Jan 5, 2017

Pembuka 2017 | Cuti tempat sejuk

Assalamualaikum wbt...

Fuhhh, rindu giler kat blog.. serius, memang tak ada masa... hamboihh, anak baru dua terus tak ada masa kan.. kahhh.. ok, tinggalkan cerita tak best 2016 nunnn kat belakang, sangat tak best untuk dikenang.. moh kite buka lembaran baru.. InsyaAllah akan jadi sedikit rajin untuk update blog.. kalau tak, sia² je jadi blogger.. puihhhh

Macam biasa, tiap kali hujung tahun ada la cuti tersedia.. memula aku malas nak fikir nak berjalan ke, nak holiday ke, nak meronggeng ke.. tapi duk fikir Danish suka naw cakap nak naik bukit la, naik gunung la.. aku fikir bukit paling dekat, Genting Highland.. pastu fikir Dilfi pun dah besar, dah boleh adapt dengan cuaca sejuk, maka discus la dengan husband.. dia pun ok je.. memula aku book kat booking.com.. dah succes booking, dia kata debit kad aku decline, lupa lak aku belum aktifkan lagi.. kahhhh.. so, booking terus under Resort World Genting.. dapatla triple room harga RM96 untuk satu malam.. okla tu, tak payah bilik luas mewah etc..etc.. (tak ada gambar bilik, tak sempat nak snap)


budak paling happy..paling tak berhenti bercakap tanya itu ini..



hurmm..besar dah budak ni.. 

masa sampai sana, check in melalui kiosk, rupenya kalau check in awal, kena caj RM5.. cisss.. bayar je la, bukan mahal pun kan.. letak barang, makan yang aku masak dari rumah (makan kat sana mahal, so pepagi buta dah masak dan tapau, spageti je punnnn).. siap semua, maka turun kami 4 beranak, acah² nak main indoor game.. boleh la puaskan hati dak Danish.. Dilfi?? masa beratur beli tiket tu dah selamat tidur dah.. ok, tiket untuk kanak² lagi mahal dari dewasa ye.. total harga untuk 2 dewasa dan 1 kanak², RM99.80.. harga untuk kanak² RM34++ kalau tak silap.. lupa snap gambar resit sebab Dilfi dah koyakkan.. pasghahhhh..

paling teruja harusla Danish, aku lenguh pinggang dan kaki dukung Dilfi even pakai baby carrier.. si ayah layankan kerenah Danish.. puas turun naik tangga, eskelator bagai, finally Danish melekat kat tempat main game.. lama hoiii kat sana.. entah apa yang Danish belek pun aku tak tau.. sampai dak Dilfi dah merengek² nak kuar dari baby carrier.. bertabahla..pffttt..

macam mak pak yang teruja..anak wat lek wat kul je..apakah.. btw, Danish memang suka.. naik benda yang tergantung² ni, tak berhenti mulut dia tanya macam².. Dilfi seronok membuta..


paling happy naik yang kaler biru tu.. tersengih², tersipu².. geram nengoknya.. 


muka bosan tunggu abang melekat kat game tak nak balik.. lenguh dukung Dilfi ni.. 


Esoknya pas check out tu, barula bawa anak² jenjalan area luar hotel lak.. bagi lagi rasa udara sejuk kat sana.. pastu sambung lagi main game.. yela, beli tiket indoor game dapat free RM30 untuk main game kat Funtasy Game ke hape tah, lupa aku.. elokla bagi perabih dari membazir tak guna langsung..

sebelum check out, bergurau senda tiga beranak.. nak selfie dalam bilik?? jangan kau mimpi tajuknya Tina.. semua tak berkenan.. engko yang syok sendiri.. 


keseluruhan percutian kami 4 beranak ni, bolehla.. Danish happy, kami mak apak happy jugak.. dan Alhamdulillah anak² tak mengaruk bukan².. makan ok, tidur ok, main ok.. walaupun sedikit kecewa dengan indoor game yang ada certain dah tutup, tapi selagi Danish ok, aku dan husband ok je.. Dilfi je la masih tak faham apa itu game..kahkahkah.. tak faham pun, still suka masa naik Mini Train tu..

tengokla gaya dia tu.. macam dah besar.. 


notakecik : tunggu Dilfi pandai jalan la nak holiday lagi.. letih mendukung beliau sebab tak duduk diam.. aigoo

5 comments:

  1. tgu buka theme park baru akak nk naikk... ari tu naik dah takde pe dah .. bosan .. harapkan sejuk je ... tp tak best ... tak best sbb pala pening naik bukit kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Happy holiday sis...Eh okey lah harga bilik tu..Tak mahal sngat...Urmm tingin plak nak pegi..huhu

    ReplyDelete
  3. Masa pegi ni show atromen dh abis eh? 2 thn lps kalau amik pakej show+bilik hari weekday harga bilik 50hengget lebih je. With bfast for 2!

    ReplyDelete
  4. bestnya becuti..org lain dah mood sekolah dah..kkk

    btw heppi new year

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com