Jul 30, 2015

Rezeki Syawal

Assalamualaikum wbt..

Diam tak diam dah masuk pertengahan bulan Syawal dah.. cepat betul rasanya.. pastu raya kali ni aku rasa macam tak meriah, sebab cuti kejap kot.. kahhhhh

Masa puasa tu aku ada banyak join GA.. dari Nile la, blogger persendirian la, Lazada la.. dan tak sangka aku menang salah satu GA tu.. GA anjuran sayaiday dan Lazada.. walau tak menang Gopro, dapatla gak tempat kedua.. rezeki.. Alhamdulillah.. itupun aku dapat tau lewat sebab aku balik kampung.. bagi feedback kat emel pun lewat, terfikir gak, mana tau penganjur buat cabutan baru kan.. kalau buat cabutan baru tak apala, bukan rezeki aku.. tapi tidak, still stay dengan pemenang yang ada.. syukur..syukur.. 

mengena betul no.37 tu.. hehehe.. 

apa pun, terima kasih buat blogger sayaiday dan Lazada sebab bagi duit raya..  sebelum ni ada join, tapi tak menang.. kali ni rezeki berpihak pada aku..winkkkk..




tq kak eima sebab inform saya.. prihatin gak akak kat saya kan.. muah ciked
Read More

Jul 28, 2015

Cicak

Assalamualaikum wbt..

Pengalaman menggelikan semalam.. trauma terhadap cicak berulang lagi.. ye, memang nampak kelakar, dengan cicak pun boleh trauma, tapi untuk aku yang memang geli dengan cicak, aku rasa macam nak putus nyawa je semalam.. gila!!!

Bermula bila aku feeling nyanyi lagu raya sementara tunggu lampu tukar hijau.. masa mata aku kalih ke arah lubang aircond tu, perasan something.. ada "sesuatu" dalam lubang tu.. kaler coklat, putih..ntah la warna apa.. aku tak fokus sangat sebab lampu dah hijau.. sambil fokus pada pemanduan, sambil intai.. bila "sesuatu" tu mula nak keluar dari lubang aircond, sepantas kilat aku tutup lubang aircond tu.. maka, tersangkut la kepala CICAK kat luar, badan masih kat dalam.. tak puas hati dan rasa diri aku terancam, makin ketat aku tutup lubang aircond tu.. harusla tak pakai tangan, aku capai je dengan apa yang ada.. 

menjerit² aku dalam kereta.. drive pun dah macam orang mabuk ketum, jap ke kanan, jap ke kiri.. punyala aku seram..aku langsung tak gunakan tangan kanan untuk pegang stereng.. pasang signal pun hujung jari je.. sebab setiap kali jari aku dekat dengan stereng, cicak tu menganga.. 

sesambil gagahkan diri drive sampai taska, aku membebel kat cicak tu..siap ugut, kalau ko nak hidup, ko duduk diam.. kalau nak mati, berani la ko gerak.. haishh, biadap betul cicak tu.. 

 
engkorang nampak tak tu??kepala terjojol keluar, nak melepaskan diri..

nih aku zoom.. bongok punya cicak.. 

tapi lagi elokla cicak tu hidup, pastu keluar kat situ.. kalau mati, tetibe bau busuk, memang hazab la hoiii.. bangkai cicak ni dia punya busuk macam bangkai lembu.. nate kecik, tapi busuk macam besar je saiznya.. cicak berjaya dikeluarkan oleh pembantu taska.. berani betul Ecah tu.. 

untuk kesekian kalinya, AKU BENCI CICAK!!

Read More

Jul 27, 2015

Allah...Allah...Allah..

Assalamualaikum wbt..

Salam 11 Syawal semua.. tak sempat lagi nak up cerita pasal raya.. kemahen uols ye, warna warni baju raya..meriah open house..selpi sana sini.. suka nengok.. 

Aku ni hujung minggu ada masa sehari je nak beraya.. Sabtu keje hoi, ketahian betul la.. semalam sempat pegi 2 rumah je.. tak larat nak pegi banyak² rumah, Danish spesis tak suka kuar masuk umah orang, penat.. nak cakap pasal Danish ni.. macam² kerenah baru dia sekarang.. mulut kemain pot pet pot pet.. aku ni sebutir pun tak faham dia cakap apa, tapi kena layan gak.. dia tunjuk dinding sambil tepuk dinding, aku baru la faham itu maksudnya suh aku pukul nyamuk..penangan ayah dia selalu cari nyamuk.. 

oleh sebab Danish kuat membebel dan mula nak bercakap, sampai permintaan dia aku langsung tak faham dan buatkan Danish menangis beria malam tadi.. Danish tunjuk tv, asalnya aku ngah layan Lawak Ke Der 2015, pastu aku stop dan tukar tengok tv.. Danish tetibe tunjuk tv dan bebel apa tah.. aku tukar tengok Upin Ipin, tengok Didi and friends, tengok minion, laju² geleng kepala.. sampai aku sendiri give up sebab tak tau apa permintaan Danish.. dah berjurai² air mata sebab tak dapat apa yang dia nak..belum part sembam muka kat riba aku sebab syahdu sangat mommy dia tak faham..kahhh

Finally, aku dapat tangkap apa dia bila dia cakap "Miiii..Allah..Allah..Allah..".. korang faham tak?? nak nanges aku bila aku faham.. 

"Danish nak Allahuakbar ke? nak Azan??".. bila aku cakap macam ni, dia angguk laju².. pukul 10 malam nak tengok Azan kat tv.. aku buka Astro Oasis, kot² ada Indahnya Iman, tapi tak ada.. buka Alhijrah, ada Malam Cinta Rasul, tapi dia geleng kepala.. dalam kalut anak dah mengamuk, tak terfikir nak cari kat youtube.. aku pujuk la azan malam² tak ada, tunggu subuh esok baru ada.. lagi kuat meronta.. lama oiiii nak pujuk.. 

so, pepagi tadi aku dah download azan.. nanti terus masuk dalam fon.. 

even Danish belum pandai jalan, tapi dah banyak perkembangan yang bagus bagi aku dan husband.. sape lagi nak puji anak sendiri kann.. kalau makan then bersepah, dia akan cakap, "Mii..pahh..pahh..", selagi aku tak bersihkan, selagi tu dia bunyi..finally Danish yang bersihkan.. banyak lagi la perangai baru dia.. yang penting, hantu buai.. pantang nampak buai kat taman.. 

  
muka memang selalu serius..tapi kalau dah start gelak, susah nak berhenti.. 

ni la budak yang minta azan tu.. mujur aku tak azan kat telinga dia malam tadi..

moga jadi anak soleh ye Danish.. 
Read More

Jul 14, 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt..

Mesti dah ramai yang mula bercuti untuk sambut hari raya kan.. aku still keje sampai esok.. dan belum decide nak balik mana.. rileksssss..

Ok,sebelum korang bercuti dari berblog..sebelum aku pun tak ada masa belek blog.. nak amik kesempatan ni..

Terkadang hati silap mentafsir,
Terkadang mulut silap berbicara,
Terkadang telinga silap mendengar,
Terkadang mata tersilap melihat,

Dengan penuh rasa rendah diri, diri ini ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, terluah kata yang mengguris hati dan perasaan kalian.. 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami, Ezad, Tina dan Danish..


Kepada yang memandu nak balik kampung tu, semoga selamat perjalanan anda.. yang tak dapat balik kampung tu lak, mohon bertabah.. pissss
Read More

Jul 6, 2015

Kadang-kadang terasa

Assalamualaikum wbt..

Aku tak tau dah nak meluah kat siapa.. nak tulis kat facebook kang kata raih simpati.. btw, bukan meluah perasaan, saje nak mencoteng arang kat muka sendiri kat blog sendiri.. 

Perihal anak, kite sebagai ibu sememangnya itu jadi perkara sensitif.. sebab tu kadang tu aku sangat jarang nak bercerita hal anak kat kawan².. ada la cerita, tapi tak beria sangat..

Danish dah menginjak 14bulan.. yup, still belum jalan.. setakat berdiri je mampu.. kalau meniti tu laju la.. panjat memanjat memang hero.. turun dari katil pun dah pandai.. tapi dilema aku sebagai hemak adalah anak bujang belum pandai berjalan.. 

Mak aku cerita, aku dulu pun jalan lambat, umur 18bulan baru pandai berjalan.. masa tu dah ada adik pun.. kategori lambat kan.. oleh kerana situasi silam aku ni, ramai yang cuba menuding jari kata aku adalah penyebab Danish lambat jalan.. really?? ko yakin dengan fakta ko? ada bukti kukuh? ada kajian dari doktor?? 

Well, aku sedikit stress bila orang duk banding anak aku dengan anak dia.. kata anak dia belum setahun dah pandai jalan.. dengan bangga kata tak merangkak pun, terus jalan.. ewahhhh, mari berikan tepukan yang gemuruh untuk anak beliau.. yela, aku senyum je..

Ko tau tak sebab fakta auta ko tu aku jadi stress.. oleh sebab stress, aku sebok paksa Danish jalan sedangkan Danish nangis² tak nak.. sape jadi mangsa?? anak aku..bukan anak korang!! "ehh, apa ni dah setahun lebih tak jalan lagi".. "laaa, tak jalan lagi ke, ko la ni dulu jalan lambat".. etc..etc.. ramai betul pakar kat keliling aku.. aku pernah sakit hati sangat, aku marah² Danish dan paksa dia berdiri, paksa bertatih dalam masa sama Danish meraung² tak nak.. puas hati korang yang duk kondem anak aku?? aku dah macam dera anak sendiri..nah aku tujukan, "why bother..why bother..why bother???".. 

Tu bab jalan,bab saiz anak jangan cakap la.. "keciknya anak ko, ko bagi makan tak?".. anak aku kecik ke, besar ke..ada mintak beras kat ko? yang penting ANAK AKU SIHAT DAN AKTIF..
"boring la mommy ni, paksa² Danish jalan, kutip batu lagi best"

"nah amik..duduk lagi seronok"


penat tau nak berhujah dengan orang yang terlebih pandai ni.. dia cuma dapat fakta dari cakap² orang tua dulu je.. menyampah gak la dengar.. kalau dia tu semua perfect.. nampak orang kurang sikit, kondem habis habisan.. sikitpun tak fikir perasaan orang lain..

Sudahhhh, malas panjang², takut jadi lain.. menaip sambil hati tengah sakit ni kang jadi lain..

okbye..
Read More

Masih bertahan

Assalamualaikum wbt.. Salam 19 Ramadhan..

Alhamdulillah, dah melepasi separuh bulan Ramadhan.. rasa cepat je kan.. mak aku lak langsung tak perasan siap kata raya ada lagi 3kali Jumaat padahal minggu ni last Jumaat di bulan Ramadhan.. hehehe.. seronok bulan puasa ni..

Hujung minggu lepas aku balik kampung, nak berbuka dengan family katanyaaaa.. dapat sehari pun jadila.. merasa lak jugak.. dalam pada tu nak tengok baby gak..

Masuk 19 Ramadhan ni, aku berjaya bertahan dari membeli di bazar Ramadhan.. Alhamdulillah.. jimat duit.. kehkehkeh.. btw, jimat satu hal, hal lain, aku tak suka tempat menyesakkan macam tu dengan tak tau makanan tu bila tah diorg masak.. takut tak sampai buka, dah basi sebab pernah jadi macam ni.. paling² pun aku beli kat kantin sebab yakin dengan masakan tu.. kalau dah tak sempat sangat, singgah la kedai makan yang selalu kami pegi tu, order je lauk pauk dari sana.. panas² lagi.. panas sampai ke waktu berbuka..

Bazar ni aku dari dulu tak yakin tahap kebersihannya.. kecuali kedai yang memang aku selalu beli makanan, contohnya nasi kerabu dan nasi lemak yang biasa aku beli untuk sarapan, diorg pun kebanyakannya akan berniaga kat bazar.. 

Kenkadang tu masa Ramadhan ni la aku nampak tetiba je ramai yang hebat bab memasak.. tetibe buka meja jual lauk pauk.. nampak macam sedap, tapi rasa kurenggg.. kalau berniaga tu niat nak untung semata, baik jangan berniaga.. 

Mohon tahap ketahanan ni berterusan hingga hujung Ramadhan.. 

Btw, sesape yang ada niat nak datang Bangi sebab nak shopping, mohon pegi hari biasa..jangan mai hari minggu, sesak gila.. Khamis lepas aku ke Bangi Sentral pun sesak, lunch hour tu.. hari minggu 3kali ganda hazabnya..

Oryte, selamat berpuasa dan selamat menggandakan amalan.. :)
Read More

Jul 3, 2015

Duit Raya RM50 Dari Cik EN

Assalamualaikum wbt..


Dah nak tutup baru nak join..hikhik.. tak apa la, moga ada rezeki.. Bismillah.. sesape nak join, klik kat banner tu ye..

HADIAH
Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.


TQ sebab sudi anjurkan GA ni.. moga semakin murah rezeki anda..
Read More

Jul 1, 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum wbt..

Nak raya ni banyak pulak GA kann.. tangan pun gedik nak join.. jangan marah haaaa... menang kalah belakang cerita.. pisss..


tanpa berlengah, marila kite meneruskan misi Giveaway ni.. meh aku senaraikan 5 barang yang teringinnnnn sangat nak beli.. mihmihmih.. *tutup mulut*

Product: Dual Color Woman Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 100 pairs

Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 200 pieces

Product: Haniya Shoulder Design Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 140 pieces

Product: Rider Jacket
Price Meletop: RM33.20
Date: 07/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces

Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 80 pieces

Haaaa..begitula beberapa barang yang aku nak.. sebab memang plan nak beli pun.. tapi kalau dapat sebagai hadiah *dibaca free* lagi aku suka.. miahahaha..

sesapa nak join, boleh klik SINI.. 

ALL DE BEST UNTUK DIRI SENDIRI..
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com