Mar 9, 2016

Adab di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Assalamualaikum wbt..

Lama dah rasanya nak up pasal ni..even dah ramai yang up pasal ni, aku nak up gak sebab semalam berlaku kejadian yang membuatkan aku naik darah.. meh aku listkan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku kat sana..

1. Tempat duduk
kalau korang datang dengan tak suami, tak kisahla ko sedang mengandung atau nak checkup anak kecik korang, please nasihatkan suami korang untuk jadi lebih prihatin.. jangan duduk kalau nampak dah klinik tu penuh.. bagi keutamaan kepada ibu mengandung dan ibu yang dukung anak kecik.. kalau nak duduk gak, suh dia dukung anak kecik korang tu, korang lak beralah berdiri.. aku buat macam tu ye, bukan nak kata bagus, tapi rasa bersalah bila ko sedap duduk, yang sepatutnya duduk, berdiri pulak.. yang bawa orang kampung bersama tu, nasihatkan gak pada orang kampung anda ye.. pastu yang membawa segala beg tu, janganla letak beg atas kerusi.. kerusi untuk duduk, bukan tempat letak beg.. jadi orang tu cerdik sikit ye..

2. Peneman 
yela, yang mengandung anak pertama biasanya akan bawa suami meneman kan.. tapi minta la suami behave.. kalau kata jangan masuk sama bilik pemeriksaan tu, patuh la.. tunggu je la kat luar.. ni gedik nak masuk gak.. bilik pemeriksaan klinik kerajaan ni semuanya share.. bukannya sorang² masuk.. berkongsi bilik ye, paling² pun 2orang sekaligus yang buat pemeriksaan.. yang suami masuk sekali tu pada aku kurang sopan perangainya.. semalam jadi kat aku, nurse ngah check perut (dengan baju terselak), ada la suami sape tah pegi selak tirai tempat aku baring tu.. kurang ajar sangat.. kalau kaki aku panjang, penendang aku bagi.. biadap!!!

3. Parking
klinik kerajaan ni sentiasa penuh.. bila masa entah tak penuh, aku pun tak pasti.. so yang parking kete tu, parking la elok².. dah jelas depan pintu klinik tu ada simbol NO PARKING kan, yang bebal sangat tu nape.. pernah jadi satu kes, ambulans lak yang terpaksa parking jauh, padahal nak amik pesakit.. pesakit tu lak ibu yang dalam pantang.. so, otak letak kat mana?? kereta besar, tapi otak kecik.. fikir la sikit susah orang lain..

4. Anak-anak kecik
aku pun ada anak kecik.. setakat ni Alhamdulillah la behave tiap kali pegi klinik.. yang rasa anak dia lasak tu, please kawal anak².. faham yang anak kecik sedang melalui fasa ingin tahu.. semua benda nak usik, tapi minta tolong la kawal sikit.. kadang tu ada yang biarkan anak main pintu sampai tersepit jari tu.. nak salahkan sape macam tu??

5. Peka
tolong la peka bila nombor korang atau nama korang dipanggil.. ni sampai nak terkeluar anak tekak cik misi dok manggil.. yang sistem nombor lak, lama tunggu, tak muncul jua..sampai nurse terpaksa keluar bilik dan panggil nama.. alert la sikit kakak², adik² sekalian..

hurmm..apa lagi ye.. ni je la kot setakat yang aku nampak.. kahkahkah.. stress sebenarnya bila pegi KKIA mengadap macam² perangai..


okbai

15 comments:

  1. semua orang patut lebih concern dengan keadaan sekeliling dan bukan mementingkan diri sendiri je.

    ReplyDelete
  2. Setuju.. setuju. kerusi untuk duduk, eh ada pulak buat letak barang n bag la apa la. Adeh.. mcm mcm hal. Lagi satu klinik kesihatan kerajaan ni mmg sentiasa penuh. Ada yg terpacak lps subuh agknya utk ambik nombor. Yang tak pregnant ni pun stress jgak masa nak buat hiv test. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Org kita ada masalah akhlak (selfish) dan masalah 'tak mumayyiz' (tak reti nak beza baik buruk).

    ReplyDelete
  4. Setuju skali...nasib kat tempat cik mah pkai no tekan2..3 kali tekan xde..nurse proceed no lain..

    ReplyDelete
  5. Semua yg sis senaraikan kt atas tu kalau g klinik biasa pn sllu jugak cmtu...huhu..mksd akk klinik kerajaan jugakla..akk rasa ni semua psl mind setting...dh biasa sgt ambk mudah..xthu nk bersosial secara positif

    ReplyDelete
  6. Kalau semuanya mendengar kata.. smooth je segala urusan berkaitan. Bila ada yang tak mendengar kata ni lah punca timbulnya rasa tak puas hati pada orang sekeliling.

    ReplyDelete
  7. Haihhh..situation nie dh bertahun kan tina..masih lg sama..dh beberapa kali gie kkia check kuning anak..dh la tgh pantang berdukung pulak anak..haram suami2 yg "sarat mengandung" nak bgn..die boleh pandang jer..ape la salahnye ko duk luar jgn nak menyemak sekali dlm tuh..nasib baik la somi kite xgitu..

    ReplyDelete
  8. Semua situasi tu kna alert. Kadang bawa baby ni ha diorang buat derk je. Lepastu kite lak yg ckp. Cik, bg saye duduk boleh. Anak nak mnyusu.

    ReplyDelete
  9. Paling sedih dan sakit hati bila aurat kita dilihat oleh orang yang tak sepatutnya!

    ReplyDelete
  10. hukhuk..
    nak gelak pun ada baca mama danish ngomel ni..

    tula bila pergi KKIA mmg akan berdepan dengan situasi ni kan. atas sebab tulah Ummi Azra malas benar nak ke sana..hihi...sanggup kumpul duit p klinik swasta..lagipun sian kat ayah Azra. Almaklumlah, Ummi Azra ni ada lesen boh kat frame je..hihi

    bab nak bagi penendang tu tgh imagine kecomelan mama danish dengan aksi menendang..hikhik

    jangan marah ek..hihi

    ReplyDelete
  11. i feel u kak. nak nak lagi bab tempat duduk tu. no common sense at all!!!

    ReplyDelete
  12. hmmm ... dah lama tak rasai pengalaman tu ....
    ai faham2 ...sbb dah alami dah dulu

    ReplyDelete
  13. setuju sangat .. part yang suami ikut masuk tu aduhhh .. tu selalu terjadi sampaikan pipie cakap dengan nurse sendiri tak selesa suami ikut masuk . lepas tu sekarang tengok die tulis depan pintu suami di larang masuk . Alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  14. setuju bab tempat duduk tu. utamakan la pd mereka yg memerlukan. anak ke dua husband hantar je. nak parking susah.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com