Jul 18, 2016

Ujian Bertulis jawatan Penolong Pendaftar UiTM


Assalamualaikum wbt..

Baru ada kesempatan nak conteng blog.. sejak lepas cuti hari raya, banyak betul kerja aku sampai pending la.. biasanya sebelum balik dah settle dah,kali ni bikin sakit kepala.. dengan asyik cuti je sebab dak Dilfi tak sihat.. bertabah la.. 

Last week dapat emel mengatakan aku melepasi syarat untuk dipanggil menduduki ujian bertulis bagi jawatan Penolong Pendaftar kat UiTM.. memang ada mohon,tapi tak ingat bila.. tarikh ujian bertulis adalah semalam.. aku langsung tak study apa apa sebab fokus kat Dilfi yang tak sihat.. yang aku tau, ada 80 soalan dan masa diberi adalah satu jam..

Semalam minta tolong akak aku jaga dak Danish dan Dilfi, sementara husband hantar aku pergi exam tu.. aku dapat sesi pertama ,jam 8.30 pagi.. sampai je kat sana,ramai sangat manusia.. siap ada yang bawa fail sijil, bawa kalkulator, bawa beg galas.. aku bawa pensel dan pen yang aku baru beli kat 7 Eleven masa on the way ke UiTM Shah Alam tu.. kahkahkah

Ok,cakap bab soalan untuk ujian bertulis tu,sejujurnya pada aku memang susah sebab kebanyakan soalan berkaitan perjawatan awam.. contohnya hal pergerakan gaji, kenaikan pangkat, pelantikan jawatan tetap, dokumen rasmi, filing, akta, macam-macam lagi la.. so,aku beranggapan untuk yang dah sememangnya kerja sektor awam,mesti di hujung jari.. aku pulak tau la sikit-sikit sebab kadang tu husband aku duk bercerita pasal hal kerja kat aku..

Aku bagi salah satu contoh soalan la ye.. "Tina dilantik secara tetap pada 1 Ogos 2015, bilakah tarikh pergerakan gaji Tina bermula?" Pastu ada la 4 pilihan jawapan.. aku confuse sama ada Januari 2016 atau Julai 2016.. hahahaha.. bila tanya husband,betul la jawapan aku..kehkehkeh

Ada la beberapa soalan yang sempat aku salin ringkas untuk rujuk kat husband.. bila husband tau,kemain kerek kata tu semua hujung jari dia.. hampeh betul..

Ni la kertas soalan tu.. ambil gambar sipi je, tu pun masa dah habis menjawab..


Sebelah kanan aku.. tunggu giliran nak keluar dewan.. pfffttt



Sebelah depan aku.. yang nampak tangan je tu,budak lelaki yang tetiba "kak, ada pensel lebih tak,nak pinjam".. kemahen kalkulator dia yang saintifik,tapi pensel tak do.. adoiii dik..


Sebelah kiri.. menunggu giliran untuk keluar dewan jugak..


Ok..kalau lulus ujian ni, baru la akan dipanggil untuk interview pulak.. aku tak yakin masa jawab exam tu,tak tau macam mana resultnya nanti.. 

Dalam ramai-ramai calon, ada la sorang yang bertegur sapa.. duduk meja sebelah aku, nama dia Fara.. tu je yang aku tau.. apa pun,moga berjaya kepada semua calon.. kalau dapat tu rezeki,kalau tak dapat tak apa,pengalaman dah ada kan..

Oh ya, sebelum raya tu aku ada join contest Lazada.. aku menang, nanti ada masa terluang aku update kat blog.. nak cerita pasal raya gak ni.. okbaiiii

17 comments:

  1. jawapannye JULAI!..

    hahaha..


    semoga ada rezeki buat kamu..
    amin..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ... dan semoga bderjaya dik ... nanti dpt kerja kat shah alam ...jauh tu ....


    betui jwpannya julai dik .... kerajaan ni ada 4 pergerakan gaji .... ikut bln lantikan ....

    ReplyDelete
  3. Good luck sis..semoga dipanggil interview

    ReplyDelete
  4. pergh menang contest lazada tu. Kat sini tak bole bukak web lazada zalora poplook ahhh jem hahahahahahahaha. macam mana nk shopping online ni. bukak guna hp tak feel.

    Smoga berjaya akak. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. Tina Selamat hari raya. ingat Na lagi tak?

    ReplyDelete
  6. jawapannya julai 2016.. tina next time prepare ye.. i blh bg copy semua GO, pekeliling, dll.. uitm badan berkanun tapi still guna pakai gov punye order

    ReplyDelete
  7. wish u luck tina.. moga rezeki utk anak2 nnt

    ReplyDelete
  8. Gud luck ...Insha allah rezki adalah tu. Okey cepat update entry raya... xsabaq nih huhu

    ReplyDelete
  9. saya dapat jugak panggilan aritu..sesi yang sama..tapi malangnya di kampung tengah berpantang..huhu..mungkin takde rezeki..huhu..

    ReplyDelete
  10. Salam. Ade yg dah dpt panggilan interview x?

    ReplyDelete
  11. Salam. Ade yg dah dpt panggilan interview x?

    ReplyDelete
  12. Salam. Ade yg dah dpt gil intrview x?

    ReplyDelete
  13. Salam. Ade yg dah dpt panggilan interview x?

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com