Apr 28, 2017

Percutian Menarik Di Hotel-Hotel Yang Berpatutan Di Langkawi

 Assalamualaikum wbt..

Hello dan haiii uolss…Lama tak bersiaran, terasa gatal jari jemari nak share something yang menarik gittewww.. Mesti ada dalam kalagan korang dah plan kan nak pergi holiday ke Langkawi kan.. Yela,kalau nak bercuti ni yang paling penting sekali ialah kita mesti nak survey tempat penginapan dulu kan..takkan korang main terjah jerr, tak memasal kang dapat hotel tak best.. Sedihhhh.. Tak ada tempat nak menginap nanti macam mana nak holiday kan.. hari ni aku nak share dengan korang senarai hotel-hotel kat sekitar Pulau Langkawi yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan sangat puas hati..

Hotel yang aku akan sebut kejap lagi ni bukan sahaja berpatutan malah kemudahan dan fasiliti yang diberikan sangat bagus! Dan yang paling penting selesa okeyy u ollss! So korang kena la baca sampai habis apa yang aku nak share ni mana la tau kot kot korang berminat dengan hotel-hotel yang bakal aku sebutkan ni.. 

Image result for langkawi
Lambang kemegahan Pulau Langkawi
            
Okay,seperti yang kita tahu..Pulau Langkawi ni adalah sebuah tempat peranginan yang sering menjadi tumpuan orang ramai..tak kira la orang tempatan mahupun orang luar negara..Langkawi juga terkenal dengan syurga coklat kan…so bagi sesiapa yang hantu coklat tu, Langkawi adalah pilihan yang tepat untuk korang! Selain itu banyak lagi tempat yang menarik di sekitar Langkawi ni..so kalau korang nak tahu korang kena la search tempat menarik di sekitar Pulau Langkawi.. Hotel-hotel yang akan aku sebutkan jap lagi ni berhampiran jer dengan tempat-tempat yang menarik.. so, tak payah korang susah susah nak fikir macam mana nak jenjalan area sana, nak cari peta bagai..

Hotel pertama, Bayview Hotel Langkawi ini terletak kira-kira 13 km iaitu dalam jarak 25 minit kalau korang drive dari Lapangan Terbang Langkawi. Manakala jarak dari Terminal feri yang terletak di pekan Kuah ialah sejauh 3 km iaitu mengambil masa 5 minit pemanduan, dari hotel ini. Penginapan ni mengambil masa dalam 12 minit kalau korang jalan kaki dari pantai. So tak perlu risau la,hotel ni memang dekat dengan pantai…Haaaa, boleh la cuci mata uolss tu.. hikhik.. Bayview Hotel Langkawi ni juga menawarkan pemandangan laut dan bukit bukau yang indah dari sebuah lokasi di pusat di daerah komersial di Pekan Kuah…Pergghh memang cantik la pemandangan dia u ollss… confirm korang jatuh chenta pandang pertama..

  Exterior / Building Bedroom
          pemandangan dari luar hotel                                      persekitaran di dalam bilik

Okay next adalah kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah parking percuma, kolam renang luaran, pusat kesihatan dan banyak lagi... Selain itu, korang juga boleh membuat tempahan sarapan yang mempunyai pilihan sajian Eropah, Cina dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang Bayview hotel ini merupakan salah satu skor lokasi yang terbaik di Kuah... So memang tak salah la kalau hotel ini termasuk dalam senarai hotel yang bakal anda menginap nanti..hehe

  Others Swimming Pool 
                    Pusat kesihatan                                                         kolam renang luaran


Hotel yang seterusnya ialah Langkawi Seaview Hotel dimana hotel ini berhampiran dengan pantai dengan mengambil masa dalam 3 minit berjalan kaki..dekat kan..haha senang la nak pegi mandi laut u ollss..berjemur bak kata orang, boleh join omputih yang berjemur gak tu..kehkeh...Yang bestnya hotel ni terletak di tengah-tengah Bandar Kuah.. so dekat sangat dengan kedai-kedai and shopping mall.. apa lagi, pusing la korang shopping habis habisan.. Hotel Langkawi Seaview ni mengambil masa dalam 15-minit kalau kita berjalan kaki dari kedai-kedai bebas cukai serta Jeti Kuah. Manakala Lapangan Terbang Antrabangsa Langkawi terletak kira-kira 25-minit dengan pemanduan dari hotel ini. Bilik yang ditawarkan di Langkawi Seaview ni mempunyai balkoni serta pemandangan laut atau bukit-bukau yang cantik dimana dapat memukau kan korang kalau korang stay kat sini..amacam, tak teruja lagi ke?? 
  Lobby Bedroom
                                                                                                         bilik yang selesa

  Bedroom Swimming Pool
                                                                                          kolam renang eksklusif

Okay the last one is, Adya Hotel Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Lokasi hotel ni sangat strategik sebab ia berhampiran dengan tempat yang menarik dimana mudah la korang nak bergerak kan.. Yang bestnya…hotel ni menerima Union Pay okay u ollss... Bilik-blik yang ditawarkan kat sini lengkap dimana mempunyai penghawa dingin, TV skrin rata dengan saluran antarabangsa dan Cina, selain itu ada juga kemudahan seterika dan almari pakaian…susun jer baju korang dalam tuh..buat macam rumah sendiri kan..hahaha.. kat sini pon ada menawarkan kemudahan untuk buat barbeku yang seronok tu percuma okay… weyhhh, barbeku percuma tu.. sekali lagi nak cakap, PERCUMA.. Hotel ni pon merupakan salah satu skor lokasi terbaik di Kuah!! Kita kasi lagi 5 bintang!!!
  Bedroom   Swimming Pool Bedroom
gambar-gambar di sekitar Adya Hotel

Actually banyak lagi hotel yang terbaik di sekitar Langkawi ni.. So kalau korang nak tahu lagi hotel-hotel yang awesome kat Langkawi ni jom la cari list of hotel in Langkawi sekarang!! Jangan lepaskan peluang yang ada ni korang! Masa ni la masa terbaik nak luangkan masa bahagia dengan family kannn.. dah, tak payah fikir banyak.. terjah je link tu ye.. :)

1 comment:

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com