May 8, 2017

Hari Lahir | Danish & Dilfi

Assalamualaikum wbt...

Jenis suka pending post tu kadang menyusahkan diri sendiri.. sebabnya nanti aku lupa nak tulis apa.. gambar je bersepah.. takkan nak up gambar je kan..

Dua anak teruna aku ni tarikh lahir tak jauh beza.. si Abang Danish 16 April, si Adik Dilfi 18 April.. kengkonon nak makan kek kat secret recipe je.. pastu mak aku call kata nak datang umah aku hujung bulan.. adik aku pun follow.. pastu kakak aku yang kat Pahang pun nak mai.. so tunda la majlis potong kek ke hujung bulan.. dah alang² ramai tu, potong kek masa tu mesti meriah kan.. tapi silapnya bila dah tunjuk pelbagai bentuk kek Robocarpoli kat Danish.. tu duk mengaruk nak kek robocarpoli siap paksa mami dia buat kek tu.. hadoiii, pening nak oiiii

Muhammad Danish Altaff dah 3 tahun.. lahir kat HKL, time tengah hari rembang.. punyala jauh mommy beranakkan awak Danish.. 


Muhammad Dilfi Aneeq sudah 1 tahun.. Lahir kat HPJ.. masa pulak lepas asar.. (tolong jangan macam gegirl sangat boleh tak sayang??)


Allahu, cepatnya la anak² membesar.. orang kata ada baby ni best.. serious, memang best masa diorg baby..masa diorg tak pandai jalan lagi, tak pandai melawan.. dah besar sikit ni, pening.. dak Abang garang, dak Adik suka kacau abang.. pastu abang marah, pastu jerit², pastu adik usik lagi.. sudahnya Mommy yang jerit.. 

ok sambung.. hari tu tak ada la sambut besday sangat pun.. more to makan² family je.. potong kek tu kira penyeri je.. masak pun cuma soto, pisang goreng, keladi goreng, ubi rebus, sambal tumis, kek mak aku buat etc.. see, semua makanan jawa.. maka bertabah je la suami aku..hahaha..


ni kek yang disponsor oleh ayah diorg.. beli dengan bos husband aku.. puas cari contoh kat ig, kt fb, kt tenet..semata² nak cari yang paling menarik minat Danish.. kalau berminat, cer cari @darwisybakeryputrajaya

Danish sebok sangat nak potong.. orang tak habis nyanyi lagi.. pastu habis dia tenyeh rumput² kat tepi tu.. haodila anakkkk

yang Abang sebok tenyeh kek.. yang Adik tazabar nak terkam menan kat kek tu.. ni je la gambar paling helok sebab memang ada dua keping je rupanya.. jurufoto sebok nak makan.. sedihhhhh... kahkahkah.. boleh la, dari tak ada gambar kenangan kannn..

gambar makanan pun tak snap.. aku sebok.. maghrib pun masih kelentang kelentung kat dapur.. apa pun, terima kasih family sebab sama² meraikan.. dapat berkumpul reramai.. makan sama², borak², gurau senda.. next time kite makan² lagi ye.. 


okbai

5 comments:

  1. Selamat Hari jadi Danish & Dilfi ! Semoga jadi anak yang soleh :)

    Jemput la join contest kt blog saya ye
    http://ora-adzlin.blogspot.my/2017/05/blog-contest-giveaway-2017.html

    ReplyDelete
  2. comelnya kek dia. untunglah leh sambut sama2. besday dekat2..

    ReplyDelete
  3. eh.eh.macam sama pulak birthday anak2 selang sehari.thaqif 6/5, aisyah 8/5

    ReplyDelete
  4. Comel je yang xsabar nk potong kek tu lucu je. Semoga membesar jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari jadi Danish & Dilfi... cantiknya kek tu... :)

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com