Jun 24, 2016

Masalah kaki Dilfi Aneeq

Assalamualaikum wbt..

Cerita pasal baby Dilfi tak habis lagi.. pengalaman bersalin anak kedua seringkasnya aku tulis, panjang² kang orang malas nak baca..

ok, sebelum nak discaj dari wad tu, biasala Doc akan check baby kite.. ohh, sebelum terlupa, earing test dah tak ada buat kat Hospital Putrajaya, diorg akan bagi tarikh appoinment untuk buat kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR), Presint 8.. ok, berbalik kepada isu kaki baby Dilfi, masa doc check tu, ada masalah sikit tang kaki Dilfi.. doktor kata ada bengkok sikit kaki kanan Dilfi.. aku ni tengok macam biasa je.. wakaka.. yela, doktor kan pakar bab² tu, mana boleh menidakkan.. doc ada bagi surat untuk aku rujuk masalah ni ke bahagian Rehabilitasi atau diorang sebut OCCT (Occupational therapy)... hari keempat selepas bersalin, dah kena pegi hospital.. 

Maka aku pun pergila ke sana dengan husband dan emak aku.. sampai turn Dilfi, doktor yang incharge check kaki Dilfi.. "ohhhhh, sikit je ni..tak serius pun".. terus lega hati aku ibaratnya minum air tebu sejuk² gitu.. then tanya, apa puncanya kaki boleh bengkok.. Doktor ada ada 2 sebab je, samada struktur tulang kaki atau kedudukan baby masa dalam perut.. kes Dilfi ni adalah KEDUDUKAN DILFI MASA DALAM PERUT.. patutla aku rasa sangat senak, maybe ruang dah sempit, dan Dilfi dalam perut terpaksa bertungkus lumus buat² muat je.. pity u sayang.. sobs..sobs..sobs...

kes Dilfi ni sangat tak serius.. doktor ada ajar teknik urutan, bukan urut yang tekan² tu, lebih kepada usapan kat bahagian betis, tapak kaki dan tepi tapak kaki.. tak ada pulak gambar cara urutan tu.. doktor kata lagi, masalah Dilfi ni adalah otot dia panjang, bukan masalah tulang.. sebab tu caranya hanya urutan dan kena pakai "kasut".. aku pun tak reti la apa namanya..

urutan tu kena buat selama 5-10 minit..pastu pakaikan kasut.. kasut tu kena pakai selama 2jam, pastu rehat 2jam..pakai lagi 2jam dan seterusnya.. masa tanggal kasut tu, kena rajin² buat urutan.. aku paling suka urut kaki Dilfi masa pas mandi.. masa tu mata Dilfi macam nak pejam, betapa sedapnya mommy urut.. hahahaha.. waktu malam, kena pakai sepanjang Dilfi tidur.. aku dah buat, pastu macam tak sampai hati.. tengah malam aku tanggalkan.. baby lagi kot, dengan bedung lagi.. huhuhuh..

inila rupa kasut tu.. nak pakai ni, tak boleh pakai booties, kena pakai stokin.. 


ni rupe masa dah pakaikan tu.. masa ni dalam hari lagi.. memula Dilfi ok, lelama dah terkitai² kaki Dilfi, tak selesa mungkin..


haaaaaaa..tengokla, dengan bedung lagi, memang rimas la.. 

aku dan suami positif je masa doktor bagitau.. lagipun bukan masalah besar.. kecuali la Dilfi ada masalah kaki bengkok yang melibatkan TULANG.. serius kalau tu, memang aku risau.. by the way, masa aku pegi OCCT tu, ramai gak baby yang datang.. nurse memang ada bagitau, prosedur HPJ memang sangat details bab check baby sebelum kuar wad.. sumbing kat lelangit pun doktor boleh tau.. Alhamdulillah, at least kite tau apa masalah anak kite kan.. tu la salah satu masalah yang doktor detect kat Dilfi.. tu belum masalah prolonged jaundice lagi, fuhhhh.. berpantang kali ni sangat² mencabar.. yang tu, tunggu entry seterusnya..

Setakat ni, dah 2kali pegi OCCT.. kali kedua tu doktor check kaki Dilfi sama ada dah ok ke belum.. doktor kata hampir ok, tinggal sikitttttt je lagi.. Alhamdulillah, berkat mami rajin duk urut kan.. sepatutnya 31 Mei hari tu follow up, tapi hospital call, kena tunda tarikh.. kasut pun dah tak muat doktor.. jadinya, kerapkan urut je la boleh.. ada gak pakaikan kasut tu, kemain marah Dilfi, ketat sangat agaknya.. apa pun, moga anak mommy baik² saja..


chillex la ayah dan mommy, Dilfi budak kuat.. hehehe.. gambar ni masa Dilfi masih dalam hari.. Dilfi memang seorang mat senyum.. hahahah.. lebiuuuu bebeh..


nanti aku cerita kat entry lain ye pasal prolonged jaundice Dilfi tu.. okbai..

10 comments:

  1. oo ye2..kasut yang macam tu untuk bayi kaki bengkok..doktor lagi tahu kan,,
    semoga terus membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  2. Ank no2 akk pun sama kes dgn dilfi...tp alhmdulillah dah besar kuat pulak bersukan...hehe...lari pun laju...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mami..siannya dilfi..semoga cepat sembuh syg.. comel gila mat senyum ni.hehehehe menawan hati umi heehehe

    ReplyDelete
  4. kesiannya..moga sembuh n sihat selalu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tak serious sis..moga dilfi cepat sembuh yeh

    ReplyDelete
  6. semoga semua ok. Masa brsalin haritu pon ada akak dpn katil eka, anaknya kena mcmni. Datang staff fisio rasanya tgok kaki anaknya.

    ReplyDelete
  7. moga cepat sembuh baby comel ni...salam singgah ya :)

    ReplyDelete
  8. ANAK BUAH SY PUN SAMA WAKTU BR LAHIR DULU ... MMG KENA BUAT FISO ...KAKI ANAK BUAH SENGET BYK JG LA ... TP SKRG NI LAHAMDULILLAH DAH 12 THN DAH ...DAH BESAR DAH ... DAH MAIN BOLEH SEPAK SEKOLAH XDE HAL LAH ,,,JGN RISAU USAHA JE YG PENTING

    ReplyDelete
  9. InshaaAllah semuanya ok tu..tapi akak perasan gambar dia mmg senyum memanjang :)

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com