Aug 10, 2016

Rezeki akhir Ramadhan | kamera

Assalamualaikum wbt..

Dah habis Syawal, baru nak share.. jadi, nampak tak betapa sibuknya aku lepas cuti raya.. terkejar-kejar aku settlekan keje yang tak berapa nak menimbun tapi banyak pending sebab aku banyak cuti anak sakit..

okla, terus kepada tujuan utama.. kan aku ada join blogegr contest anjuran Lazada masa puasa tu.. yang kena kira Fujifilm tu ada berapa banyak.. aku sebenarnya tembak je lepas beberapa kali cubaan mengira gagal. Mata pulak semakin senget, puas kecik besorkan mata.. 

so, sebelum raya tu, aku ada dapat emel mengatakan aku menang contest tu. Bukan main berbunga-bunga hati ini woiii sebab kamera ni dulu la salah satu wishlist aku, tapi berkubur begitu saja sebab minat untuk ambil gambar dah tak ada. Bila dapat tau menang kamera, tetibe minat tu datang balik.. kahkahkah..sembang lebih aku ni..

dalam emel tu minta aku amik sendiri kat ofis Lazada kat KL tu, aku terus bagitau tak dapat self collect sebab jauh. pastu minta diorg pos je ke aku. Tapi bila bagitau husband pasal menang ni, dia la yang beria-ia nak amik. Deal punya deal, rupanya hari Sabtu tutup, dia ajak jumpa kat mana-mana untuk amik hadiah. Deal sampai jadi, jumpa kat Bukit Jalil. masa jumpa tu, aku macam kenal pulak. Bila ingat-ingat balik, rupanya blogger Sayaiday.. hehehe, sorry lambat lak ingat.. husband beria² sebab memasing berharap nak amik gambar banyak² masa raya..

dalam kete jugak aku amik gambar menayang kat group family.. kengkonon nak amik gambar banyak² masa raya nanti.. kahhh

malam tu jugak aku try test.. banyak gak isi lain.. tq..tq..tq...♥♥♥

amik la sekeping gambar..punyala nak jimat, guna satu je dulu untuk testing sebab filem tak banyak.. miahahaha.. nak simpan untuk raya la kononnya.. nan hado, raya tak sempat pegang kamera ni pun.. aku sendiri lupa kamera ni letak kat mana.. cissss..


apa pun, terima kasih LAZADA.. tak sia² join contest, buat entry sambil jaga dua orang anak bujang tu.. ada jugak hasil.. 

Read More

Jul 25, 2016

Riang Ria Raya 2016 | Kuantan-Batu Pahat

Assalamualaikum wbt..

Sebelum Syawal melabuhkan tirai, marilah kita update cerita raya. Hamboiihhhh.. Raya kali ni aku rasa macam sekejap sangat. Tak puas hoi beraya (macam budak-budak pulak). Macam tahun lepas, aku beraya kat Kuantan dulu. Sehari sebelum raya dah berangkat ke Kuantan. Tapi yang spoilnya, baju raya aku dan suami tertinggal, nasibla belum keluar dari Putrajaya lagi. Rasa nak hantuk kepala ke dinding pun ada, dah beranak dua ni, makin menjadi-jadi pelupa aku. Mujur la suami tak marah, hahahaha..

Well, aku kalau beraya kat Kuantan memang kejutan budaya sikit. No marhaban at all you know (nanges tepi bucu katil). Tak semeriah beraya kat Batu Pahat. Orang ni kalau dah biasa dengan kebiasaan setiap tahun, bila tiba-tiba tak buat akan kebiasaan tu, jadi canggung. Terkebil-kebil pagi raya, keluar masuk dapur mencekik je. kahkahkah... naik la berat badan aku pasni weyhhhh...

ini konon-konon nak selfie dengan dak Danish, tapi Danish lebih tertarik kat kerepek pisang tu.. aku pulak pucat lesi sebab no make up at all.. cehwahhh..


family potrait.. ni pun dah raya ketiga oittt, baru dapat amik gambar  berempat ulang tayang baju sedondon.. anak-anak suka spoil gambar, sorang menguap sorang lagi fokus kat rombongan motor yang prung pranggggg... sape raya Johor, paham la apa tu prungg pranggggg..


big family potrait without me.. sobss.. sebab aku beraya kat Kuantan dulu kann.. Raya kedua baru balik Batu Pahat.. family aku tak besar mana pun.. adik beradik 5 orang.. 4orang dah kahwin, sorang masih study.. yang dah kahwin ni anak memasing 2orang ja baru.. 



nahhh..ni la adik beradik aku.. nampak macam aku paling rendah kan.. well actually, yang 2orang belah kiri tu tinggi lebih kurang aku je.. sebab diorg pakai wedges, boleh la eksen.. aku baru habis pantang, pakai sandal sudah.. pakai tinggi-tinggi kang bahaya pulak.. sebelah aku tu anak lelaki tunggal.. dia punya besar macam abang aku dah.. sebab tu aku selalu kena buli.. mak aku yang pakai tudung warna borwn plain tu.. 


okeyyy..ni baru boleh cakap keluarga besar aku.. semua ada.. yang lelaki duduk kat sebelah mak aku tu adalah pakcik aku (adik kepada arwah abah aku).. masa ni beraya kat umah pakcik aku la.. habis kuih raya dia kitorang bedal.. kahkahkah.. oh ya, dress yang kitorang pakai ni beli kat ejstyle.. korang cari la kat ig, memang murah..


last, photobomb adik aku ngah selfie.. sape suruh pakai tepon aku, kan dah kena kacau.. ni la adik bongsu kitorang yang manja kedekek.. masa ni sebenarnya tunggu turn nak beraya rumah mak long sebab rumah tu penuh orang lelaki yang marhaban.. tengok, beraya pun nak kena amik nombor.. wakaka..

begitula cerita raya aku yang tak seberapa.. Raya keempat dah gerak balik Dengkil.. punyala sesak jalan, 6jam setengah baru kitorang sampai rumah.. biasa 3 jam lebih je.. budak berdua tu sampai dah puas dalam kereta, kerja tidur bangun tidur bangun, tak sampai gak rumah.. menangis, mengamuk..bertabah la nak.. ikut highway jammed, masuk la jalan dalam..jammed jugekkk..

Selamat hari raya aildilfitri korang!!!
Read More

Jul 18, 2016

Ujian Bertulis jawatan Penolong Pendaftar UiTM


Assalamualaikum wbt..

Baru ada kesempatan nak conteng blog.. sejak lepas cuti hari raya, banyak betul kerja aku sampai pending la.. biasanya sebelum balik dah settle dah,kali ni bikin sakit kepala.. dengan asyik cuti je sebab dak Dilfi tak sihat.. bertabah la.. 

Last week dapat emel mengatakan aku melepasi syarat untuk dipanggil menduduki ujian bertulis bagi jawatan Penolong Pendaftar kat UiTM.. memang ada mohon,tapi tak ingat bila.. tarikh ujian bertulis adalah semalam.. aku langsung tak study apa apa sebab fokus kat Dilfi yang tak sihat.. yang aku tau, ada 80 soalan dan masa diberi adalah satu jam..

Semalam minta tolong akak aku jaga dak Danish dan Dilfi, sementara husband hantar aku pergi exam tu.. aku dapat sesi pertama ,jam 8.30 pagi.. sampai je kat sana,ramai sangat manusia.. siap ada yang bawa fail sijil, bawa kalkulator, bawa beg galas.. aku bawa pensel dan pen yang aku baru beli kat 7 Eleven masa on the way ke UiTM Shah Alam tu.. kahkahkah

Ok,cakap bab soalan untuk ujian bertulis tu,sejujurnya pada aku memang susah sebab kebanyakan soalan berkaitan perjawatan awam.. contohnya hal pergerakan gaji, kenaikan pangkat, pelantikan jawatan tetap, dokumen rasmi, filing, akta, macam-macam lagi la.. so,aku beranggapan untuk yang dah sememangnya kerja sektor awam,mesti di hujung jari.. aku pulak tau la sikit-sikit sebab kadang tu husband aku duk bercerita pasal hal kerja kat aku..

Aku bagi salah satu contoh soalan la ye.. "Tina dilantik secara tetap pada 1 Ogos 2015, bilakah tarikh pergerakan gaji Tina bermula?" Pastu ada la 4 pilihan jawapan.. aku confuse sama ada Januari 2016 atau Julai 2016.. hahahaha.. bila tanya husband,betul la jawapan aku..kehkehkeh

Ada la beberapa soalan yang sempat aku salin ringkas untuk rujuk kat husband.. bila husband tau,kemain kerek kata tu semua hujung jari dia.. hampeh betul..

Ni la kertas soalan tu.. ambil gambar sipi je, tu pun masa dah habis menjawab..


Sebelah kanan aku.. tunggu giliran nak keluar dewan.. pfffttt



Sebelah depan aku.. yang nampak tangan je tu,budak lelaki yang tetiba "kak, ada pensel lebih tak,nak pinjam".. kemahen kalkulator dia yang saintifik,tapi pensel tak do.. adoiii dik..


Sebelah kiri.. menunggu giliran untuk keluar dewan jugak..


Ok..kalau lulus ujian ni, baru la akan dipanggil untuk interview pulak.. aku tak yakin masa jawab exam tu,tak tau macam mana resultnya nanti.. 

Dalam ramai-ramai calon, ada la sorang yang bertegur sapa.. duduk meja sebelah aku, nama dia Fara.. tu je yang aku tau.. apa pun,moga berjaya kepada semua calon.. kalau dapat tu rezeki,kalau tak dapat tak apa,pengalaman dah ada kan..

Oh ya, sebelum raya tu aku ada join contest Lazada.. aku menang, nanti ada masa terluang aku update kat blog.. nak cerita pasal raya gak ni.. okbaiiii
Read More

Jun 24, 2016

Masalah kaki Dilfi Aneeq

Assalamualaikum wbt..

Cerita pasal baby Dilfi tak habis lagi.. pengalaman bersalin anak kedua seringkasnya aku tulis, panjang² kang orang malas nak baca..

ok, sebelum nak discaj dari wad tu, biasala Doc akan check baby kite.. ohh, sebelum terlupa, earing test dah tak ada buat kat Hospital Putrajaya, diorg akan bagi tarikh appoinment untuk buat kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR), Presint 8.. ok, berbalik kepada isu kaki baby Dilfi, masa doc check tu, ada masalah sikit tang kaki Dilfi.. doktor kata ada bengkok sikit kaki kanan Dilfi.. aku ni tengok macam biasa je.. wakaka.. yela, doktor kan pakar bab² tu, mana boleh menidakkan.. doc ada bagi surat untuk aku rujuk masalah ni ke bahagian Rehabilitasi atau diorang sebut OCCT (Occupational therapy)... hari keempat selepas bersalin, dah kena pegi hospital.. 

Maka aku pun pergila ke sana dengan husband dan emak aku.. sampai turn Dilfi, doktor yang incharge check kaki Dilfi.. "ohhhhh, sikit je ni..tak serius pun".. terus lega hati aku ibaratnya minum air tebu sejuk² gitu.. then tanya, apa puncanya kaki boleh bengkok.. Doktor ada ada 2 sebab je, samada struktur tulang kaki atau kedudukan baby masa dalam perut.. kes Dilfi ni adalah KEDUDUKAN DILFI MASA DALAM PERUT.. patutla aku rasa sangat senak, maybe ruang dah sempit, dan Dilfi dalam perut terpaksa bertungkus lumus buat² muat je.. pity u sayang.. sobs..sobs..sobs...

kes Dilfi ni sangat tak serius.. doktor ada ajar teknik urutan, bukan urut yang tekan² tu, lebih kepada usapan kat bahagian betis, tapak kaki dan tepi tapak kaki.. tak ada pulak gambar cara urutan tu.. doktor kata lagi, masalah Dilfi ni adalah otot dia panjang, bukan masalah tulang.. sebab tu caranya hanya urutan dan kena pakai "kasut".. aku pun tak reti la apa namanya..

urutan tu kena buat selama 5-10 minit..pastu pakaikan kasut.. kasut tu kena pakai selama 2jam, pastu rehat 2jam..pakai lagi 2jam dan seterusnya.. masa tanggal kasut tu, kena rajin² buat urutan.. aku paling suka urut kaki Dilfi masa pas mandi.. masa tu mata Dilfi macam nak pejam, betapa sedapnya mommy urut.. hahahaha.. waktu malam, kena pakai sepanjang Dilfi tidur.. aku dah buat, pastu macam tak sampai hati.. tengah malam aku tanggalkan.. baby lagi kot, dengan bedung lagi.. huhuhuh..

inila rupa kasut tu.. nak pakai ni, tak boleh pakai booties, kena pakai stokin.. 


ni rupe masa dah pakaikan tu.. masa ni dalam hari lagi.. memula Dilfi ok, lelama dah terkitai² kaki Dilfi, tak selesa mungkin..


haaaaaaa..tengokla, dengan bedung lagi, memang rimas la.. 

aku dan suami positif je masa doktor bagitau.. lagipun bukan masalah besar.. kecuali la Dilfi ada masalah kaki bengkok yang melibatkan TULANG.. serius kalau tu, memang aku risau.. by the way, masa aku pegi OCCT tu, ramai gak baby yang datang.. nurse memang ada bagitau, prosedur HPJ memang sangat details bab check baby sebelum kuar wad.. sumbing kat lelangit pun doktor boleh tau.. Alhamdulillah, at least kite tau apa masalah anak kite kan.. tu la salah satu masalah yang doktor detect kat Dilfi.. tu belum masalah prolonged jaundice lagi, fuhhhh.. berpantang kali ni sangat² mencabar.. yang tu, tunggu entry seterusnya..

Setakat ni, dah 2kali pegi OCCT.. kali kedua tu doktor check kaki Dilfi sama ada dah ok ke belum.. doktor kata hampir ok, tinggal sikitttttt je lagi.. Alhamdulillah, berkat mami rajin duk urut kan.. sepatutnya 31 Mei hari tu follow up, tapi hospital call, kena tunda tarikh.. kasut pun dah tak muat doktor.. jadinya, kerapkan urut je la boleh.. ada gak pakaikan kasut tu, kemain marah Dilfi, ketat sangat agaknya.. apa pun, moga anak mommy baik² saja..


chillex la ayah dan mommy, Dilfi budak kuat.. hehehe.. gambar ni masa Dilfi masih dalam hari.. Dilfi memang seorang mat senyum.. hahahah.. lebiuuuu bebeh..


nanti aku cerita kat entry lain ye pasal prolonged jaundice Dilfi tu.. okbai..

Read More

Jun 19, 2016

Riang Ria Raya di Lazada Malaysia untuk Menang Fujifilm Instax Mini Camera

Assalamualaikum wbt.. 

Macam dah lama tak join contest kan.. muehehe.. tak menang tak apa, janji dapat memeriahkan contest tu.. sementara Dilfi tidur dan Danish leka, celah sikit masa untuk ketuk keyboard ni.. ni pun terbaca kat blog orang lain pasal contest, tu yang join sekaki..


mana tau rezeki bulan Ramadhan kan, dapat la bergambor bebanyak kalau menang kamera ni nanti.. alorhhh la, memang salah satu wishlist ni..  sebelum tu, meh nak share syarat-syarat untuk join contest ni.. sebelum tu, kalau nak join contest ni, klik je banner kat atas tu ye..


boleh tahan mencabar jugak kan nak kira.. kecik besor kecik besor mata aku nak mengira ni..hahahaha..tapi ku gagahkan jua.. kipidap, dongibap kekdahnya..opss, tak ada jawapan bocor di sini ye sebab jawapan kena emel ke Lazada..

********************************************************************************

ok, untuk bajet RM500 tu, aku dah listkan bebrapa barang yang ada kat Lazada.. memandangkan aku tiap hari cuci mata kat Lazada plus selalu gak shopping online kat Lazada barang anak, maka aku khususkan barang anak dulu.. tak salah kan.. 


 sangat² memerlukan benda ni.. maklumla anak dah dua.. hehehe.. buat masa ni rileks lagi, sok² kalau aku nak pegi jenjalan dengan anak², payah gak weyhhhh.. pilih ni sebab cun, tambahan lak backrest tu boleh remove.. 

ni barang kedua yang aku nak.. sejak bertambah ahli keluarga ni, barang makin bertambah la kalau nak balik kampung.. luggage yang ada skang macam dah tak boleh menampung je.. so, memang keperluan la untuk beli luggage yang lebih besar.. kategori murah dah tu, dapat 3ketul sekaligus.. 

jadi, jumlah barang-barang yang aku berangankan ni cuma dua, dan jumlah harga untuk bajet RM500 adalah 235+243.50 = RM478.50.. ada lagi berbaki RM21.50.. kedua-dua barang ni sangat memudahkan aku suami isteri untuk balik kampung raya nanti.. 

sejujurnya, aku memang suka giler shopping kat Lazada.. sampaikan husband aku pernah perli, "Lazada tu tak nak beli sekali ke??".. hahahaha.. pampers anak, botol susu, handbag, puting botol susu anak, tudung..aku beli kat Lazada.. jimat berganda².. menjelang hari raya ni, Lazada ada buat sale besar-besaran uolsss.. shopping la puas² ye korang sebab diskaun yang Lazada bagi sehingga 92%.. wooooo, banyak tu!!! meh klik link kat bawah ni..


Selamat bershopping dan selamat ber"contest" untuk semuaaaaaaaaaaa... ♥♥
Read More

Jun 17, 2016

Cabaran beranak dua dan rapat

Assalamualaikum wbt..

Okey, hari ni aku dah keje.. apsal tak sambung MC alang² dah hari Jumaat?? malas nak susahkan orang.. at least aku tau keje mana yang kena buat.. sian orang yang ganti buat keje aku tu.. plus pasni aku akan amik banyak cuti.. check up kat KKIA la, follow up kat hospital la (kes kaki Dilfi bengkok, nanti cerita)..

Dah duduk ofis ni, rindu pulak jerit pekik dak Danish, rindu suara nangis Dilfi.. ntah ok ntah tidak diorg tu kat rumah BS.. meruntun kalbu betul masa hantar tadi.. walaupun tak menangis macam masa hantar Danish dulu, tapi hati macam dirobek².. tak nak la nangis, hati kena cekal..anak dah dua nak gembeng² lagi, lempang kang..

ok, berbalik pasal isu beranak dua dan rapat, aku akui sangat mencabar.. ni pun dah kira agak jauh sebab Danish ngam² 2 tahun, dah kuar adik Dilfi.. 2minggu pertama dalam pantang, mak aku ada.. lega la sikit.. Danish lak hantar ke taska.. jadi mak aku tumpu kat aku dan Dilfi je.. masuk minggu ketiga, mak aku urgent kena balik kampung.. dah sedu² dalam hati.. bukan aku tak nak ikut balik kampung, tapi sebab ada asalan sendiri.. berhuhuhu la aku.. maka bermula la cabaran aku sebagai mak beranak dua.. Danish selang seli hantar ke taska.. kadang tu mengamuk² tak nak sebab nak duduk rumah dengan mommy.. memula sangat la behave.. lama² tantrum Danish menjadi².. sengaja hentak mainan dia kat kabinet tv sampai Dilfi asyik terkejut² masa tido, dah main pulak, tetiba mengamuk tak tentu pasal..macam² lagi la.. kadang tu minta dukung, memang BIG NO la.. dalam pantang lagi kot.. Dilfi pulak macam faham je yang abang dia sangat mengada-ngada, jadi Dilfi sangat tak banyak kerenah.. merengek bila nak susu, nak mandi, diapers dah penuh, tak cukup tidur etc..etc..

Perangai Danish yang menyakitkan hati aku adalah SUKA MENJERIT.. jerit yang SANGAT NYARING.. sampai perit telinga aku.. masa memula tu, aku balas dengan tinggi suara gak.. pastu aku psiko dia, biarla jerit depan muka, aku buat muka seposen..sampai Danish penat nak jerit.. sudahnya dia blahh pegi tempat lain.. wakakaka.. tapi dalam hati ni dah menyirap je.. sabar Tina..sabar.. meroyan ko kang.. syaitan suka tau.. aku istighfar je banyak² kalau dak Danish buat perangai.. 

Itu satu hal..lain pulak hal kalau nak susu.. masa aku free, tak nak pulak Danish minta susu.. sebok sangat dengan segala lori kereta dia.. pastu bila adik Dilfi ngah BF, masa tu la Danish nak susu.. bila aku kata, "jap ehhh", Danish akan menjerit "tak nak!!!!!".. means no kejap kejap, and mommy, u better get me a milk now!!! gitula lebih kurang ugutan Danish.. wakaka, memandai je buat skrip broken english tu.. 

masa mandi pulak, tiada istilah mandi sekejap.. mandi mesti lama².. bila aku kata "dah Danish, jom pakai baju".. sekali lagi jeritan memecah keheningan.. danggggg, nak fitam je rasa.. ku urut² dada ni menahan amarah, sabar je la makkkkk.. hobi Danish memang menjerit, mana dapat idea tu tak tau la.. pelik aku laki bini.. sekarang ni memang psiko je dia..

psiko cara aku dengan ugutan atau langsung buat muka seposen bila dia mengamuk.. ugutan aku, "jerit la lagi kuat², mommy letak kat luar, kawan la dengan kucing tu..pastu kucing gigit".. masa tu Danish cakap la baik², "tak nak kucing".. aku skang dalam fasa cuba nak asingkan Danish kalau dia buat salah.. cuma tak tau nak letak mana.. Dalam bilik air ke? Dalam bilik stor ke? bawah meja makan ke? hahaha, kejam.. tapi tu je la caranya, cuma bukan hukuman berat la.. kalau psiko bab buat muka seposen dan tak layan Danish, dalam 2 atau 3 minit aku pujuk, masa tu aku minta Danish peluk aku, nak tengok dia marah aku lagi tak..pastu bagitau Danish apa salah yang dia dah buat.. memang kadang tak makan saman, benda ni la yang menguji tahap kesabaran ko bebbbb...ehhh sebelum tu, PLEASE JANGAN SESEKALI TAKUTKAN ANAK KORANG DENGAN MOMOK LA, HANTU LA..

setakat ni cabaran pada Danish lagi la.. Dilfi masih belum pandai mengamuk macam tu.. hehehe.. makin kurus la aku nanti..okla, nanti nak cerita benda lain pulak.. hati duk teringat anak² je.. tapi tadi BS bagitau Danish ok, Dilfi masih nak menyesuaikan diri dengan susu botol.. aku bekalkan susu 16oz, harap² la cukup sampai petang.. hemak gigih memerah ni nak oiiiii, perut berkeriuk² dah.. hahahah..

okbai..
Read More

Jun 13, 2016

Kelahiran Kedua MUHAMMAD DILFI ANEEQ

Assalamualaikum wbt..

Lagi 4hari je boleh gomol anak-anak kat rumah 24jam.. pastu Jumaat ni dah kena mengadap kerja, office, bos, jalan jammed..phewww.. siyesli berat hati.. jadi sebelum masuk kerja, nak share la pengalaman bersalin kali kedua ni.. seringkas mungkin aku nak cerita, insyaAllah...

Due aku 24 April 2016, masa tu kira genap 40 minggu la.. bersalin awal disebabkan beberapa perkara yang aku sendiri tak jangka. Hari Selasa 12 April tu, aku rasa something wrong kat baby dalam perut which is pergerakan baby sangat kurang dan sangat mild and slow.. ada orang kata cuba tekan perut 3kali, mesti baby bagi tindakbalas. Puas aku buat, tindakbalas sangat la lembut selembut salju.. masa ni serius dah risau sangat-sangat.. so decide pegi hospital petang tu jugak dan mujur masa tu husband dah start hantar pergi kerja.. terus ke Hopsital Putrajaya (HPJ).. sampai sana buat CTG, scan then check VE, rupanya dah ada bukaan but still 2cm.. orang kata beranak no 2 dan seterusnya ni mudah, jadi aku fikir maybe nak ke bukaan seterusnya mudah.. Doc tanya nak stay ke nak balik, kalau stay pun lama nak tunggu, dan aku decide nak balik, nak balik sangat sebab nak main lagi dengan Danish.. kebetulan esoknya (13 April) tu cuti sebab ada check up kat KKIA.. 

Rabu 13 April 2016, pergi KKIA macam biasa, check up bla..bla..bla..check up Danish sekali, balik KKIA makan kat Cafe Kayu (nanti aku buat review, tunggu habis Ramadhan la), then balik..buat squat, jalan itik dengan harapan bukaan makin banyak..wakakaka.. contraction sangat mild.. Khamis, 14 April aku cuti, husband tak bagi pergi ofis, dia kata takut jadi pape.. jadi kami laki binik bercuti sambil mencuci rumah.. habis rumput aku cabut, kemas stor, sental bilik air kerana masih dengan harapan yang sama.. lagipun petang tu mak aku sampai, jadi sebelum datang rumah, kena la cuci dulu.. miahahaha.. Jumaat 15 April 2016, husband suh aku pergi hospital.. Dia takut la jadi pape kat baby dalam perut sebab aku still rileks je buat keje memacam.. so pagi tu aku ke Dewan Bersalin HPJ, tapi HPJ suh aku pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Putrajaya, Presint 8.. Pergi sana bukaan masih sama!!! Ko rasa?? tapi contraction dah kuat sikit dan nurse suh masuk wad.. aku terdiam la jap sebab dalam kepala hotak aku cuma fikir Danish..Danish dan Danish.. sekali lagi, aku refuse tak nak masuk wad even nurse dah siapkan tag untuk check in.. alahai, sorry nurse.. maka balik la aku, tapi sebelum tu makan mee goreng udang kat Laman Perdana..hahaha..sempat lagi mencekik..

Sabtu 16 April 2016, birthday dak Danish yang kedua.. memang tak sempat beli hadiah atau kek untuk Danish.. merata cari kek kat Dengkil, tapi hampeh.. terkilan sangat² la kiranya tu.. tapi pagi tu sempat bawa Danish dan sepupu² dia mandi kolam kat Presint 11.. Petangnya pulak ada makan² kat rumah akak aku.. mencekik lagi.. Ahad 17 April, aku rasa sesuatu.. leaking maybe sebab pad yang aku pakai basah.. entahla, apa masalah aku pakai pad pun tak tau.. miahahaha.. oh ye, masa ni pun pergerakan baby kembali slow motion.. tapi masa ni aku tak cakap kat sesape, padahal dalm hati rasa seriau semacam.. pukul 6.45petang macam tu, aku call PBBR bagitau masalah aku, tu pun lepas mengadu kat husband.. nurse suruh pegi hospital jugak.. lepas maghrib tu bergegas la ke HPJ.. barang memang dah sesiap dalam kereta.. masa tu bawa Danish dan mak aku sekali.. masuk bilik pemeriksaan kat dewan bersalin tu, doc tanya aku puas hati tak dengan pergerakan baby?? aku jawab NO.. So, warded la aku malam tu dan dah bagitau esok pepagi aku kena induce sebab masalah aku tu..pasrahhhhh asalkan baby keluar dengan selamat.. doc siap bagitau, kalau dah induce dan tak ada bukaan, kite "potong".. debar gilerrrr beb.. 

Sebelum masuk wad, drama air mata.. aku halang diri aku dari peluk dan cium Danish.. Allahhhhh, macam nak pergi berperang oiiii.. dah masuk wad tu nanges lagi duk teringat Danish, sebab macam menyesal tak peluk dan cium.. huwaaaaaaaaaaaaa.... call dan WA husband pun duk bertanya pasal Danish je.. 

Isnin 18 April 2016, seawal 7pagi nama dah kena panggil untuk induce.. aku dah sedia dah nak rasa kesakitannya.. induce sakit tau!!! lepas induce tu, rileks baring² atas katil.. bekpes, makan kurma, minum air zam zam.. waktu melawat tu husband aku datang, sakit dah mula terasa sangat.. check VE masih belum 4cm.. WHAT??!!! aku sakit macam nak giler je rasa.. sampai habis waktu melawat husband teman.. masa ni dah minta nurse cucuk ubat tahan sakit sebab dah tak tahan sangat uittt.. nak makan nasi pun tak lalu.. tapi kena gak makan untuk tenaga.. kebetulan husband bawakan jemput pisang yang mak aku buat, bedal tu je la..tapi tak banyak mana, pas bersalin menyesal sebab tak habiskan.. sengal.. kul 4.30pm ada check up kat bilik rawatan.. masa ni aku mamai campur sakit yang amat sangat.. tapi doc kata bukaan masih belum 4cm.. aku rasa macam nak tendang je, sakit sangat² bukaan setakat tu je?? balik la semula ke katil.. kul 5 lebih, aku duk ding dong loceng panggil nurse sebab makin sakit.. nak ke bilik rawatan pun tak larat jalan, sudahnya kena sorong naik wheelchair.. ok, bukaan dah 6cm.. doc masuk ubat apa tah, siap suh berak ke kencing dulu.. aku masuk toilet ikut syarat je sebab tak ada nak kencing ke berak ke.. sesiap amik baju baby, nurse pun tolak ke LR.. sampai LR tu aku memang dah tak tahan.. tukar baju pun menggigil² je.. aku ingat masuk LR tu pukul 5.30 lebih.. bila nurse check VE, dah full bukaan.. nurse pelik, tak sampai setengah jam, bukaan dah penuh.. sebabnya aku dari wad kul 5.20pm (tengok balik WA husband kul brape).. nurse LR duk pertikaikan betul ke doc check.. hahaha..jangan gaduh nurse, bagi aku teran dulu.. teran punye teran, maka keluarla baby tepat jam 5.46pm.. yang sambut baby 3orang je.. baby dah kuar, doc baru masuk.. Doc cakap, "ehh, ni kan patient dari 2A, baru masuk kan?? apsal cepat sangat, tak sampai sepuluh minit?".. dah tu doc, takkan nak lelama? tapi bersyukur sangat sebab dipermudahkan urusan bersalin ni.. Alhamdulillah...

fresh from oven katanyaaa.. masih dalam LR.. amik gambar, pastu duk layan WA orang sampai aku pening dan muntah.. padan muka aku..


dannnn..inilah dia hero kedua aku.. MUHAMMAD DILFI ANEEQ (yang terpuji, yang berani, yang kacak).. lahir 18 APRIL 2016, JAM 5.46PETANG.. 


ok..habis dah kisah dan pengalaman bersalin kali kedua ni.. moga anak² mommy dan ayah menjadi anak yang soleh.. nanti nak cerita pengalaman berpantang sambil jaga dak Danish.. serius menguji mental dan fizikal..okbai, baby dah nanges..

Read More

May 15, 2016

Hero kedua

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan hero kedua pada 18 APRIL 2016, 5.46pm seberat 2.86kg di Hospital Putrajaya.. banyak betul dugaan untuk nak melahirkan kali ni.. nanti aku share tentang pengalaman bersalin.. 

Hari ni adalah hari ke 28 aku berpantang.. berpantang kat umah sendiri je.. berpantang kali ni memang betul² menguji kesabaran sebab jaga 2 anak.. Si dak Danish tak nak ke taska.. nak melekat je dengan adik baby.. phewww

Oh ya, nama hero kedua ni, MUHAMMAD DILFI ANEEQ BIN EZAIDI.. pasal nama ni memang serius pening.. nama baby girl punyala senang nak combine, part nama anak lelaki memang mencabar sebab nak cari kesesuaian kombinasi nama dan makna tu agak payah.. Alhamdulillah berkat refer kat ustazah, proceed la nama tu..

okla, nanti ku sambung cerita ye.. okbai
Read More

Mar 18, 2016

Dah kacak

Assalamualaikum wbt..

alorhhh, puji anak sendiri apa salahnya kan.. ni pasal rambut dak Danish la.. masa lahir memang la rambut tak berapa nak ada.. dengan halusnya lagi, panjang pun nampak macam tak ada rambut.. sedih tau..hehehe.. lepas botakkan sekali tu, tak ada dah botakkan lagi.. gigih nak bagi panjang dan lebat, sapu VCO.. pastu memang panjang, halusssss.. yang hairannya, kenteng pulakkk.. kanteng halus je la, ala² ikal mayang gitchuuu.. 



ni la rambut dak Danish setelah difokuskan..panjang kannnn.. tapi ujungnya bergulung².. menurun dari sape pun tak pasti lak aku..


nahhh, serabainya lahaiiiii anak hemak ni.. kadang tu geram punye pasal, aku klip rambut dia.. memula memang tak nak potong.. saje la kasi panjang sikit.. pastu kesian oiiii, bila berpeluh², tergaru² la dia.. habis basah lenjun kepala..


finally, kami buat keputusan untuk potong rambut dak Danish.. moga nampak lebih kemas.. ni pun kebetulan sebab ayah dia nak potong rambut, so tumpang sekaki.. maka hasilnyaaaaaaaa





























taraaaaaaaaaa..kacak tak anak hemak.. btw, ni cerita sebulan yang lalu.. skang dah mula memanjang semula rambut Danish.. blerhhhhh.. 


nantila, sebelum mami bersalin kite g potong rambut lagi ye.. nak jumpa adik kena la kacak bergaya ye abam.. mihmihmih..

okbai..
Read More

Mar 9, 2016

Adab di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Assalamualaikum wbt..

Lama dah rasanya nak up pasal ni..even dah ramai yang up pasal ni, aku nak up gak sebab semalam berlaku kejadian yang membuatkan aku naik darah.. meh aku listkan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku kat sana..

1. Tempat duduk
kalau korang datang dengan tak suami, tak kisahla ko sedang mengandung atau nak checkup anak kecik korang, please nasihatkan suami korang untuk jadi lebih prihatin.. jangan duduk kalau nampak dah klinik tu penuh.. bagi keutamaan kepada ibu mengandung dan ibu yang dukung anak kecik.. kalau nak duduk gak, suh dia dukung anak kecik korang tu, korang lak beralah berdiri.. aku buat macam tu ye, bukan nak kata bagus, tapi rasa bersalah bila ko sedap duduk, yang sepatutnya duduk, berdiri pulak.. yang bawa orang kampung bersama tu, nasihatkan gak pada orang kampung anda ye.. pastu yang membawa segala beg tu, janganla letak beg atas kerusi.. kerusi untuk duduk, bukan tempat letak beg.. jadi orang tu cerdik sikit ye..

2. Peneman 
yela, yang mengandung anak pertama biasanya akan bawa suami meneman kan.. tapi minta la suami behave.. kalau kata jangan masuk sama bilik pemeriksaan tu, patuh la.. tunggu je la kat luar.. ni gedik nak masuk gak.. bilik pemeriksaan klinik kerajaan ni semuanya share.. bukannya sorang² masuk.. berkongsi bilik ye, paling² pun 2orang sekaligus yang buat pemeriksaan.. yang suami masuk sekali tu pada aku kurang sopan perangainya.. semalam jadi kat aku, nurse ngah check perut (dengan baju terselak), ada la suami sape tah pegi selak tirai tempat aku baring tu.. kurang ajar sangat.. kalau kaki aku panjang, penendang aku bagi.. biadap!!!

3. Parking
klinik kerajaan ni sentiasa penuh.. bila masa entah tak penuh, aku pun tak pasti.. so yang parking kete tu, parking la elok².. dah jelas depan pintu klinik tu ada simbol NO PARKING kan, yang bebal sangat tu nape.. pernah jadi satu kes, ambulans lak yang terpaksa parking jauh, padahal nak amik pesakit.. pesakit tu lak ibu yang dalam pantang.. so, otak letak kat mana?? kereta besar, tapi otak kecik.. fikir la sikit susah orang lain..

4. Anak-anak kecik
aku pun ada anak kecik.. setakat ni Alhamdulillah la behave tiap kali pegi klinik.. yang rasa anak dia lasak tu, please kawal anak².. faham yang anak kecik sedang melalui fasa ingin tahu.. semua benda nak usik, tapi minta tolong la kawal sikit.. kadang tu ada yang biarkan anak main pintu sampai tersepit jari tu.. nak salahkan sape macam tu??

5. Peka
tolong la peka bila nombor korang atau nama korang dipanggil.. ni sampai nak terkeluar anak tekak cik misi dok manggil.. yang sistem nombor lak, lama tunggu, tak muncul jua..sampai nurse terpaksa keluar bilik dan panggil nama.. alert la sikit kakak², adik² sekalian..

hurmm..apa lagi ye.. ni je la kot setakat yang aku nampak.. kahkahkah.. stress sebenarnya bila pegi KKIA mengadap macam² perangai..


okbai
Read More

Feb 26, 2016

Jadi "badut" demi anak

Assalamualaikum wbt..

well, ni ada perasaan seorang hemak dan seorang apak yang punyai anak yang cukup aktif.. tak jemu layan.. jadi geram bila anak mula merengek pelik² dan mengamuk tak tentu pasal.. 

Dak Danish seorang yang sangat aktif, becok, dan kadang² gembeng (kuat nanges).. hahaha.. begitula.. menurun perangai sape pun aku tak tau.. memandangkan kat rumah cuma bertiga, maka melayanla perangai Danish.. kadang² kami suami isteri kena jadi macam Danish.. jadi budak².. hari tu, dah tengah malam kot, Danish hidang cupcake kat kitorang dan suruh kami duduk, kemudian suruh makan.. siap pakej sebelum makan kena basuh tangan dan baca doa.. dekat kul 12malam kot main cenggitu.. dahla paksa, "ayah..amiiii..dodok..akan niii!!" (ayah..mami..duduk.. makan ni).. intonasi tinggi beb.. 

kalau main lori lak, kena join sama.. kena ada bunyi.. pernah aku tak layan, dia lalukan lori dia atas perut aku.. katanya main dengan adik baby.. tak tau nak marah ke nak gelak.. aku pasrah je dengan perangai dia.. pastu kalau kena mood nyanyi, tukar diapers pun kena nyanyi untuk dia.. tak kisahla lagu alif ba ta ke, lagu abc ke, lagu baba black sheep ke..wajib nyanyi.. dan menyanyi adalah salah satu hobi dak Danish..kalau berangannnn...pastu syok sendiri, memang automatik Danish nyanyi.. tak tau la lagu apa..

dan baru² ni, lagi advance permintaan Danish.. dulu masa kami babymoon kat CH, ada la beli topi panda tu, tapi simpan.. baru² ni kuarkan la saje bagi Danish main.. kalau sekali ko terrrrsarung mende tu, jangan harap ko boleh buka.. nak kena jerit dengan Danish?? Danish akan paksa pakai mende tu sampai Danish sendiri rasa menyampah tengok.. aku dah selalu kena.. ayah Danish jarang² kena sebab ngelat, suka ajak anak tengok youtube..

ini ayah..ayah kena pakai topi panda.. kalau ayah buka, Danish marah.. ayah pasrah dan redha.. jadila seperti ayah.. hahahha.. 


ini pulak mami.. mami kena berselubung dengan selimut dan sarung topi panda.. Danish larang mami buka aksesori tu.. mami tetap layan permintaan Danish.. jadila seperti mami..

see, kena jadi "badut" untuk anak..demi menghiburkan hati anak, kami buat je.. kadang tu Danish paksa kami naik kereta mainan dia ni.. aku memang tak muat la, dengan boyot macam ni.. yang naik cuma ayah Danish je.. pasrah.. paling best, Danish paksa kucing naik troli mainan.. kalau kucing kuar, Danish marah.. "Eowww...aikk sini!!".. macam mak tiri gamaknya Danish punya arahan tu..

selagi benda yang Danish minta tu tak mengarut, memang kami layankan.. tapi kalau yang pelik² macam pakai pampers tu, memang tak laaaa.. welllll, sape yang tak happy tengok anak happy kan.. korang layan anak korang cane lak??
Read More

Feb 19, 2016

Jalan-jalan : Zoo Negara

Assalamualaikum wbt..

Jalan-jalan pegi Zoo Negara edisi throwback.. pegi masa CNY tu.. baru nak update hari ni, helok sangat la.. tak plan pun nak pegi sana.. just cakap dengan hubby, "jom esok pegi zoo, bawa Danish mengenal haiwan".. terus husband kata ok.. see, kalau petik nama anak, senanggggg je.. aku pun tak pernah lak melawat haiwan kat Zoo Negara, biasa pegi Zoo Melaka je..

sampai sana memang tawakal la kot² ramai manusia.. siyes parking memang penuh.. terpaksa parking jauh.. parking tepi jalan pun bayar RM6.. phewww.. sampai pun dah kul 11am lebih.. siap parking, beli tiket, 11.45am dah dapat masuk zoo melawat kawan².. harga tiket RM32 (dewasa) tanpa melawat panda.. tak kuasa aku nak tengok panda.. satu lagi, brochure kat sana ingatkan free, rupanya bayar RM1.. bayar je la, konon pelancong acah² belek peta..

dan Alhamdulillah, tak panas langsung waktu tu, angin lak bukan setakat sepoi² bahasa, tapi kuat giler.. macam angin pantai gamaknya.. haiwan pertama yang kami tengok, zirafah.. tapi siyes Danish langsung tak teruja punnnn.. Danish lebih minat tengok tasik..phewww..

ni masa tengok harimau.. see, tak ada perasaan.. cuma cakap, "tigerrr..aummm".. pastu dahhh

muka budak bosan..

ni harimau putih.. dia punye agresif buat aku seram.. lagi ramai manusia keliling tu, lagi galak ke hulu ke hilir.. Danish seperti biasa, no heart feeling..

acah² selfie, tapi Danish langsung tak bagi kerjasama.. masa ni tengok gajah.. excited kejap je, pastu bosan.. 



entah nape pada aku tak menarik langsung pegi Zoo Negara.. timing tak kena ke hape tak tau la.. mostly haiwan kat sana mentido.. Danish cume tertarik dengan binatang yang besar² je.. takat kancil, rusa, tapir, cipan segala tu, tak heran.. oh ye, burung unta dia teruja gak tengok, tapi Danish kata tu ayam dengan yakin dan lantangnya.. blerghhh..boleh la nak, rupa macam ayam jugak tu.. at least kenal ayam macam mana.. 

ni tapir ke cipan ye?? pape la..duduk kat ceruk situ, orang tak nampak la hoiii

Danish buat onar lagi.. tengok je la reaksi dia, mana nak tengok badak sebesar badak tu.. 


pusing punya pusing sampai lenguh kaki aku, dah sejam jugak berjalan.. orang lain siap makan² kat sana, kami memang tak la.. habiskan cepat melawat haiwan, pastu kuar dan balik.. kahhh.. anak tak teruja, apatah lagi kami ni kannn.. rasa macam membazir je bayar RM64+RM6.. masa part buaya dan badak air, beria ajak husband tengok, tapi beliau tak nak.. alasan, KAT RUMAH DAH ADA.. memang la, dah duduk pun area Paya Indah Wetland.. hurmmmm

maka, berakhirla kisah pengembaraan kami 3 beranak ke Zoo Negara.. sejam sudah memadai untuk bertanyakan khabar haiwan² liar di sana.. bagi aku, sangat tak best.. mungkin sebab Danish tak teruja, maka aku pun jadi tak teruja dan pengembaraan kami sangat hambar.. wakaka..

next...tak tau pegi mana.. jalan² kat rumah je kot.. tak larat uittt nak jalan banyak skang ni.. 
Read More

Feb 11, 2016

Rezeki Anak

Assalamualaikum wbt..

Ada yang masih sambung cuti CNY ke skang ni? aku baru masuk keje..means cuti lama gak la even tak macam cuti budak sekolah.. semalam yang sepatutnya cuti pun kena datang opis husband sebab entah nape tetibe dak Danish mengamuk² nak ayah dia.. pasrah je la.. 

bab anak ni, sejujurnya aku ngah preggy 2nd skang ni.. dah masuk 30weeks dah.. insyaAllah April nanti kuarla adik baby... dan dalam keadaan semakin sarat, dak Danish pulak makin melasak dan tantrumnya makin menjadi².. macam semalam, beria suh aku dukung sedangkan aku dah tak larat sampai tumbang aku dibuatnya.. badan je kecik, tapi kemahennn kuat engko nak ye..

bila aku pregnant ni, kiranya anak 1st tak sampai pun  2 tahun lagi, memang ada la kedengaran cakap² orang katanya aku ni cepat sangat.. anak 1st kecik lagi.. tak kesian ke? badan tu larat ke? tak ada masalah kewangan ke nak besarkan anak²? boleh ke handle anak kecik² lagi? well, itu semua kan rezeki dari Allah swt, takkan aku nak tolak.. umur aku pun makin banyak, sementara masih gagah ni, tak salah kan.. plus Alhamdulillah aku tak ada masalah kesihatan dan tak ada alahan sepanjang mengandung ni.. syukur Alhamdulillah sangat²..

-cepat sangat
pada aku, cepat atau lambat tu ketentuan Allah.. kalau ko merancang guna protection yang kuat sekalipun, dan Allah kata kun fayakun, maka jadila.. adakah ko akan menidakkan rezeki dari Allah tu? sejujurnya aku memang tak ada amalkan apa² perancangan pun.. tapi bila ada sejenis manusia yang cakap secara direct kat aku bab perancangan ni, rasa nak penampar je.. "ko plan nak ada brape anak?".. jawapan aku mudah, tu semua rezeki dan aku tak berani nak letakkan target tu.. bila aku jawab macam ni, jawapan balas dia sangat "kejam".. "hurmm, kalau ikutkan rezeki, 10 pun ko redah je..ko tak takut ke?".. Allahu..celuparnya mulut.. 

-anak 1st kecik lagi
ye, memang kecik lagi.. masa tau aku preggy yang 2nd ni, dak Danish baru masuk 1tahun 5bulan.. memula terkejut gak, tapi siapala aku untuk menidakkan rezeki kan.. tapi ok gak, bersusah dahulu jaga anak kecik², insyaAllah bila dah besar nanti anak² menyenangkan kite.. 

-tak kesian ke?
nak maksudkan tak kesian kat anak 1st?? nak kesian sebab dah beralih perhatian? kurang kasih sayang? well, aku dan husband bukan parents yang macam tu.. yang macam dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.. Big no.. kami masih manjakan Danish, masih bagi sepenuh kasih sayang dan insyaAllah sampai bila² kami bagi sepenuh perhatian.. sebab Danish la yang kami tunggu² dulu..nape nak dilupa pada anak pertama? kami bukan parents yang kejam.. tapi satu je yang paling aku kesian kat dak Danish, TERPAKSA WEAN OFF SEBELUM MASANYA..SEDIH GILER!!!

-badan tu larat ke?
sejujurnya ada ketikanya aku sangat penat dan flat sangat² badan ni.. lagi² bila Danish dalam situasi tantrum yang amat dahsyat.. tapi aku tak boleh mengeluh sebab Allah dah pilih aku untuk hadap ujian ni.. kenala sabar.. memula dulu adala aku asek memekik, skang ni bila Danish buat perangai, aku diam dan istighfar banyak².. bukan nak bajet good², tapi ni la cara untuk elakkan dari ko herdik maki anak.. 

-masalah kewangan
okla, semua orang mesti ada masalah ni.. tapi anak tu sendiri REZEKI yang Allah bagi.. jadi jangan mengeluh.. ye, yuran taska sorang anak je dah RM300++.. belum masuk diapers, susu, baju, rawatan perubatan, etc..etc.. tapi kalau ko mengeluh bab ni, bermakna ko mengeluh ke atas rezeki yang Allah kurniakan kat ko.. tu je konsep aku.. usaha lebih, insyaAllah, Allah akan bagi ganjaran lebih..apatah lagi kalau ko banyak bersabar, lagi besar ganjarannya.. Allah tu maha pemurah..

-boleh handle ke anak² kecik lagi?
aku ramai kawan yang macam ni.. beranak setahun sorang.. Alhamdulillah aku tengok dia ok je.. tak ada pulak masuk hospital sakit jiwa sebab stress handle anak² yang kecik lagi.. so, apa salahnya aku jadikan diorg sebagai sumber inspirasi.. aku nak gak jadi supermom.. ngehngehngeh..

well, kadang tu Allah tak bagi rezeki harta yang membolehkan kita kaya raya..tapi Allah datangkan rezeki dalam bentuk lain.. so, setiap rezeki tu berbeza untuk setiap manusia.. doakan aku kuat.. dan hakikatnya, aku dah sangat tak sabar nak menimang cahaya mata kedua ni.. tak sabar nak bagi Danish kawan sebab kesian tengok dia main sensorang.. terpaksa babitkan mommy dan ayah kalau main.. hehehe..layankan je la..

btw, macam dah start aktif balik je nak mengomel dalam blog ni..muahahahah..


okbai
Read More

Jan 6, 2016

Wean Off | Antara Sakit dan Sedih

Assalamualaikum wbt..

1st entry untuk tahun 2016.. moga terus tabah update blog.. wakakaka.. malas makin membuak² oitttt... reader pun makin dan aku pasrah..kahhhh.. 

16 Januari ni Danish genap la 21 bulan.. dan masa 18bulan tu, aku dah mula prosess wean off.. siyesli sedih giler².. kerana terpaksa aku kena gak wean off.. antara sakit dan sedih, banyak lagi perasaan sedih tu, tapi untuk kebaikan.. sakit sebab susu memang dah tak ada, so jadi sakit.. bila tanya orang lain, ada yang ok je, tak ada rasa sakit.. lain orang kannn..

sedih sebab bila malam, Danish dah mula tak nak tidur dengan aku.. maksudnya, sebelum ni aku dodoikan sampai dia tidur, skang tak lagi.. tidur berbuai.. pernah la aku kuarkan dari buai sebab tengok dah lena, bila tidur je atas katil, merengek² nak susu dan buai.. hati betul² kena kuat beb.. pernah gak tak tahan sangat, mengalir gak air mata ni.. 

weans off kerana bersebab.. sebab kadang² rasa perut ni mencucuk² sakitnya.. dan bila Danish BF, Danish suka duk atas aku.. memula ok lagi, tapi lelama memang tak boleh tampung dah.. jadi sesak nafas ni.. 

ada gak tanya petua kat kawan² macam nak wean off.. siap google bagai.. google lak ada suggsest letak kopi, ubat gigi, sirap, garam etc..etc.. aku nak buat, tapi dari sehari ke sehari, tak jadi gak.. macam tak sampai hati pulak.. sebab secara paksa.. finally, aku dengar gak nasihat kawan, slow² buat Danish lupa.. bila Danish minta, aku akan lekakan dengan benda lain.. ajak dia main ke, bergurau.. 

Bukan diri je sakit nak wean off ni, jiwa pun sakit wooo.. macam nak jarakkan diri dengan anak.. tapi nak buat macam mana kan.. Danish, moga Danish faham kenapa mommy buat macam ni ye.. psiko anak, terpsiko diri sendiri.. moga mommy terus tabah.. lebiu sayang Danish!!!

masa ni baru nak masuk setahun.. tak lama lagi 2 tahun pulak.. huhuhu..cepatnyaaa

Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com