Apr 27, 2017

Didi and Friends | Danish

Assalamualaikum wbt..

Aduhai..cerita ni dah kategori basi..kesiannnn.. kisah anak bujang yang no. satu ni haaa, sejak bila terjebak dengan Didi and friends pun tak tau la.. orang lain lama dah minat, dia baru minat..sedihhh..

Masa cuti sekolah bulan 3 hari tu, mak mak sedara dak Danish baik hati la bawa dia pegi ioi City Mall tu..kebetulan ada show Didi and friends.. Danish memang tak kenal sangat sape Didi, bila bawa tu macam excited, tapi bila amik gambar macam tak suka.. aku sendiri pening.. maybe sebab ayah dan mami dia tak ada.. jadinya macam hambar la aktiviti jenjalan Danish tu..


tu yang berbaju biru kecik² tu dak Danish.. senyum tidak, sengih tidak..dengan sepupu² dia..


see, muka macam tak puas hati.. tak pahammmm


pandang arah lain, tak minat aihhh nak amik gambar..

balik tu, beria bercerita "mami, tadi abang tengok Didi and friends dengan kakak, dengan mama, dengan mak ngah, dengan abang adam.." sebut la semua yang pegi.. belum masuk umah dah berjela cerita dia.. excited kan.. tapi kat tempat kejadian tak menampakkan excited.. sebabnya, tak lengkap.. tak ada kami dan adik tecik dia tu..bagus abang Danish.. hehehe


Pastu ntah hari apa lak tu, kuar lagi, tapi aku dengan adik kecik dia adala ikut sekali.. tetibe pulak Danish kata nak beg Didi.. menggagau la cari.. masuk kedai², ada beg yang ada kartun tu, semua dia tak minat.. finally jumpa kat kedai² kecik macam kat kaki lima tu.. grab la seketul.. harga boleh tahan gak mahal, RM39, dapat la RM35.. fuhhh, baru umur 3tahun dah demand memacam.. fenin mak engko ni nak oiii.. nasibla ayah bagi green light untuk beli beg tu..


dah dapat beg Didi, kerek tak nak pandang kamera.. siap peluk tubuh tu.. jalan tak pandang orang lain.. dapat beg, terus ajak balik.. selagi tak dapat apa dia nak, jangan harap dia nak balik.. 


last week dah genap 3tahun.. menuntut pulak kek Robocar Poli.. pastu paksa mommy buat kek Robocar Poli.. tepuk dahi mommy ni sayang.. kek pisang boleh la buat.. 

Esok nenek, mak ngah dan ucu datang.. boleh la kite potong kek ye.. yeayyyy!!!

2 comments:

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com