Jan 6, 2016

Wean Off | Antara Sakit dan Sedih

Assalamualaikum wbt..

1st entry untuk tahun 2016.. moga terus tabah update blog.. wakakaka.. malas makin membuak² oitttt... reader pun makin dan aku pasrah..kahhhh.. 

16 Januari ni Danish genap la 21 bulan.. dan masa 18bulan tu, aku dah mula prosess wean off.. siyesli sedih giler².. kerana terpaksa aku kena gak wean off.. antara sakit dan sedih, banyak lagi perasaan sedih tu, tapi untuk kebaikan.. sakit sebab susu memang dah tak ada, so jadi sakit.. bila tanya orang lain, ada yang ok je, tak ada rasa sakit.. lain orang kannn..

sedih sebab bila malam, Danish dah mula tak nak tidur dengan aku.. maksudnya, sebelum ni aku dodoikan sampai dia tidur, skang tak lagi.. tidur berbuai.. pernah la aku kuarkan dari buai sebab tengok dah lena, bila tidur je atas katil, merengek² nak susu dan buai.. hati betul² kena kuat beb.. pernah gak tak tahan sangat, mengalir gak air mata ni.. 

weans off kerana bersebab.. sebab kadang² rasa perut ni mencucuk² sakitnya.. dan bila Danish BF, Danish suka duk atas aku.. memula ok lagi, tapi lelama memang tak boleh tampung dah.. jadi sesak nafas ni.. 

ada gak tanya petua kat kawan² macam nak wean off.. siap google bagai.. google lak ada suggsest letak kopi, ubat gigi, sirap, garam etc..etc.. aku nak buat, tapi dari sehari ke sehari, tak jadi gak.. macam tak sampai hati pulak.. sebab secara paksa.. finally, aku dengar gak nasihat kawan, slow² buat Danish lupa.. bila Danish minta, aku akan lekakan dengan benda lain.. ajak dia main ke, bergurau.. 

Bukan diri je sakit nak wean off ni, jiwa pun sakit wooo.. macam nak jarakkan diri dengan anak.. tapi nak buat macam mana kan.. Danish, moga Danish faham kenapa mommy buat macam ni ye.. psiko anak, terpsiko diri sendiri.. moga mommy terus tabah.. lebiu sayang Danish!!!

masa ni baru nak masuk setahun.. tak lama lagi 2 tahun pulak.. huhuhu..cepatnyaaa

18 comments:

  1. nak masuk 2 tahun dah dia... masa saya nak wean off pun sedih sebab masa tu tak cukup susu dah... tp lepas 2-3 malam terskip bagi dia, terus otomatik je dia tak nak dah... sekarang proses nak pisah tido pulak. haihhh.. seksa jiwa...

    ReplyDelete
  2. nak tak nak kena hadapinya utk kes ibu menyusu badan ni .... bertabah la tina

    ReplyDelete
  3. meh ai hug uols ketat² sebab kiter senasib
    ai pun baru +-2months wean off my princess
    reason dia makin besaq susu makin kurang
    mcm² petua ai try x jalan
    last ai boh red coloring then tampal plaster
    ckp kat dia ataii/sakit buat mcm nak nangihhh
    then lepaih tu dia x minta dah
    if nak bagi dia x mau sebab cakap ada darah ataii
    but ai mmg emo bab wean off sama ngan adam dulu gak uwaaaaaa
    rasa mcm anak x rapat ngan kiter dah khen...
    bertabah la uols

    ReplyDelete
  4. Tina pregnant ke?
    Kalo sambil pregnant sambil menyusu sakit kat puting dan ari2. Dah pernah rasa sakit tu..

    ReplyDelete
  5. Salam singgah. Semoga cepat sihat. Selamat tahun baru! :)

    ReplyDelete
  6. Huwaaa eka sedih kak. Duk trfikir camne ika nanti. Kalaulah kalaulah ngandong n terpaksa wean off. Adra sgt sukaaaaaa la buat satu ekspresi teruja stiap kali nak nenen huhu.

    Bertabah ye lepasni leh tanderm ngn adik

    ReplyDelete
  7. wean off untuk kebaikan..inshaaAllah lama2 dia faham..Danish kan good boy :D

    ReplyDelete
  8. huhu..
    nak wean off anak gak.
    tapiii tak sampai ati..
    sebab takde reason nak wean off (tak ngandong lagi..n susu ada lagi)

    tapi dia dah 25 bulan..
    rase dah besau dah..

    tapi takde point kukuh pon nak wean off..

    so takpela..
    tabah je la hati..

    ReplyDelete
  9. sedihnya nak wean off...anak sy dah setahun 5 bulan...xsanggup lg...huhu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tina. Sedihnya. Teringat adam masa wean off dia. Dah la time pantang gugur. Rindu sangat nak susukan dia macam dulu. Takde rezeki dah. Tunggu adik baby insya Allah 😁

    ReplyDelete
  11. Bertabah sis. untuk kebaikan Danish =)
    hehehe Semoga membesar dengan sihat dan bijak syg Danish!

    ReplyDelete
  12. kannn..memang mak2 mcm tu kot...sedih tol nak wean off..rasa xsampai hati..tapi nasib baik la sekejap je berdrama..lpas tu dah ok

    ReplyDelete
  13. Anak lelaki mmg ambil masa nak wean off. Myhero 3tahun lebih baru betul2 off mcm2 cara jugak guna tapi bila start bagi tau ada baby kat dlm barulah dia xnak lagi kena byk sabar jugak

    ReplyDelete
  14. saya dl pun ada masalah nak wean off. sampai 3thn 6bln bf dia. kalau tak bagi dia cakar muka kita. adoi.. sampai la pregnant anak ke 2 br la dia nak wean off sendiri. ms tu pun dh 3thn lebih.

    ReplyDelete
  15. bertabah la...
    anak saya da nk msuk 3 y pun i xdpt2 lg nk wean off
    ssh hati betul la

    ReplyDelete
  16. Memang kesian la wean off bila sebelum masanya..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com