Jun 29, 2015

Ensogo, tempat best shopping barang anak

Assalamualaikum wbt..

Pagi² dah ajak orang shopping, aci tak? yela, since nak raya ni kan..aku nak ajak berjimat la dalam membeli belah.. gitu... tapi betul la, dalam keadaan sekarang ni, semua kena jimat cermat..

Hari tu kengkonon nak cari mainan untuk Danish.. yela, macam dah lama tak belikan mainan.. asek main benda yang sama je.. tapi puas cari tak ada yang berkenan.. bukan aku je tak kenan, Danish pun sama tak kenan sebab bila offer Danish dan tanya nak ke tak, cepat Danish geleng kepala.. dah pandai uolsss.. memilih sikit dia ni..tapi kalau pakaian, tak yah offer pun Danish kata nak.. 

So, teringat lak kat ensogo.. macam² ada.. Ensogo merupakan medium terbaik dalam penjualan pelbagai produk dan aksesori termasuk mainan pendidikan , botol susu, kereta sorong dan banyak lagi untuk ibu-ibu..

korang pegi je kat web ensogo , carila barang anak korang yang korang nak.. serius, memang murah.. 

di antara deals tu pun, akan ada promo lagi.. macam-macam ada..






dari sekecil-kecil barang, sampai sebesar-besar barang.. semua comel belaka.. aku jadi geram lak.. rasa nak beli semuaaaaaaaaaaaaa... boleh?? hahahah..tamak.. ada selected item yang bila korang beli, ada FREE DELIVERY.. hah, dah double jimat kat situ.. dahla harga dia banyak dapat potongan, free delivery pulak.. kan ke jimat sangat tu.. boleh meroyan tengok harga memurah gitu..

sedang elok sangat la untuk korang yang nak cari barang anak² tu.. terjah je.. jangan segan silu ye.. moh terjah ensogo reramai ye..

ok..selamat bershopping semua..



notakecik : makin dekat nak raya, makin berdebar gitu..
Read More

Jun 25, 2015

Shopping Sakan di Lazada

Assalamualaikum wbt...


Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :




Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada!  -




Seperti biasa, suka naw naw kalau ada contest².. biarla tak menang sekalipun, at least ada cita² untuk menang.. mana tau rezeki bulan Ramadhan ni.. dah alang² kabor persiapan raya, meh la kite menelusuri apa yang boleh dibeli di Lazada menjelang Syawal ni..

ok, sebenarnya dari semalam aku memang duk usha web lazada ni, giler best.. memandangkan baju raya aku masih belum complete, maka aku memilih sehelai baju raya sebagai persiapan.. sebab apa aku pilih baju ni? sebab omeyyy angat.. dan sebab aku rasa saiz aku dan saiz Liyana Jasmay ni lebih kurang.. sedang elok la tu.. ehh, ada kaitan ke?

Kemudian, sebagai hemak yang penyayang, anakanda Danish tak dilupakan.. nak lengkapkan gak persiapan raya si kecik tu.. aku pilih kemeja sebab aku rasa Danish seploh kali ganda lebih kacak kalau pakai kemeja.. mihmihmih.. ehhh, memang betul pun.. jadi, ini adalah kemeja yang aku pilih..

Poney Denim Mix Shirt - RM 90.30

Ewahhhh, takkan untuk anak je..ye takk? ni untuk apak anak pulak.. kasut kacak pilihan qolbu.. berkenan sangat la aihhh.. kerana kacak tu la aku pilih.. ngeeeeee 
 

Oleh kerana masa raya nanti akan ramai tetamu yang berkunjung mesra ke rumah, mesti tak masa nak kemas umah.. kemas pun ala kadar.. dah la umah aku dipenuhi karpet berbulu, jenuh la nak hangkut vakum besar gedabak.. so aku bercita-cita untuk ada robotic vacuum cleaner seketul kat umah.. 

ok, barang² di atas kalau dapat beli memang syiok.. yang robotic vacuum cleaner ni memang highly recommended untuk engkorang yang kurang rajin macam aku.. aku ni bagi idea tau.. nak memudahkan keje engkorang..

atau kalau korang ada barang idaman sebagai persiapan raya, moh ler join contest super syiok ni.. hadiah best babe..
Tempat Pertama  : Gopro 4
Tempat Kedua      : Duit Raya Cash RM150
Tempat Ketiga      : Duit Raya Cash RM100
3 x Duit Raya Cash RM50

Gopro tuuuu..boleh selfie sampai pengsan kalau dapat...

macam mana nak join?? korang pegi ke link ni.. RIANG RAYA LAZADA 2015.. kat sana ada detailsnya.. 

oryte, semoga berjaya!!!
Read More

Jun 24, 2015

Keropok Lekor terbaikkkkkkk

Assalamualaikum wbt..

Rugi kalau engkorang tak makan keropok lekor.. lagi² keropok lekor Terengganu.. perghhh, memang mabeles wa cakap lu.. tetibe teringat² lak kepok losong.. *ngencesss*

untuk mengkome yang rasa macam jauh nak g ganu tu..atau pun tak ada kengkawan duk sana.. meh rasa keropok lekor pure Terengganu tapi duk kat Selangor.. haaaaaaaaaaa.... tak apa, aku lanje GAMBAR keropok lekor KHALIFAH yang menyelerakan ni dulu.. 


makan cicah sos begitu sahaja.. ni pun dah rasa mabeles.. aku dah rasa weyhhhhhhhhh

nak kelainan, curah mayonis bersama² dengan sos pencicah..

nak lagi mabeles, curah cheese.. perghhhh wa cakap lu...

amacam, tergoda tak?? aku sambil menaip ni duk telan air liur je.. teringat² keropok kat umah yang berbaki lagi sikit.. petang karang aku nak goreng untuk buka.. fuhhh.. 

mana nak beli?? alohhh,berminat lettewwww.. tapi memang siyes sedap.. 

kedai..

ni alamat untuk engkorang tuju bagi membeli keropok lekor Khalifah yang maha sedap lagi rangup merecikkkk... 

helokla untuk sesiapa yang duduk berdekatan pastu rasa nak berbuka dengan keropok lekor ni.. sesuaiiii sangat.. terjah la ye.. peace ^_^
Read More

Jun 23, 2015

Serunding, mini karipap dan mini popia sedap

Assalamualaikum wbt..

Hah, tajuk tu kena sangat dengan bulan puasa ni.. aku biasa memang tiap kali puasa akan beli serunding, kali ni boleh terlepas pulak.. so, dah alang² ada serunding sedap ni, nanti boleh la order..

Yang best pasal serunding ni, biasa kita nampak serunding daging dan serunding ayam je kan.. ni lain babe, SERUNDING DAGING TEMPATAN, SERUNDING AYAM DAN SERUNDING IKAN.. pure dari Kelantan.. sejujurnya aku tak pernah makan serunding ikan begitu sahaja.. biasa makan kat popiah, karipap mini..so tak rasa meratah macam tu je.. nanti boleh beli nihhhh..

meh aku lanje gambar dulu.. korang pasti terliur tergoda dan musti terbeli..

serunding daging tempatan

serunding ayam

serunding ikan

nahhh..serunding yang dah siap dan sebelum packing

dah siap packing...sedia untuk diedar

Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh di makan denagn pelbagai hidangan.Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan....
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dll...
Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
- Daging berkualiti dan dicarik halus
- Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
- Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
- Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama

kalau korang susah nak hadam makan macam tu je, boleh la buat inti popiah, inti karipap mini.. sure laku keras kuih raya engkorang nanti.. silap² ada yang order padahal engkorang buat sesaje je.. kalau engkorang malas gak nak buat, hah..usah khuatir, MINI KARIPAP DAN MINI POPIA juga ada dijual.. amacam, best kan?? btw, mini karipap ni memang feveret iols..

 

 menarik khennnnnnnnnnn....

ini adalah senarai harga kalau engkorang berminat nak beli.. 
Serunding Daging - RM18 (250gram)
Serunding Ayam - RM18 (250gram)
Serunding Ikan - RM12 (250gram)
Mini karipap - RM32 (1kg)
Mini popia - RM32 (1kg)

jadi, tunggu apa lagi.. mai order maiiiii... kalau berminat, boleh contact tokey dia.. 
SMS ke 012-9218016 (HARYANI)
Read More

Hujan dan Sabar

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni hujan lebat mencurah².. dalam pada nak ke ofis, duk fikir laki bini cane nak hantar dak Danish ke taska.. dahla parking kat luar, hazab rasanya nak ke kereta.. belum sampai kereta dah basah.. bila la dapat park kereta sendiri kat kat porch kereta sendiri, tension!! 

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, memang hujan sangat lebat.. dengan angin macam nak ribut, kilat, guruh..seram jadinya.. tetibe akak aku call jangan lalu menghala ke Jenderam sebab ada pokok tumbang.. ni belum sampai pekan Dengkil, dah jem teruk.. rupenye ada pokok tumbang lain.. ya Allah, memang menguji tahap kesabaran.. nak menghala Taman Cabaran pun ada pokok tumbang, sudahnya decide lalu highway je.. buat uturn kat bawah flyover.. rasa 3kali ganda dari jarak perjalanan asal..

Dah la hujan lebat, sabar ni memang dah diuji awal² dengan sesak teruk sebab ada 3 lokasi berasingan pokok tumbang, tambah pulak dengan spesis pemandu yang kedekut gila.. kan hujan, jarak penglihatan pun terhad, tolongla pasang lampu tu.. apa la bijak bestari sangat.. kena yang kereta kaler gelap, gelabah aku sebab tetiba ada kat depan mata.. sabar je la..

Well, masa bulan puasa ni memang sangat tercabar kesabaran aku while driving.. potong Q, bawa kereta slow, jem teruk 100 kali ganda dari hari biasa, kereta mencucuk bontot kereta kite, follow rapat², lampu merah pun langgar.. etc..etc.. sebab tu request husband hantar naik motor.. dapat rasa hari pertama puasa je la, pastu tak dooooo..kahhhh..apa pun, bulan puasa sangat sinonim dengan kesesakan lalu lintas.. 
keadaan sehari sebelum puasa, diorg dah praktis jem..sape yang biasa lalu kawasan ni, akan tau betapa jauh lagi nak sampai traffic light..


keadaan trafik pada hari kelima Ramadhan.. dedua gambar ni nak pegi keje tau.. keadaan balik keje lagi teruk.. dan hari ni laaaaaaaaaaaaagi teruk.. 

So kengkawan, berhati² la ye semasa memandu atau menunggang tu.. kadang tu kite dah cukup berhati², tapi orang lain buat onar..apa pun, sebelum memulakan perjalanan tu, baca la doa.. mana tau insyaAllah diberi perlindungan.. 


renung²kan dan selamat beramal.. =)

Read More

Jun 18, 2015

Maka,bermula la episod..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.. serba ringkas sahur pagi tadi.. husband kata tak nak makan, cukup sekadar minum air milo.. kurma pulak lupa nak beli, haishhh, rasa hampa pulak tak ada kurma kat umah.. sobss..

Hari ni merempit la kami ke opis.. nak elak jem balik keje punye pasal.. yela, 3 bazar ramadhan kot kena lalu, hazab hoiii.. tahun lepas aku dah rasa, seksa gak la walaupun drive kete auto.. terkejar² rasa nak amik anak lagik.. nak masak lagik..

Cakap pasal masak untuk berbuka, maka dengan itu, bermula la episod MENU BERBUKA SEPANJANG RAMADHAN di wall facebook masing².. bukan saja menu berbuka, bersahur pun ye gak.. dengan caption rendah diri, "masak simple je untuk berbuka hari ni, kambing golek dan sos lada hitam, ayam berlada, rendang daging dan desert macaron", buatkan aku rasa nak hantuk kepala ke dinding.. gile la, macam tu dia kata simple..kalau makan mewah cane agaknya..

belum lagi sentiasa update lokasi PARAM.. hari ni kat Selangor, esok param kat Kedah, lusa param kat Terengganu, tulat param kat Kota Kinabalu.. berpeluh ketiak aku baca.. 

Kendian, sahur di luar pula.. buffet lagi.. aigooo.. well, aku tak iri mahupun dengki..tapi kata orang biar bersederhana.. bulan Ramadhan ni bukan bulan untuk membazir..

Habis soal makan, soal ibadah pulak.. selfie pakai telekung atau baju melayu dan songkok, dengan caption, "Alhamdulillah, done terawikh..".. buat amal..buat ibadah tak perlu tunjuk sesayangs semua.. sekali dua tak apala..tapi kalau sampai 30 Ramadhan still buat gitu, nak je ku lempang dengan kelajuan cahaya.. memula background tu nampak la suasana masjid, lelama jadi curiga sebab ko crop muka..background pulak macam ada almari pakaian... positif tina..positif, dia terawikh sendirian di rumah.. teheeee.. 


SALAM RAMADHAN KAREEM.. ♥♥♥
Read More

Jun 13, 2015

Menabung di tempat yang salah

Assalamualaikum wbt..



tengah syok minum milo panas..datang budak kecik mata besar ni, masukkan duit dalam mug.. ko ghase??? memberontak sebab aku tak bagi air milo kat dia.. muahahaha.. bagus sangat.. nasib tak masukkan cicak dalam ni.. mekaseh la sayang ye..

btw, keje pulak hari ni..teringat² husband dan anak buat lambaian ratu kat pagar rumah masa nak g keje tadi.. hahahaha.. miss u both sayang.. *gedik*
Read More

Jun 12, 2015

Zalora dan KFC bagi baucer

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku makan kat KFC, bawa anak buah aku..bagi upah sebab temankan aku pegi klinik untuk checkup dak Danish.. masa dah bayar tu, masa bagi balance ada orang tu sertakan kupon.. (tak ada gambar sebab malas nak snap).. Pagi tadi baru sempat belek mende apa kupon ni.. rupenya Zalora ada bagi hadiah.. macam Roda Impian pulak aku nengok..

Cane nak join?? btw, tak yah kupon tu pun tak apa sebab kupon tu cuma bagitau macam mana nak join.. so meh aku share.. 


Pastu ada kuar paparan ini..
pada ruang emel tu, masukkan emel korang pastu tekan OK.. benda bulat² kat tepi tu adalah hadiahnya.. tunggu je la mana yang akan warna putih.. dan tak lama pastu, kuar la hadiah yang korang dapat.. 


so, ini yang aku dapat.. nanti pihak Zalora akan bagi kod kat emel korang.. 

so, boleh la korang membeli belah dengan gunakan kod baucer tu.. 

selamat mencuba!!!

okbye..

Read More

Jun 9, 2015

Penampilan baru Danish

Assalamualaikum wbt..

Rasa kaku jari jemari nak mulakan entry..otak lak beku.. last week memang super duper bz.. sampai otak dan badan jadi penat.. siyesli, sangat penat.. minggu ni harapnya berjalan dengan tenang..

Semalam BS hantar gambar anak² kat taska.. Akhtar yang sebaya Danish tu dah botak.. comel lak tengok, dengan muka terpaksanya tu.. aku pun request la nak botakkan Danish gak.. sebelum tu minta izin dari ayah Danish.. yela, anak dia gak kan.. kang balik keje tengok anak botak, terkejut lak dia..

Rambut Danish jenis halussss, panjang dan sedikit perang.. tak tau la menurun dari sape.. siyes panjang, kalau buat rambut pacak, memang menjadi la.. Dari lahir pulak spesis kurang rambut.. bukan macam baby lain, rambut lebat.. Danish tak macam tu..  Sebelum balik keje, BS whatsapp gambar Danish.. kahkahkah..berdekah aku gelak.. sambil drive pun boleh gelak.. sure kalau orang nampak kata aku gila.. btw, chumilll je pun Danish botak..

zaman kegemilangan rambut pacak.. LOL


beberapa minit sebelum selamat dibotakkan.. muka tu..muka tu..

dahhhh selamat botak..aman je mommy tengok..hahaha..

mula menyepah rumah.. pasrah..

btw, ada sebab aku botakkan Danish.. paling utama, Danish kuat berpeluh kat kepala.. bila berpeluh, mula la naik ruam.. pastu menggaru je.. mak mana tak kesian kann.. bila dah tade rambut ni, seronok je dia main, tak ada menggaru sangat..peluh pun malu² kucen nak kuar.. 

harap² raya nanti berambut la sayang ye.. dahla cap tak nak pakai, tak tau nak cover botak cane.. takkan nak pakaikan headband.. hahahaha.. 

skang makin ligat..paling ketara, dah pandai panjat sofa..syabas betei!!

ok, nak sambung buat keje..nanti update lagi.. phewwww
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com