Dec 8, 2015

Rokok dan Perokok

Assalamualaikum wbt..

Salam Disember semua.. dari sehari ke sehari blog aku makin suram..helok dikuburkan je sebenarnya ni.. hmpppphhh.. *mengeluh comel*

aku bukan perokok mahupun pembeli rokok.. cuma nak cerita sikit pasal SEGELINTIR perokok ni.. geram, menyampah, sakit hati, benci semua bergabung.. 

last week ada singgah gerai buah ni.. ralit la duk pilih jambu batu dan jambu air.. alerrr, buah potong la, kan dalam bekas yang diorg buh ais tu.. habis je memilih dan belum sempat bayar, datang sorang lelaki ni, kat jari terkepit rokok, dan dengan tangan yang ada rokok tu la dia sebok pilih buah.. apa perasaan korang?? buah-buahan tu dah kena perasap baekkk punye.. cantik punya perangai.. 

nak merokok tu lantak korang, apatah lagi nak makan rokok tu..dialu²kan.. tapi jangan la buat onar macam tu.. belum lagi yang duk memilih lauk sambil bawa aksesori di jari tu.. dah macam bomoh bawa kemenyan pulak aku tengok.. 

even ada certain kedai makan dah buat warning sesiap kat tempat lauk pauk tu, ada gak yang benak.. salah ke hisap bagi habis dulu rokok tu baru ko amik makanan.. biadap tau, biadap???

hormat la sikit dengan orang sekeliling.. tu yang kite nampak, boleh la elak.. kalau tak nampak, dah makan makanan tercemar.. mujur asap tau, kalau habuk rokok tu berguguran, naya je dapat lauk free..

ok, nak sambung buat keje.. nanti update lagi, itu pun kalau rajin.. okbai..
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com