May 9, 2017

Jalan-jalan Naik Train

Assalamualaikum wbt..

Kite ni sebagai mak ayah, selagi mampu, selagi ada kudrat..selagi tu kita cuba tunaikan permintaan anak² asalkan permintaan tu tak keterlaluan.. Danish ni sejenis yang suka dengan segala jenis kenderaan.. lori, bas, trelar, truck, excavator, train, etc..etc.. last year adala balik kampung husband kat Kelantan tu.. kebetulan duduk umah pak sedara husband yang ada lori.. Danish punya la excited, asek la nak tengok lori.. sudahnya atuk bawa naik lori.. pastu asal nampak lori tu, lekat la nama lori atuk..

Then, perjalanan dari ofis husband ke umah tu memang sebelah dengan rail ERL, so selalu la nampak ERL lalu.. pastu asek cakap "abang nak naik train..abang nak naik train".. Alahaiii, benda simple je kan..takkan susah sangat nak tunaikan.. btw, selain train, Danish nak naik bas.. 

So Sabtu lepas, kami bawala naik train.. tak plan pape pun.. ngah breakfast terus cakap nak bawa Danish naik train.. aku ok je.. pegila ke Putrajaya Sentral tu, beli tikel.. kemahennnn mahal nak oiii.. kami pegi Bandar Tasik Selatan je pun.. konon nak pegi ke KL Sentral, dengan tak bawa baby carrier, plus fikirkan tiket boleh isi minyak kereta dan tahan seminggu, so pegi paling dekat.. hahaha..

Tiket ERL dewasa sehala ke BTS dah RM8, tiket Danish sehala RM3.60.. total untuk dua hala jadi RM39.20.. zaman aku remaja dulu, sehala baru RM5.30.. phewwww, zaman Danish dan Dilfi nanti cane la gamaknya..


jenuh menunggu train yang tak sampai².. Dilfi pulak jenis cepat bosan.. hurmmm


muka nampak serious, hakikatnya happy.. Danish memang tak pandai ekspresikan muka tu.. jenis keras hati dan garang.. 

kat stesen BTS menunggu train.. panas membahang pun menten sengih ye Abang Danish

gambar ni masa otw ke BTS.. Dilfi tak duduk diam.. geram aihhh.. Danish cuba membiasakan diri.. masih blurr dan excited dalam diam..


turun dari train, Danish cakap nak naik bas pulak..bolehla sayang oii, tapi nanti tunggu ayah free ye nak.. jangan Danish minta naik dump truck, garbage truck, excavator, fire truck dan yang susah² belaka nak naik.. tak dapek mami nak nolong..

moga Danish dan Dilfi happy ye.. ayah dan mami cuba untuk menggembirakan anak² mami.. ♥♥♥

3 comments:

  1. seronok lah dia boleh jln2 naik train..
    luth pun rasanya br 3 kali naik.. rawang ke sogo je..huhu

    ReplyDelete
  2. besar dah bujang akk.! Selamat berpuasa kak.. hihihi seronok ye diorg dpt rasa naik train...
    nanti hari2 kne naik train mcm aina ni boring pulak rasa. kekeke..

    ReplyDelete
  3. kemain mahaaaaal kak oii tiket nya
    weolls laki bini lama dok plan nak bwk aryan umar naik train. tapi plan manjang tak jadi. sama la anak kita kak. manjang dok sebut train, bus. lori. fanatik betul. haha

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com