Nov 27, 2015

Spoil Anak | Mainan & Belajar

Assalamualaikum wbt..

Bila terbaca pasal cara didikan Datuk Alif Shukri Terlajak Laris tu, aku agak tabik la.. siyes tak sangka orang kaya treat anak macam tu.. ada la certain cara dia tu aku apply kat Danish.. bab membeli mainan, seumur hidup Danish, sekali je aku belikan mainan kat Toy R Us.. itu pun masa tu Danish tak pandai meminta lagi, saja bawa masuk dalam tu, tapi sekali dia dah pegang, jangan kau mimpi dia nak bagi balik.. mujur harga RM19.90 je, gagah lagi la nak bayar..

Well, dulu kan aku ni boleh kata kaki pegi pasar minggu.. kat pasar tu memang ada je kedai mainan.. harga murah la, setakat RM5 boleh la beli.. memang barang mainan Danish kebanyakan bukan dari jenama mahal.. cap pasar, cap Mr.Diy, cap Mydin, cap Giant.. dan mostly memang bawah RM30.. nak cakap bawah RM10 tu mustahil la kan, takkan yang mainan besar RM10..

Tapi ada dua benda mahal yang kami beli.. tu pun akak berkira².. kahkahkah.. *kedekut*

pool cenonet yang muat Danish sorang plus segala mala mainan Danish termasuk baby dia.. kalau isi air, memang Danish akan berenang dengan lori.. beli masa Parkson buat promosi, RM50.. okla sebab lantai dia tebal.. 

Lowiii Car Danish beli kat Nilai 3 RM130 lepas diskaun.. memula berangan nak beli kereta yang guna remote tu, giler mahal... paling murah pun RM300++.. mak tak mampu nak.. besok dah besar je beli sendiri ye.. ni pun berguna sebab bila lepak opis apak dia, aku sorong je Danish naik ni.. kalau lepaskan Danish jalan, memang merata la Danish pergi.. even kadang tu penat, layankan je la....

ni kejadian Rabu lepas.. bawa Danish ke Mr.Diy.. husband siap terkejut kata barang kat sini murah².. hahaha, dia mana pernah pegi sini.. saja lambakkan lori depan Danish.. minta Danish pilih mana satu yang berkenan di hati.. so, truck yang bawa kereta tu la pilihan hati Danish.. besar gak, baru RM26.90.. boleh la..

ok, memang selambak mainan kat umah tu.. tapi ada gak buku ABC, 123, Mengenal Haiwan, lego, block yang padankan ikut bentuk yang beli untuk Danish.. kat rumah, memang aku selang selikan dengan belajar manja².. kenal huruf, kenal nombor, kenal haiwan.. asah motor skil Danish.. tak nak la kata aku dan husband spoilkan anak dengan mainan semata.. kadang tu dengan main lori dan kereta tu pun boleh asah skil Danish.. sebabnya Danish akan susun kat atas meja, then Danish akan kira.. bukan tu je, dari barang mainan tu gak boleh kenal warna..

skang, aku baru nak mulakan buat playroom Danish.. rasanya dah lama berangan ni, tapi tak tau bila nak jadi.. hurmm.. pastu nak suggest korang ni, joinla group homeschool kat FB tu.. kat situ macam² dia share pasal pembelajaran anak.. syok.. aku banyak terpengaruh kat situ la..

okbai..
Read More

Nov 11, 2015

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By CikTulip

Assalamualaikum wbt..

Marila warm up entry dengan entry GA dulu.. sat gi fikir entry lain.. 


sesape nak join, klik banner ehh.. kat situ ada tulis syarat untuk join..

Tuan blog ada minta komen pasal blog dia.. komen aku hurmmm..tak ada nk komen apa since blog dia nampak baru.. kemas, cantik, mata pun tak sakit nak baca sebab tak suka blog yang latar belakang kaler hitam.. apa pun, keep it up ye, teruskan berblog.. 

nak tag 3 orang kawan..

kak Norma
kak Azrin

sorry ye tag uolss.. jomla memeriahkan GA ni..hikhikhik

Read More

Nov 4, 2015

To letgo : Bawal Aidijuma

Assalamualaikum wbt..

Pepagi dah nak menjual.. miahaha.. yela, dari terperuk dalam bakul, baik aku letgo.. lagipun ada yang tak pakai, ada yang pakai sekali pastu terus simpan..

jadi, ni ada beberapa helai tudung untuk dilepaskan kepada tuan baru.. kot²  ada yang sudi membeli.. ecehhhh..tapi memang siyes nak jual..


Black Label Golden Summer (prewash, tak penah pakai)
RM80 (sorry, harga tak kasih sayang) SOLD

Black Label (nama tak ingat) preloved (pakai sesekali je)
RM30 SOLD

Pink Label Green Gardenia.. preloved (1 kali pakai)
RM14 | SOLD


White Label (tak tau nama).. Preloved (sesekali pakai)
RM10  | SOLD

White Label (tak tau nama, tahun 2014).. preloved (sekali pakai)
RM10  | SOLD

Semua harga tu TIDAK TERMASUK POSTAGE ye.. kang ada tanya lak free pos ke.. semua harga CS je aku jual kecuali Black Label Golden Summer tu tak dapek la bagi harga CS sebab design agak hot.. yang Black Label satu lagi tu harga bawah dari harga CS.. harga CS RM33..

kalau ada yang berminat, korang komen kat entry ni..nanti aku pm no fon aku.. tak boleh tulis no fon kat sini, bahaya.. 

Terima kasihhhhhhhhhhh..
Read More

Nov 2, 2015

Sakit | Chicken Pox

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni dah boleh mula kerja semula.. cuti seminggu untuk jaga anak.. Alhamdulillah gak Danish dah semakin sembuh.. chicken pox dia dah kering dan mengelupas.. dalam tempoh nak mengelupas tu, Danish puas la menggaru..

Start kene hari Jumaat 23/10/2015 lagi.. masa pengasuh call bagitau, aku jadi gelabah.. bukan gelabah sebab kena cuti lama ke apa..tapi gelabah entah macam mana la perangai Danish nanti.. masa kena demam campak dulu Danish ok je.. meragam sesikit..

Dengar pengalaman kengkawan yang anak kena chicken pox, kebanyakannnya cuma amik masa 3-4 hari.. aku duk kira Danish kena dah lebih 4hari tak elok gak.. tak apa la, mommy tak kisah cepat ke..lambat ke.. 

Jumaat last kat taska tu, bs ada bekalkan seplastik daun semambu.. untuk mandian Danish dan alas tidur dia.. gigih la malam tu letak kat tempat tidur Danish, siap lapik kain..takkan semata² daun tu, kang gatal² naya je..  tiap kali mandi, aku ramaskan daun semambu dalam air, berendam lama sikit dalam air tu, gosok² sikit.. Alhamdulillah berkat gigih aku, cepat la kering.. plus gigih sapu calamine lotion dan krim gatal.. sampaikan Danish dah menyampah tiap kali nak sapu ubat.. cepat² suh pakai pampers dan baju..hahaha.. bertabah la anakkkkk.. jiran lak baik hati, nampak Danish bertompok² putih kat muka, dia tanya kenapa.. bila tau kena chicken pox, terus petikkan buah kelapa muda untuk bagi minum air kelapa kat Danish.. mekaseh pakcik sebelah..

ni kat bahagian belakang badan.. memang susah nak snap gambar.. masa ni belum naik sangat

tengokla kat dagu dan dahi.. setepek tumbuh.. kat pipi lagi..

nih, sebesar alam tumbuh.. ni dah start kering

ni paling besar.. bila aku tanya Danish ni apa, Danish jawab "ataii ami".. hahaha.. ni gatal kata Danish.. pandaiii, memang gatal pun..

Hari ni dah masuk skulah, memula risau sebab seminggu duk dengan Danish tetiba kena hantar taska.. bila tanya bs Danish elok je.. yela, jumpa kawan².. kat rumah asyik la mintak dukung.. pastu ajak aku main lori dia tu.. ajak main masak².. ajak jalan.. 

Demam campak sudah, chicken pox sudah.. orang kata elok kena masa kecik ni.. makan pun tak sebarangan.. cepat elok.. kalau dah besar baru kena, memang makan masa lama la..

Terima kasih kat semua yang concern dengan keadaan Danish, yang rajin bertanya..terima kasih banyak².. paling terima kasih kat suami sebab sama² jaga Danish.. hikhikhik.. 
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com