun ni, kedut tu macam nak singgah kat muka je.. fuhhh, seram..

So, bila jumpa satu produk ni, bagai pucuk dicita ulam mendatang.. Produk murah dan berkesan yang pernah jumpa abad ini.. memperkenalkan Miracle Collagen Dust..  Sebelum tu, meh aku terangkan apa itu Miracle Collagen Dust.. Miracle Collagen Dust ialah sejenis pure hydrolize collagen peptide.diekstrak dari kolagen ikan (rankaian protein). Disebabkan ianya asli, ia bebas dari sebarang bahan kimia, pewarna tiruan, perasa tiruan, additivedan tiada bahan pengawet.

Miracle Collagen Dust sangat multi purpose, selain menjadi beauty suplement dengan pelbagai cara untuk dimakan, ia juga boleh digunakan secara luaran seperti ditambah bersama krim siang, make up base, spray, dijadikan masker (campuran dengan air / apa-apa masker / lidah buaya / krim malam).


botol sangat comel..saiz kecik senang nak bawa ke mana².. satu lagi, harga sangat MURAH... RM35 sahaja uolssss


Aku nak terangkan penggunaan Miracle Collagen Dust dari pagi sampai ke sebelum tidur.. sebab aku buat semua ni, so nak kongsi..

Untuk pagi, campurkan sedikit Miracle Collagen Dust bersama dengan krim siang korang.. aku amik hujung sudu je (seperti dalam gambar).. pastu sebatikan.. then, calit kat muka..sapu macam biasa.. 

Kalau lepas solat, korang malas nak sapu krim muka, boleh campurkan sesudu Miracle Collagen Dust ke dalam botol kecik yang berisi air sejuk.. semburkan je kat muka.. memang rasa fresh.. (tak sempat snap gambar)



untuk malam sebelum tidur..korang memang pakai krim malam kan.. aku pakai.. buat macam tadi gak, amik hujung sudu Miracle Collagen Dust, gaulkan dengan krim malam korang..pastu sapu macam biasa kat muka..  hari 1st aku pakai, ada jerawat tau.. tak sampai 3 hari, jerawat dah kecut dan parut pun tak ada.. wahhh, sangat berkesan!!!


tak susah kan.. yang penting, korang kena banyakkan minum air masak sekurang²nya 2L sehari.. meh nak share testimoni sebahagian daripada pengguna Miracle Collagen Dust.. 







Amacam, best tak?? so, tunggu apa lagi, cepat la beli kalau rasa nak cantik tertarik raya nanti.. :)

untuk maklumat lanjut atau untuk tempahan, boleh ke FB page Mira Kawaii Shop atau instagram @miracle.hq (+6019-369 4896)

Read More

May 27, 2015

BAWAL AIDIJUMA

Assalamualaikum wbt..

Ok, entry ni sebenarnya nak update je.. sebelum ni pernah promot yang akak aku jual tudung bawal Aidijuma yang skang ni ngah fenomena sangat kan.. 

Sebelum tu nak bagitau pasal tudung ni sikit.. kalau sebelum cuma ada BLACK LABEL DAN WHITE LABEL je kan.. skang dah banyak.. meh aku listkan label dengan harga CS (concept store)..

- WHITE LABEL RM10
- PINK LABEL RM14
- GREEN LABEL RM15
- BLUE LABEL RM20
- RED LABEL RM29 (HANYA JUALAN ONLINE SAHAJA)
- BLACK LABEL RM33
- YELLOW LABEL ANGGARAN RM40-RM45 (NI HANYA UNTUK PREMIUM RESELLER SAHAJA)

Apa perbezaan di antara label² ni?? harusla beza labelnya..hahaha.. beza dari segi kualiti kain.. tu je yang aku tau.. nak explain lelebih tak reti..

Ok..berbalik kepada tujuan asal.. oleh sebab banyak yang berkaitan Aidijuma sangkut kat blog aku pastu ramai yang whatsapp kakak aku tanya pasal tudung dan upah, meh aku nak bagitau info terbaru.. yes, kakak aku masih jual tudung Aidijuma.. dia bukan reseller.. tapi dapat stok tudung dari reseller atau kami mencandat sendiri kat CS.. beratur amik no..beratur lagi nak beli..hazab.. 

oleh kerana skang rata² upah dah naik..upah bukan lagi RM3 seperti yang sebelum ni aku iklankan.. tapi RM5.. bukan suka² nak naikkan, tapi itu adalah upah yang rata² seller kenakan.. kalau kami letak murah, kena kecam.. tambah pulak itu la upah kami berpanas basah ketiak beratur amik no pagi² buta.. beratur sekali lagi untuk beli tudung.. check defect.. minyak dan tol ke CS, pejabat pos.. etc.. etc.. mohon faham..

sekali lagi, kalau sesape nak beli tudung Aidijuma, boleh whatsapp kakak aku.. dan tolong jangan tanya stok lama.. pihak Aidijuma tak buat restock.. apa yang kuar hari tu, kalau habis memang habis.. kecuali AJ buat jualan penghabisan stok kat HQ Aidijuma..

Boleh contact, 
Mila - 0122481060


ok..sekian sahaja.. 
Read More

May 25, 2015

Bukan rezeki

Assalamualaikum wbt..

Kejadian Jumaat lepas (22/05/2015)..aku sebenarnya sangat geram..tapi bila tengok tuan badan sendiri chillex je, aku pun tak nak la geram².. anggap je bukan rezeki akak aku..

Macam biasa, 5.35pm dingdong bunyi loceng, terkedek² la aku jalan nak balik.. Jumaat lepas tu aku parking kereta kat luar sebab dah lambat sampai ofis, malas nak masuk parking lot.. tengok fon dah ada 2 misscall, no ofis.. aku tak tau la sape.. kali ketiga call, aku dah nak uturn.. akak aku call kata kereta dia HILANG.. ahhh sudah, aku pun bagi soklan spontan, "ko parking kat mana?".. dah tentu lunch hour tu kuar dengan aku..kahhhhh.. deras² aku patah balik ke opis, tengok akak aku kat tepi jalan dengan 2 3 orang lagi.. muka merah, mata berair, nanges..

aku memang terkejut oit.... perkara pertama aku call husband aku bagitau hal ni, pastu call BS bagitau amik Danish lewat.. 

cubaan buka bonet kereta akak aku.. myvi sebelah tu penyangak punye, gunakan no pendaftaran palsu.. keji sangat!!

sama ada dah selesai atau ngah cari tools nak buka kereta.. muka nerd, tapi hati banyakkkkkkkk hitam!! 

conversation budak² Sapura (kilang sebelah).. so boleh agak kan kenapa tukang snap tak amik tindakan.. bila ada yang up kat facebook, ramai duk tanya, "kenapa yang amik gambar ni tak sergah?".. dah kalau dia sendiri tak pasti tu kereta sape, kang silap sergah naya je.. dah beruntung sangat la dia snap gambar penyangak tu.. terima kasih orang sebelah sebab bagi info dan snap gambar ni.. at least tak salah tangkap orang.. 


rumors lain kata, kereta akak aku BANK YANG TARIK.. adoiii, ingat bank tu keji sangat ke nak tarik kereta macam tu.. kereta bayar cantikkkkkkk, takkan la bank tarik.. ku lempang jugak mulut puaka tu.. 

kes -
Hilang kereta Perodua Alza, no pendaftaran WTX4993, warna Pearl White pada 22 mei 2015 pada jam di antara 5.00pm hingga 5.30pm.. 
Suspek menaiki kereta Perodua Myvi warna putih, no pendaftaran MCA521 (NO PENDAFTARAN PASLU), berbangsa cina, 2 orang..


Kepada pemilik SEBENAR MYVI PUTIH MCA521, maaf sebab dah jadi viral seluruh kawasan Bangi no kereta anda.. sebab bila check no plat tu myvi putih gak.. kiranya pandai la penyangak ni nk mengaburi mata.. 

apa pun..terima kasih kepada semua yang tolor sebarkan maklumat..yang viralkan.. yang minta bantuan rakan lain.. skang ni masih dalam siasatan polis dan Alza putih dalam senarai hitam pihak polis.. dah la aku pun pakai Alza.. pfftttt... 

aku harap penyangak ni cepat la kena tangkap.. ikutkan perasaan aku, nak je aku pijak tengkuk mangkuk ni.. haishhhh...

so, kami pasrah bersama² dan anggap mungkin ada yang lebih baik lepas kejadian ni.. 
Read More

May 21, 2015

Petua meningkatkan selera makan anak

Assalamualaikum wbt..

Ok, rasanya dah ramai yang tau pasal ni.. tapi sebab aku dah janji nak share, so aku share la ye.. dalam masa Danish tak ada selera makan tu, aku teringat budak² kat grup ada bincang pasal ni, gigih aku scroll.. tak jumpa pulekkk.. so aku gugel.. sangkut kat blog kak IntanBerlian.. 

Danish baru setahun, aku tak pasti boleh ke idak nak suap² vitamin ni..so guna petua yang tak perlu masuk mulut semua.. guna DAUN KUCAI yang engkorang guna masa masak char kuey teow tu.. aku siap google rupa daun kucai tu untuk kepastian, takut terbeli daun bawang.. 

Caranya, ambil beberapa pokok daun kucai, patah²kan lebih kurang 2inci..tapi tak payah la jujur sangat pegi ukur.. pastu rendamkan dalam air yang suam².. ramas² tau daun tu.. air tak perlu banyak sangat.. okeh, siap air rendaman, bukan mandikan terus tau.. mula² mandikan anak engkorang macam biasa, kat air bersih, sabun dan syampu siap semua.. dah siap mandi tu, jiruskan anak korang dengan air rendaman daun kucai tadi.. gosok kat belakang badan dan dada..gosok² la ye.. pastu JANGAN BILAS.. bersihkan daun kucai tu dengan kutip² guna tangan engkorang je, bukan siram dengan air bersih.. siap!!! buat 3 kali dan waktu mandi adalah petang sahaja.. 

Hari kedua mandikan dengan daun kucai tu, Alhamdulillah dah membuahkan hasil.. Selasa tu hari last dan BS kata Danish berselera sangat makan.. syukur sangat..

bukan nak kata sebab mandikan dengan air kucai tu la Danish berselera, tapi atas berkat doa dan usaha kite sebagai parents kan.. kalau sebelum ni nasi lenyek since Danish dah tumbuh gigi, skang berubah kepada asal, makan nasi blender balik.. tak apa la, asalkan Danish makan..

khasiat daun kucai
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. - sumber WIKIPEDIA

SUMBER : GOOGLE


engkorang kalau ada masalah macam ni, tryla petua ni ye.. spread to others..  ngeeee



notakecik : puasa pastu raya.. ermmmm
Read More

May 19, 2015

Cabaran bermula | Anak hilang selera makan

Assalamualaikum wbt..

Lately ni aku sangat susah hati dengan hero kecik aku tu.. sejak Sabtu lepas, Danish TAK NAK MAKAN, susu pun sangat la kurang.. aku sampai menangis la sebab risaukan Danish,tapi Danish aku tengok rilek je main semua.. btw,hemak mana yang tak emo kalau anak dia macam tu kan.. hati ni sentiasa la risau..

Dan pagi Ahad tu,celik2 mata je Danish dah minta makan.. Macam mana aku tau, sebab Danish sebut "nakkk" sambil korek mulut aku.. Alahai sayang,mommy tak makan pape la.. aku tunjuk roti, Danish tak nak, tunjuk pisang,Danish angguk.. so,suap la pisang.. suap makan sambil terharu sangat..

Orang kata, kalau anak tak selera makan,cuba mandikan dengan air rendaman daun kucai.. aku ajak husband pegi kedai, aku beli daun kucai.. petang tu mandikan Danish dengan air rendaman daun kucai.. nanti aku share cane.. siap bekalkan daun kucai tu ke taska minta BS mandikan tiap petang, 3 kali petang je..

Semalam bekalkan Danish buah naga dan macaroni cheese.. buah naga habis,tapi macaroni tak mo.. sudahnya minta tolong BS blend halus lagi campur dengan susu, HABIS!!! sup ayam dan kentang yang BS masak pun Danish berjaya habiskan..

Dan hari ni bekalkan lagi macaroni cheese,buah dan nasi+sayur bayam+jagung muda+ikan bilis goreng yang aku blend halus dan Alhamdulillah,Danish berjaya habiskan.. syukur sangat..

Kadang tu memang macam mengarut, ikut petua lama.. tapi aku ikhtiar mana yang aku larat.. Danish pun dah tunjukkan perkembangan positif.. moga Danish terus berselera makan.. sebelum ni aku susah hati Danish asek makan je, skang padan muka aku sebab Danish xnak makan..

Terima kasih gak kat BS sebab layan je permintaan aku.. huhu.. Dan untuk sedapkan hati pasal Danish ni,kawan aku cakap maybe sebab Danish nak jalan.. atau mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi.. dan aku pun ada tanya kat gruo wassap Mommy blogger, rata2 diorg pun ada masalah macam aku.. bila aku tanya berat anak masing2 pun tak ada jauh sangat bezanya dengan berat Danish.. mekaseh korang.. aku memang terasa gak la bila orang duk kata, "keciknya anak ko".. alahaiiiii.. 

Sayang..moga berat awak naik banyak ye,mommy dah malas nak jumpa nurse,boring tau..
Read More

May 12, 2015

Ulangtahun

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah, usia pernikahan dah menginjak ke angka 2.. memang masih baru, masih muda, masih mentah..tapi bagi aku cukup membahagiakan.. yela, orang lain dah masuk belas² tahun, aku masih diangka SA.. 

Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang tak romantik tapi cukup penyanyang.. sememangnya dia jenis yang tak tunjuk keromantikan secara direct...hurmm, susah nak cakap..

Dan syukur Alhamdulillah, sudah dikurniakan seorang cahaya mata.. anak yang bijak, anak yang manja, anak yang aktif, anak yang cergas.. anak yang lebih manja dengan ayah.. -_-

Terima kasih suami kerana sudi jadi kekasih halal,
Terima kasih suami kerana sudi jadi imam,
Terima kasih suami kerana sudi jadi ayah,
Terima kasih suami kerana sudi jadi teman,
Terima kasih suami kerana sudi jadi sahabat,
Terima kasih suami kerana sudi jadi tempat bersandar,
Terima kasih suami kerana sudi jadi kawan gaduh²,
Terima kasih suami kerana sudi jadi segala²nya buat saya.. 


"Sayang..ni je yang mampu B buat, beli kek resepi rahsia, acah² seperaisss.. baru nak suap makan, Danish potong pulak..hahaha..well, ur son memang tak boleh bau awak kan.. celik mata terus sebut, "atahhhhh" instead of ayah.. moga kite kekal sampai syurga.. sama² tua, sama² nyanyuk.. Love u"

Celik mata bangun dari tidur, sangat tak sangka dapat wish dari suami sebab mamtik² ingat beliau lupa.. ohhhh, so suwitttt.. terus cerah biji mata.. pastu berangan la masa mula² diijabkabulkan, sekali lafaz je uolsss.. pastu nak feeling pengantin baru.. bluekk.. okbye






notakecik : kenapa suka semakkan kepala otak orang lain..plss cari kehidupan ko sendiri, tak perlu nak babitkan dengan orang yang dah tak ada kaitan dalam hidup ko.. go get ur own life!!!!
Read More

May 6, 2015

Balik kampung | Selepas 4 bulan derhaka

Assalamualaikum wbt..

Bz giler² sampai nak update entry pasal balik kampung pun tak sempat... apatah lagi nak mengomen kat blog engkorang.. mampu baca je.. feeling silent reader.. 

Ye, betul la tu, 4bulan aku tak balik kampung.. kejam x?? alang² cuti lama, aku balik la kampung.. tumpang akak aku sebab husband kejeeeeee.. pasrah sebab aku memang dah faham keje dia macam mana.. aku balik tu dengan kegigihan nak mencandat tudung Aidijuma sekali.. kul 3am hari Jumaat tu gerak dengan harapan akan sampai CS BP Mall awal que untuk amik no.. dapat gak sampai sebelum kul 7am kat BP Mall.. 

Kiranya aktiviti kat kampung sangat padat sampai kena kecam dengan embah (nenek) aku.. "balik kampung tak reti duk rumah".. masalahnya mak aku pun spesis kaki jalan macam kami.. 

usai mencandat tudung AJ.. aku dan akak aku spesis antisosial.. LOL.. yela, masa Danish tidur la aku boleh layan wassap ke, fb ke, ig ke..masa ni memang tak tidur sejak kul 3am sampai malam tu.. phewww.. 

hasilnya..banyak sebab bawa askar, mohon jangan kecam.. tak sampai berkodi²


acah² family gath.. family sebelah arwah Abah aku.. makan mee udang sedap.. tak ada gambar dan tak tau lokasi.. yang aku tau kat Bukit Pasir area Tasik Merdeka, Batu Pahat.. 

Lepaking kat Dataran Batu Pahat..itula mercu tanda Batu Pahat.. Cewahhhh...

budak segar bugar biji mata masa main kereta ni.. kemahennnn suka engko Danish ye.. walau buat muka kerek, tapi mommy tau awak excited sebab ni la 1st time naik kereta menan.. 


Hari Sabtu, terjah CS lagik.. demi memenuhi permintaan customer.. kami gigih jua dengan aku mendukung dak Danish lagik.. mentabah.. 

hasil hari kedua.. tak banyak mana, tapi cukup memenuhi order customer..

budak kegembiraan sebab asek keluarrrrrrr je.. tak reti duk rumah katanyewwww.. 

Hari Ahad, hadir kenduri kahwin pulak.. petang gerak balik sini.. siyesli sangat penatm, tapi seronok sebab mak aku layankan je kerenah kami.. hahahaha.. lebiuuu mak..



notakecik : bosan..
Read More

May 5, 2015

Myvi punya pasal

Assalamualaikum wbt..

tak habis lagi kes Yana, FMC, #DUKE, lumba haram, Myvi.. sejujurnya aku tak tau sangat kes ni sebab masa tu kat kampung, tenet pulak sangat cemerlang..tambah lagi spesis kaki jalan, berita memang tak tengok la kan.. lelama aku paham bila buka FB..

Myvi skang ni jadi sasaran..kesian kat pemilik dan pemandu Myvi yang LANGSUNG TAK TERLIBAT.. tak memasal kena maki hentam gak.. orang kite, biasala.. kerana nila setitik, rosak Myvi seMalaysia.. boleh??

Dan aku akui, aku sedikit jaki dengan Myvi..hahahaha.. bukan kat semua punnn, tapi segelintir yang memang aku dah markkkk tiap kali balik keje.. tiap hari aku balik keje, memang akan jumpa Myvi putih no plat, **** 2747.. hah, aku hafal lagi.. dia punya pesen, laju mencucuk².. jalan kampung kot, lori pasir, lori tanah bersepah..tak perlu nak pedajal orang sampai macam tu... kembang kecut aku kalau dia bagi lampu suh aku ketepi.. 

ada lagi satu Myvi ni, tak ingat lak no plat, tapi yang pasti kaler hitam dan lady driver.. perghhh, lajuuuuuu waaa cakap tu.. dia punye berdesup kalah Toretto.. (erkkkk).. 

Malam tadi pulak, kena cucuk lagi dengan sebiji kereta.. rapatttttt sangat, sampai aku seram.. orang spesis cucuk mencucuk ni dia punye cara ko bawa laaaaagi slow kereta tu.. bagi dia panas hati dan tau erti berhemah bila memandu.. dan rupenye bila kereta tu memotong, Myvi jugakkkkk.. dah aku tercakap, "ni spesis Yana ke hape ni?".. gelak husband aku..

Jaga², tak kira la Myvi ke, Viva ke, Saga ke, Toyota ke, Lancer ke, BMW ke, Merc ke..etc..etc.. jalan kat Malaysia ni bukan engko sorang yang punye.. kita sama² bayar cukai jalan, jadi tolak ansur, berhemah dan bersopan sikit.. jangan jadi macam Yana pelesit atas jalan..



notakecik : bahaya ada di mana²..malang tak berbau.. 
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com