Oct 28, 2015

Dilema anak sakit dan cuti lama

Assalamualaikum wbt..

Hari ni masuk 3 hari aku cuti.. tanpa hantar borang cuti segala,tak sure la apa bos aku cakap nanti.. dak Danish kena chicken pox.. jangkitan dari taska since last week, hari Jumaat.. masuk hari ni dah 6 hari.. Alhamdulillah makin kering, tunggu nak mengelupas je semua tu.. seriously memang sedih tengok even Danish tak merengek melampau, kenkadang je dia akan menangis secara tiba-tiba.. aku dah rasa sakit tu, so tau la macam mana..

Cuma aku terkilan kat sini bila ada orang pertikaikan nape tak baik lagi sakit tu.. nape mesti cuti lama-lama.. nape mesti sesaje duk kat umah jaga anak sedangkan anak aktif je.. ni nak tanya,pernah hantar anak pegi taska tak?? Kalau sepanjang umur ko just pernah hantar anak pegi umah orang yang orang tu cuma jaga 3@4 orang anak yang majoritinya dah besar,jangan pertikaikan.. taska tempat Danish duduk ni ada baby umur sebulan, ada yang masih di bawah umur setahun.. aku tak nak risikokan anak orang lain.. cukupla orang lain risikokan anak aku.. 

Cakap pakai sedap mulut.. aku tersentap sebab tu je.. ingat aku tak rasa bersalah ke cuti lama-lama macam ni?? Bukan suka2 pun.. komitmen aku untuk jaga anak sampai anak aku sembuh sepenuhnya.. mungkin diri sendiri belum rasa.. atau dah rasa tapi tempoh kena tu singkat.. tengokla sendiri keadaan Danish ni.. penuh satu badan chicken pox dia.. semua besar-besar.. amik masa untuk betul-betul kering.. 

Dah tak memasal aku emo kat blog sendiri.. mesti ada terkeluar ayat, "baik berhenti keje je laaaaa".. sebab dulu ada mulut puaka sound aku, "you macam mana jaga anak? Anak asyik sakit je".. aku ingat sampai sekarang.. 

Aku ni kalau melibatkan anak,jadi sensitif empatbelasratus kali ganda.. jangan sampai aku jadi hulk.. kalau nak cakap potong gaji, yang kena potong pun gaji aku,bukan gaji kau.. 


Moga Danish cepat sembuh..
Read More

Oct 21, 2015

Anak Tantrum

Assalamualaikum wbt..

Danish skang dah masuk 1tahun 6bulan.. Alhamdulillah, sihat walafiat.. cuma sedikit batuk tak habis dari minggu lepas.. batuk lak jenis on off.. sebab jerebu ni la agaknya..

so, bila batuk² macam tu, badan pun jadi tak sedap.. tu yang mula tunjuk perangai cantik dia.. Skang aku faham perasaan hemak² yang berdepan dengan anak tantrum.. Allahuakbar, memang betul² menguji kesabaran aku.. Danish nak berkepit je dengan aku.. nak berdukung je memanjang.. dengan keadaan aku macam ni, mana larat sangat nak dukung Danish..

Danish ok je kalau ajak main², baca buku, tapi kena SENTIASA DI SAMPING Danish.. dah tu, tak kan aku nak duduk goyang kaki.. kena gak la masak, jemur kain, cuci pinggan,etc..etc.. tapi bila aku bangun ke dapur je, Danish automatik akan mengamuk macam kena pukul.. makin kite pujuk, makin menjadi² ngengada dia.. Macam minggu lepas, dari hari Jumaat sampai hari Ahad buat perangai macam tu.. mengamuk² sampai lempar barang.. berguling² tanda protes.. 

Sampai satu tahap kesabaran aku dah tersangat la menipis, aku marah Danish kaw² plus tepuk montot Danish.. ye, setakat tepuk kena pampers dia, tapi aku jadi sakit..sakit sebab tergamak aku pukul anak sendiri.. bodohnya.. last² terjadi la kejadian nanges berjemaah dengan anak.. peluk² dan cium² anak.. tak sampai 5minit dari kejadian marah Danish tu, aku memang menyesal gila.. anak baru setahun kot.. Isnin tu lak, aku jadi emo memanjang.. rasa bersalah yang teramat sangat kat Danish..

Pengajaran dari kejadian tu, aku memang tak akan marah Danish.. aku je yang terlebih emo.. bukan aku kata nak manjakan anak, tapi dalam pada manja, ada tegasnya.. bukannya marah mengkhinzir buta sampai lupa diri macam kena sampuk setan.. 

Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa. 

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya. 
Sumber TANTRUM dari Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’

So, bila aku kaji, aku belajar, aku membaca, aku selidik..rupanya bila kite marah anak, jadi negatif.. so, banyakkan bersabar.. lepas kejadian tu, setiap kali Danish mula buat perangai, aku istighfar dulu, tanya dia elok² dia nak apa, pastu bawa mana dia pergi.. kalau sesuatu yang dia nak tu membahayakan, aku cuba alih perhatian dia.. sebab Danish pernah nak main garfu, nak kacau minyak panas kat dalam kuali, nak pegang cerek panas..so tukarkan dengan benda atau perkara lain..

#throwback jenjalan Paya Indah Wetland beberapa bulan lepas.. sesi mengenal haiwan..  Love u Sayang!! ♥♥♥


Korang kalau ada anak yang tantrum dan korang spesis kurang penyabar, better study dulu pasal anak tantrum.. takut anak jadi mangsa..

Ok, sekian saja ilmu untuk hari ni.. ecehhhh, macam cekgu lak.. okbai..
Read More

Oct 19, 2015

Jalan-jalan Cari Makan : Port Cafe Bangi

Assalamualaikum wbt..

Cerita Jumaat lepas sebenarnya, tapi dah tak sempat nak up, up la hari ni.. pon bolleyyyy.. makan² dengan opismet.. tu pun sebab ada hamba Allah ni belanja, Alhamdulillhah, murah rezeki.. tak yah kuar duit.. kehkehkeh..

Btw, ni adalah kali kedua aku mai kedai ni.. 1st dulu datang makan nasi ayam penyet.. oleh kerana tekak aku lately ni tak brape gemar dengan nasi, aku order western je.. meh la tayang apa yang kitorang makan dulu..pastu aku up harga.. tapi tang harga aku tepek link blog lain la sebabnya aku tak ada senarai harga tu.. 
aku makan ni.. Grilled Chicken.. tekak ni gedik naw naw nak western


yang ni lak Chicken Steak


ni air aku.. bandung cincau.. sedap dah sedap, ais lak kurang..


yang ni lak Fish Steak (kalau tak silap aku..kehkehkeh).. sedap gak ni.. 


yang ni aku tak tau mende.. kalau aku panggil, beger la.. dalam menu tak tau apa.. nampak menarik.. sedap kot..

ni lak bukan untuk dijual.. tapi geng makan hari Jumaat lepas.. kurang sorang dalam gambar sebab dia yang snap.. 

keseluruhan, memang sedap.. harga murah.. makan bertujuh tu, total RM110.20 je.. murah kan.. dua menu tak sempat snap, Special Chicken Chop dan Nasi Ayam Penyet Special... nak tengok senarai harga, meh terjah blog Kak Norma.. 

Lokasi kat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.. Sederet dengan Bangi Kopitiam, Hot Bangi Char Kuey Teow.. Cuma parking agak hazab sikit la.. normal la, bukan Bangi kalau parking senang sangat..

Dannn, aku nak repeat lagi makan kat sini.. nak bawa husbaby pulak.. korang pun janganla tengok je, tryla sepinggan dua ye.. tak menyesal beb.. okbai..


hurmm, cakap pasal makan terus laparudin.. mencik
Read More

Oct 5, 2015

Ajar anak bercakap | 1 tahun 6 bulan

Assalamualaikum wbt..

Diakui, Danish memang lambat berjalan.. tapi the best part is, Danish cepat bercakap.. bukanla maksud bercakap lancar macam orang dewasa.. tapi butir²nya sedikit jelas.. contohnya sebelum ni kalau panggil AYAH mesti jadi ATAH.. but now, Danish boleh sebut AYAH dengan jelas tanpa ada sebarang pelat.. Alhamdulillah.. cuma Mommy tak pandai sebut lagi.. Danish pandai sebut AMI je instead of MOMMY.. okla tu, ada bunyi gak..

Dan aku pulak jenis tak akan ajar anak aku pelat.. maksudnya kalau orang lain ajar anak sebut makan jadi MAMAM kan.. big no bagi aku.. aku tetap ajar sebut MAKAN.. dan bila orang lain tanya Danish, "dah mamam ke belum?", Danish akan blurr.. hahaha.. aku ada banyak la baca artikel pasal mengajar anak ni.. dari zero knowledge sampaila boleh apply kat anak.. tak ada la sampai jadi bagus sangat sebab masih belajar..

Macam sebelum ni, ada baca kat blog Cujen yang dia confuse nak ajar anak cakap Amin atau Salam untuk perbuatan bersalam.. ok, yang ni still aku masih dengan pendirian aku.. AMIN UNTUK DOA dan SALAM UNTUK BERJABAT TANGAN.. dah bertambah confuse dak Danish sebab bila jumpa auntie² dan uncle², diorg akan cakap amin untuk salam dengan Danish.. hahaha.. Danish amin bila nak makan dan habis Azan je.. sebab aku masih ajar yang amin untuk tu.. bila orang ajak amin tapi hakikatnya ko nak salam, mahap la, memang Danish tak layan..

ni ada beberapa perkataan yang sedikit jelas pada aku

Ayah = Ayah
Mommy = Ami
Makan = Atann
Nasi = Asyi
Air = Ayirrr
Lori = Lowiii
Car = Car (tak boleh ajar KERETA sebab panjang sangat)
Allahuakbar = Allahbatt
Kucing = Pucing
Ayam = Ayam
Bird = Bird
Kakak = Tatak
Abang = Abam
Adik = Adik
Atuk = Toktok (kenkadang sebut jelas Atuk)
Nenek = Nenek
Mak = Mak
Masak = Asyakk
Sakit = Akit
Lampu = Ampuu
Terima Kasih = Acehh

ada la lagi perkataan yang aku dan mungkin orang lain faham kalau dengar Danish cakap.. tapi aku lupa.. hahahaha.. tapi okla, itu pun dah cukup membanggakan bagi aku.. berjalan skang dah makin ligat.. bawa pegi jenjalan, tak nak pimpin tangan.. 

Biarla orang kata Danish lambat jalan.. kecik..kurus.. ringan or etc..etc..etc..aku dah malas amik pusing sebab prinsip aku satu, tak semua perfect.. kadang sentap yang teramat bila dengar, "tina..anak ko kurusnyaaaa", panjang pulak dia punye nyaaaaaaaaa tu.. lempang nak?? pastu sambung lak dialor, "ko tak bagi makan ke?".. hamboih, memang nak makan kaki tau.. 

Apa pun, terima kasih Danish sebab selalu ceriakan ayah dan mommy.. stay cute sayang.. moga jadi anak soleh, bijak, sihat selalu, hormat orang tua.. 



Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com