Jan 19, 2017

Hujan lebat..angin kuat.. Ujian

Assalamualaikum wbt..

Semalam kira memang dilanda ujian la..even tak kena kat aku, tapi rasa tempiasnya.. semalam otw balik tu memang tak hujan.. area Bangi memang clear je.. dah masuk Dengkil, boleh lak jadi gelap gelita.. macam nak malam dah padahal baru pukul 6.30pm.. gelap macam nak runtuh langit tu.. aku macam biasa terus amik anak² dulu..sampai kawasan taman perumahan aku, hujan dah turun..masa tu angin biasa² je.. sampai depan taska, terus angin kuat.. tapi aku masih boleh masuk untuk amik barang.. barang boleh amik, tapi nak masukkan dalam kereta tu, aku habis basah.. even pakai payung, tak guna gak.. angin terlalu kuat sampai menolak aku.. pintu kereta dah macam nak tercabut.. seat kereta basah.. payung aku terkepak.. aku hampir nak terbang.. kahhhh.. hantar barang yang jarak dari pintu taska dan kereta sangat dekat, aku basah kuyup macam main hujan.. terpaksa matikan enjin kereta, terus masuk taska.. lepak sana sementara hujan dan ribut reda.. serius, memang gerun.. kalau aku duduk dalam kereta, memang aku nangis beb..

kiranya sampai lepas maghrib la aku lepas taska.. sampai Danish dan Dilfi pelik..tak hirau aku pun.. cehhh.. mandi tukar baju yang pengasuh anak² pinjamkan.. hujung rambut sampai hujung kaki basah.. kesiannn..hahaha.. 

hujan dah reda..ribut dah reda..aku hangkut anak² balik rumah.. Fuhhh, memang kesannya sangat teruk la.. pokok tumbang.. court futsal rosak kena hempap pokok... sampai rumah, pokok bunga jiran aku tercampak depan pagar rumah aku.. dah aku angkat dulu.. ketepikan pasu yang pecah.. memang kesian la sebab punah pokok² bunga dia..

Masuk rumah, sekali lagi aku nak nangis.. bumbung bilik utama bocor.. banjir hoiiii bilik aku.. habis toto dan selimut basah.. dah kena angkut kuarkan lak.. dah la berat.. gagahkan gak angkat sebab husband tak balik lagi.. setel angkut toto dan selimut yang tebal tu, mop lantai pulak.. ujian betul la semalam.. Dilfi lak sembelit.. nangis² meneran.. dah sesi memujuk anak pulak.. aku ni boleh la dikategorikan sebagai supermak kot..hahaha.. 

nah, aku bagi gambar kesan ribut dan hujan lebat semalam..

















Moga mereka yang ditimpa musibah ni bersabar dan redha.. ada hikmak di sebalik kejadian ni..



2 comments:

  1. ni betui2 ribut kuat ni dik ....
    sampai tumbang pokok...

    ReplyDelete
  2. kuat tu ributnya kak sampai pokok pun tumbang.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com