Jun 17, 2016

Cabaran beranak dua dan rapat

Assalamualaikum wbt..

Okey, hari ni aku dah keje.. apsal tak sambung MC alang² dah hari Jumaat?? malas nak susahkan orang.. at least aku tau keje mana yang kena buat.. sian orang yang ganti buat keje aku tu.. plus pasni aku akan amik banyak cuti.. check up kat KKIA la, follow up kat hospital la (kes kaki Dilfi bengkok, nanti cerita)..

Dah duduk ofis ni, rindu pulak jerit pekik dak Danish, rindu suara nangis Dilfi.. ntah ok ntah tidak diorg tu kat rumah BS.. meruntun kalbu betul masa hantar tadi.. walaupun tak menangis macam masa hantar Danish dulu, tapi hati macam dirobek².. tak nak la nangis, hati kena cekal..anak dah dua nak gembeng² lagi, lempang kang..

ok, berbalik pasal isu beranak dua dan rapat, aku akui sangat mencabar.. ni pun dah kira agak jauh sebab Danish ngam² 2 tahun, dah kuar adik Dilfi.. 2minggu pertama dalam pantang, mak aku ada.. lega la sikit.. Danish lak hantar ke taska.. jadi mak aku tumpu kat aku dan Dilfi je.. masuk minggu ketiga, mak aku urgent kena balik kampung.. dah sedu² dalam hati.. bukan aku tak nak ikut balik kampung, tapi sebab ada asalan sendiri.. berhuhuhu la aku.. maka bermula la cabaran aku sebagai mak beranak dua.. Danish selang seli hantar ke taska.. kadang tu mengamuk² tak nak sebab nak duduk rumah dengan mommy.. memula sangat la behave.. lama² tantrum Danish menjadi².. sengaja hentak mainan dia kat kabinet tv sampai Dilfi asyik terkejut² masa tido, dah main pulak, tetiba mengamuk tak tentu pasal..macam² lagi la.. kadang tu minta dukung, memang BIG NO la.. dalam pantang lagi kot.. Dilfi pulak macam faham je yang abang dia sangat mengada-ngada, jadi Dilfi sangat tak banyak kerenah.. merengek bila nak susu, nak mandi, diapers dah penuh, tak cukup tidur etc..etc..

Perangai Danish yang menyakitkan hati aku adalah SUKA MENJERIT.. jerit yang SANGAT NYARING.. sampai perit telinga aku.. masa memula tu, aku balas dengan tinggi suara gak.. pastu aku psiko dia, biarla jerit depan muka, aku buat muka seposen..sampai Danish penat nak jerit.. sudahnya dia blahh pegi tempat lain.. wakakaka.. tapi dalam hati ni dah menyirap je.. sabar Tina..sabar.. meroyan ko kang.. syaitan suka tau.. aku istighfar je banyak² kalau dak Danish buat perangai.. 

Itu satu hal..lain pulak hal kalau nak susu.. masa aku free, tak nak pulak Danish minta susu.. sebok sangat dengan segala lori kereta dia.. pastu bila adik Dilfi ngah BF, masa tu la Danish nak susu.. bila aku kata, "jap ehhh", Danish akan menjerit "tak nak!!!!!".. means no kejap kejap, and mommy, u better get me a milk now!!! gitula lebih kurang ugutan Danish.. wakaka, memandai je buat skrip broken english tu.. 

masa mandi pulak, tiada istilah mandi sekejap.. mandi mesti lama².. bila aku kata "dah Danish, jom pakai baju".. sekali lagi jeritan memecah keheningan.. danggggg, nak fitam je rasa.. ku urut² dada ni menahan amarah, sabar je la makkkkk.. hobi Danish memang menjerit, mana dapat idea tu tak tau la.. pelik aku laki bini.. sekarang ni memang psiko je dia..

psiko cara aku dengan ugutan atau langsung buat muka seposen bila dia mengamuk.. ugutan aku, "jerit la lagi kuat², mommy letak kat luar, kawan la dengan kucing tu..pastu kucing gigit".. masa tu Danish cakap la baik², "tak nak kucing".. aku skang dalam fasa cuba nak asingkan Danish kalau dia buat salah.. cuma tak tau nak letak mana.. Dalam bilik air ke? Dalam bilik stor ke? bawah meja makan ke? hahaha, kejam.. tapi tu je la caranya, cuma bukan hukuman berat la.. kalau psiko bab buat muka seposen dan tak layan Danish, dalam 2 atau 3 minit aku pujuk, masa tu aku minta Danish peluk aku, nak tengok dia marah aku lagi tak..pastu bagitau Danish apa salah yang dia dah buat.. memang kadang tak makan saman, benda ni la yang menguji tahap kesabaran ko bebbbb...ehhh sebelum tu, PLEASE JANGAN SESEKALI TAKUTKAN ANAK KORANG DENGAN MOMOK LA, HANTU LA..

setakat ni cabaran pada Danish lagi la.. Dilfi masih belum pandai mengamuk macam tu.. hehehe.. makin kurus la aku nanti..okla, nanti nak cerita benda lain pulak.. hati duk teringat anak² je.. tapi tadi BS bagitau Danish ok, Dilfi masih nak menyesuaikan diri dengan susu botol.. aku bekalkan susu 16oz, harap² la cukup sampai petang.. hemak gigih memerah ni nak oiiiii, perut berkeriuk² dah.. hahahah..

okbai..

6 comments:

  1. Tip:

    Tiap kali cium dilfi cium danish skali.
    pastu ckp syg. Mommy syg danish, danish syg dilfi.

    Nnti riba dilfi sblah, panggil danish duk riba sblah.
    pastu cium gilir2 2 bdk btuah tu.
    pastu ulang jgk skrip yg sama. Mommy syg danish, danish syg dilfi.

    Pastu cerita dilfi comel mcm danish kecik2 dulu pn comel.

    Selalu buat nnti nmpak perubahan.

    Nnti ugut2 dh xmain lg dh.

    Kite dh try. Mnjadi. Serius. Smpai hari ni dorg rapat. Gaduh2 biasa la tp klau salah sorg xde meleleh rindu.

    ReplyDelete
  2. Sbr Tinn...walaupun akak tak mengalaminya..tgok adik akk yg anak 4 tu pun dh buat akk fhm camne tahap kesbran ibu yg anak lahir rapat..just fikir +ve..susah skrg tapi inshaaAllah akan sng bila dah besar sikit..bykkan istighfar ok :)

    ReplyDelete
  3. Alahai...aish yg xd adik pun menjadi2
    Yg payahnya bila akk tegur marah cpt je merajuk..
    Sbb silapnya abh dia manjakana sgt
    Skang dh nk msk 4tahun rasa mcm dia dh lg cerdik
    Kalau dibiar makin menjadi...bkn nk ckp salah hubs akk tp tula..dia yg byk jaga aish skang...

    ReplyDelete
  4. Normal tu... mmg kena sabar byk handle bdk baru dpt adik.. ank sy pun nk kta rapat tak rapat sgt, tetap mcm tu juga...

    ReplyDelete
  5. Penah alamai situasi ni, Tinn..beranak dua dan rapat. Masa dorang lagi kecik2 memang tersangat mencabar. Sekarang ni syukur lah dorang dah besar, ringan gak kepala. Bila dah besar pulak, orang ckap anak aku kembar ke?..hahaa..

    ReplyDelete
  6. mengalami benda yang sama T_T lepas tu si Abang macam asyik nak tarik perhatian je. and pantang kita leka sikit, dia tarik tangan adik dia lah apa lah. T_T depan kita bukan main sayang adik adik cantik etc. and skrg nak masuk no 3. hopefully boleh jadi abang and kakak yang baik

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com