Sep 28, 2015

Hantu cekodok

Assalamualaikum wbt..

Masih belum terlambat nak ucapkan Salam Aidiladha kat sumorang kan.. siyesli otak tepu giler.. macam banyak benda nak cerita, tapi satu habuk pun tak leh nak luahkan kat blog.. ecehhhh..

Cuti Raya Haji, 5hari engkooo.. Start Rabu company dah bagi cuti.. Rabu tu la aku pegi klinik, beli barang nak masak untuk raya, pegi saloon (cehhhh), etc..etc.. pagi raya tak ada yang menarik pun.. masak nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam.. so, bermakan² la kami tanpa henti 3beranak.. raya kedua husband keje.. ok, melalut dah ni..

Raya kedua keboringan di rumah.. nampak pisang 5biji atas meja terbiar layu di tasik madu, maka aku berniat nak buat cekodok pisang.. 4biji je yang helok, sebiji tu dah buruk.. dapatla sepinggan cekodok pisang.. masa ngah menggoreng, beria Danish nanges.. silap aku gak, belum masak dah pelawa anak makan, memang sengal la kannnn.. yang dalam kuali tu gak Danish nak..

menikmati sepinggan cekodok pisang sambil menonton upin ipin.. 


esoknya hemak buat jemput² kentang pulak.. beria Danish makan.. makan dengan baby dan lori² dia 


makan merata tempat.. 

memula tertanya² gak dari mana la dia mula suka makan cekodok dan jejemput ni.. dari taska rupenya.. dan cekodok pisang adalah feveret Danish.. memang orang kampung Danish ni.. bagus, mommy senang sikit.. tak payah sesusah nak masak macaroni cheese la, spageti cabonara la..macam sebelum ni.. 

Danish memang seorang pemakan.. memang berselera sangat kalau bab makan.. apatah lagi kalau sup, memang laju.. tapi tu la masalahnya, berat badan naik sikit sampai aku naik muak nak jawab soalan² nurse tiap kali pegi checkup.. siap suggest multivitamin untuk tambah selera makan la.. anak aku bukan tak selera makan la, tapi apa yang dia makan tu tak jadi lelemak tepu atau daging.. sistem penghadaman Danish setakat ni alhamdulillah memang lancar.. sehari mesti 2kali.. 

okla, pasni boleh beli pisang selalu.. buat cekodok.. nak buat jemput² ikan bilis susah pulak Danish nak kunyah ikan bilis tu.. miahahaha..

sesambil menaip entry ni terus jadi laparina..apakah??
Read More

Sep 16, 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by Anies

Assalamualaikum wbt..

*AJ punya pasal, aku join GA ni..mihmihmih..*


Cerita bab² tudung ni.. siyes dulu aku peminat shawl (selepas bawal berbatu²).. segala jenis gaya aku cuba.. Hana Tajima la, gaya bebas, gaya kuak lentang, dan entah macam² gaya yang aku tak reti apa pesen sebenarnya.. kadang rasa diri comel *muntah hijau* bila pakai belit² leher sampai susah nak napas siap selpi gaya muncung itik feeling howtttt.. skang bila aku pakai shawl lilit² tu, rasa muka aku macam pinggan.. pastu tukar selera pakai tudung yang ada awning tu.. bila pakai rasa sangat awkward sebab rasa seperti 15tahun lebih tua.. LOL.. terus aku wakafkan segala tudung yang ada awning tu kat mak aku, sepupu aku dan mereka yang berkenaan.. 

La ni kuar pulak Aidijuma yang meletop², sangat berkenan nak beli selalu sebab design cencomel.. plus jodoh aku sebenarnya hanya dengan tudung bawal.. satu lagi sebab husband aku sendiri kata gaya shawl lilit² belit² tu pelik.. aku lebih comel pakai bawal je dia kata.. arghhh, melting.. *tampar lelaju*.. sekian cerita TUDUNG dari aku.. 

*************************************************************************

kalau korang nak join gak macam aku, meh terjah GA Aidijuma ni.. 
Hadiah of course la tudung bawal Aidijuma.. tak menang tak apa, kite meriahkan GA ni sesama.. 

GA berlangsung hanya 10 hari je ye, bermula 14/09/2015 - 24/09/2015

ok gaissss...all de best!!!

TQ penganjur GA.. chup..chup..chup.. 
Read More

Sep 10, 2015

Hasil kreativiti bayi berumur 1tahun 5bulan

Assalamualaikum wbt..

umur tu kira bayi lagi ke? confuse lak aku.. hahaha.. boleh la... 

cerita pasal dak Danish.. kadang² aku tak rasa umur dia baru setahun lebih.. sebab akal dia kemain panjang.. kuat membebel.. suka tiru apa kita buat.. suka ajuk apa kita cakap.. confident level dia yang tinggi.. etc..etc..

ada kawan aku belikan lego untuk Danish.. dulu memang tak pandai main.. yang Danish pandai, campak² je.. tu kehebatan Danish waktu tu.. 

Danish berjaya susun sampai tinggi macam ni.. yang bulat² kat belakang pun Danish dah boleh susun ikut saiz even kenkadang ke laut gak peginya..

tengok tv sambil bertenggek atas lori dia.. ni dah kira tinggi betul confident level dia sebab yakin tak tergolek.. padahal pernah je tergolek.. ni belum part dedua kaki atas lori..

main masak² dan suap² with his "baby".. pastu cakap "dap..dap".. 

and this is the latest one.. buat lakaran seni kat kasut dia.. aku cuma mampu istighfar je.. nak marah tak boleh..

btw, banyak lagi ragam dia.. paling best, dia dah boleh mengenal beberapa jenis haiwan dan kenderaan.. dia tau kapal terbang, tau ayam, tau meow, tau bird.. tapi kalau lori, segala jenis kenderaan besar dan panjang atas jalan raya, dia akan sebut "luwiiii".. maka lori la tu pada dak Danish.. 

Hasil kreativiti Danish yang lain yang aku sendiri tak jangka adalah sembunyikan termometer dia yang sampai skang aku tak jumpa.. haishh.. kreatif sangat engko nak.. lulzz.. 

skang ni kalau dah dekat waktu balik, rasa tazabar nak balik umah.. nak tengok perangai baru dak Danish.. hahaha..macam la aku sorang ada anak kan.. *lantakla*



Read More

Sep 8, 2015

Preloved | Kasut Sanding

Assalamualaikum wbt..

Duk kemas² stor, ternampak kasut ni.. rasanya aku memang tak pakai dah la kot.. padahal baru berangan nak pakai time annual dinner ke..jenjalan ke..tapi memang harapan laaaa nak pakai.. so decide nak letgo je.. harga kasih sayang..



Details :
Brand : Stefani (beli kat Sogo)
Harga asal : RM159
Harga jual : RM50
Saiz : 4
Condition : 8/10 (pakai sekali masa bersanding)
tinggi tu tak sure berapa inci, rasanya 3 inci..


kalau korang berkenan nak beli, meh emel aku ye
mizzkechique@yahoo.com

TQ
Read More

Sep 5, 2015

Cuti-cuti | Swiss Garden Beach Resort Damai Laut

Assalamualaikum wbt..

Throwback cerita minggu lepas.. jenjalan 3 beranak ke Lumut.. percutian yang mulanya dirancang, pastu cancel..pastu on semula sebab memasing stress.. nak release tension, pegila bercuti.. tambah lak kawan husband ada bagi voucher, so tak ada la bayar banyakkkkk.. oleh sebab guna voucher, kena la pegi weekdays.. tapi okla, tak ramai orang, tak sesak.. entry ni lebih kepada review la ye.. 

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut.. agak jauh dari plaza tol Bidor.. memula nampak signboard tu, 125km lagi.. perghh, rasa macam penyesalan jugakla.. dan ego menguasai diri memasing, tak guna waze pun, main redah je.. sudahnya sampai ke Kampung Gajah.. dari situ baru guna waze dan maps.. 

Hotel ni menuju ke arah Teluk Senangin.. masuk dalam tu lebih kurang 7km.. jauh ye.. so kalau nak makan luar waktu malam, better tak payah.. ko bungkus sesiap la sebelum malam, jalan agak menggerunkan, tak sesuai untuk korang khususnya yang bawa anak kecil untuk keluar malam.. seram oiiii.. 

sampai hotel ngam² kul 3petang, masa untuk check in.. nak tuju ke bilik tu, macam semput sikit sebab park jauh, turun naik tangga.. kalau dari lobi tu padahal tak jauh, sebab 1st time kan, entah ke mana² peginya.. 
ni lobi hotel.. sea view, memang cantik.. tapi tak sempat snap gambar.. snap pun masa dah check out


 
jalan menuju ke lobi.. siyes memang jauh nak ke lif..jauh nak ke bilik.. jauh nak restoran.. pheww..


view kat pintu depan.. comel la.. rasa tenang je.. dak Danish memang suka tengok bird tu..

  
view dalam bilik.. tak dapat katil besar.. so combinekan 2buah katil.. boleh la Danish golek² dengan riang.. 

lampu yang menjadi kekaguman Danish.. kalau aku off, sibuk cakap "ampu..ampu..ampu.."


masa selak langsir, nampak ni.. so, ada monyet la ye.. adesss.. tapi memang ada, nampak masa nak ke pantai tu, duk bertenggek kat tepi bilik orang..


view dari bilik.. garden + sea view.. 

part PALING TAK BEST kat sana adalah masalah LALAT.. perghhh, banyak hoiii.. pantang buka pintu luar tu, berpusu² pacik macik lalat masuk.. geram kot.. tiap-tiap petang diorg ada buat fogging.. untuk nyamuk dan lalat yang berkeliaran tu la.. tapi macam tak ada kesan je.. kahkahkah

selit sikit gambar budak ni.. masa memula sampai, kemain suka dia... tapi suh main kat pantai, nanges.. kahhh..

ok..jangan risau kalau baju, tudung, kain segala tu.. diorg ada sediakan iron dan iron board.. senangla aku asal nak kuar je gosok tudung.. tempat asalnya dalam wardrobe.. 

pada aku, ok je hotel ni.. sesuai untuk korang yang nak release tension.. kot tension keje ke... sebab jauh dari hiruk pikuk bandar.. sunyi je.. tapi tu la, masalah LALAT.. pastu, mohon jangan ada hati nak order makan kat sana ye, yang room service tu.. nasi goreng sepinggan RM30.. fengsannn..


2nd day ke Pangkor la kami.. kat hotel tu memang ada servis feri ke Pulau Pangkor, tapi mahal.. RM50 kot kalau tak silap.. sebabkan sebelum ni aku pernah pegi sana, so tau la sikit².. meronda ke Jeti Lumut.. tiket RM10 pergi dan balik.. make sure simpan keratan tiket tu.. kalau tak, beli la tiket lain.. last feri kul 8.30 malam.. aku naik kul 11.15am.. masa perjalanan lebih kurang setengah jam.. 

ok, kat Pulau Pangkor ada perkhidmatan sewa kenderaan.. teksi yang kaler pink tu, kereta dan motor.. masa kat jeti, ada brader ni sesiap bagi sewa motor.. sehari RM30.. aku cakap nak sewa kat sana je.. dia kata mahal la..motor buruk la.. siap cakap motor dia baru.. termakan jugak.. bayarla RM30 dengan harapan motor cun.. sampai sana, hampagas asbestos.. motor pun dah pecah no.plat.. helmet dah macam helmet kura².. husband pakai helmet tak ada tebeng dah macam pakistan jual karpet.. nasibla minyak penuh.. tapi betul ke sewa RM30 tu?? macam mahal pulak aku rasa...

 
otw ke Pulau Pangkor.. gigih duduk luar acah² beranginnnn.. pastu masuk dalam jap..


dengan motor tu (tak sempat snap gambar), kami ronda satu pulau.. giler tinggi bukit² dia.. dengan monyet yang berkeliaran lagi.. tapi rugi tak pegi Kota Belanda.. 

ni pit stop pertama.. kat mana ntah.. 

ok..tips ehh, jangan datang weekdays, susah amat nak cari kedai makan.. kahhh.. padan muka untuk diri sendiri.. ni pun jumpa kedai makan entah kat mana.. Teluk Nipah kot ni.. 

main buai dulu.. feeling sangat Danish main buai dengan ayah dia.. siap nyanyi lagi..


sampai semula ke jeti lepas puas meronda kul 2.30petang kalau tak silap.. sekejap je sebab panas.. lagi satu, masa kami datang tu tengah jerebu.. phewww... 

balik ke hotel semula..sempat la ke pantai.. tapi jejak pasir sikit dah nanges dak Danish tu.. so, ke pool je la kami.. tu pun just mandi kat pinggir kolam je.. 
budak ni dapat mandi kolam sekejap pun dah ok dah..

so, begitula percutian kami kat Swiss Garden Beach Resot Damai Laut.. sesuai untuk korang yang inginkan privasi.. memang best.. tapi ada certain part yang tak best.. aku pun lupa nak isi borang soal selidik tu.. haishhh... 


notakecik : rasa nak pegi CH lagi je.. hukhukhuk
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com