Apr 5, 2017

Main pasir | Port Dickson

Assalamualaikum wbt..

sebelum mula, nak cakap kesian kat diri sendiri sebab malas+tak ada masa+sibuk untuk update blog sendiri.. konon nak aktif semula, hampeh je.. 

Ni la, dulu 1st time bawa Danish main pasir, bukan main penakut lagi.. jerit² masa aku letakkan kaki dia kat pasir tu.. geli agaknya.. menangis beria dia.. pastu dah besar+dah ada adik ni, bawa sekali lagi pegi pantai.. kali ni dekat je, Port Dickson.. memula macam geli, pastu ewahhhhhh..tak nak berhenti dan tak nak balik.. aku la jenuh bersihkan dua beradik tu..

tengok la tu.. si adik memula elok je la duduk..rupenya sesambil makan pasir tu.. kami pun tak perasan.. bila pasir dah penuh kat bibir barula perasan.. kahhhh


main dengan sepupu² Danish.. paksa kakak buat jambatan la..gunung la.. macam dia paksa ayah dia gak.. bertabah la..yang hairannya, bawa ke pantai tak nak pulak.. katanya takut ombak.. dah sudahhhh.. semua benda nak takut la awak ni Danish..


si kecik ni lak yang beria main air.. tu dah mandi pas main pasir tu.. dah kena gonyoh lagi.. pfftttt



aktiviti main pasir tak berakhir lagi.. masa cuti sekolah hari tu pegi lagi.. kebetulan sepupu² Danish yang dari Pahang datang, apa lagi..serbu Port Dickson lagi la kami.. kemain excited Danish sebab boleh main pasir.. siap bawa segala mak nenek mainan dia.. sodok pasir la, dump truck la, excavator la.. baldi kecik la..

Dak Dilfi ni hari tu suka main pantai, kali menangis² tak nak lak.. lagipun dia mengantuk, pastu kena paksa lak main air, mengamuk laaaaa... dah elok dah pakai baju renang, tapi spoil tau awak ni..haishhh


Danish dengan dump truck dia.. suka naw² korek pasir tu.. aku tengok pun dah geli..kahkahkah


sampai ke rambut pasir tu Danish duk baling².. suka sangat main.. berbelang kaki dan tangan tu.. ajak balik tak nak lak


jenuh ayah Danish menunggu.. "bila la nak siap main pasir nak oiiii??"

tapi pas main pasir tu, ayah Danish ada la bawa Danish ke pantai..mula² kat gigi air, pastu ke dalam lagi.. okla, Danish pun cakap best main air.. kena la jugak bagi dia berani main air.. kang sampai dah besar tak nak ke pantai.. tu belum ajak mandi sungai lagi tu.. tak tau la rupa apa nanti.. kalau mandi pool, kemain ligak lagi..

masa ramai² macam ni la baru berjalan anak beranak..kalau tak, memang merap kat umah atau pegi mall.. tak pun tengok buaya pastu kayuh basikal..tu je la aktiviti 4 beranak ni.. so lame.. kahkahkah

okbai..

2 comments:

  1. budak2 mcm tu la...mula2 takut lepas tu tak reti nak stop pulak...

    ReplyDelete
  2. PD memang selalu tempat yang sesuai nak bawak anak2 main camni...

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com