Dec 29, 2017

Mak anak dua

Assalamualaikum wbt..

Bila ko ada anak yang jarak usianya cuma dua tahun atau lebih kurang macam tu, tahap kepenatan ko akan bertambah berganda-ganda. Tu belum pakej berleter tanpa henti. Ni aku ni, spesis tak reti nak berleter, sesejak ada anak, Nauzubillah perangaiiiiii. Heyyy, laki aku tengok pun geleng kepala. Kahhhh..

Anak aku jarak umur cuma 2tahun 2 hari. Dua-dua lelaki, dalam fasa melasak, fasa nak explore semua benda, semja tempat, fasa bertanya itu ini tanpa henti sampai kadang-kadang aku naik pening tak tau nak jawab apa untuk soalan extreme dia tu. Of course dak Danish la sebab dak Dilfi pelat-pelat lagi, cakap pun tak jelas. 

Itu baru fasa sedemikian rupa. Belum fasa aku kuar bertiga je dengan diorang. Best bawa diorang keluar tu,tapi bila kite lepaskan diorang. Fuhh, macam kuda lepas kandang. Berdesup dia berlari, baik abang atau adik,sama je perangai tu. Sabar je la mak korang ni.

Lasak-lasak diorang pun, tak ada pulak badan aku susut. Kahkahkah,gila betul. Nanti-nantila aku diet. Ada sekali aku bawa diorang pergi sarapan kat luar. Kat kedai makan je, ketuk meja, kejap nak air, kejap nak nasi, kejap nak cuci tangan, kejap nak turun dari kerusi, kejap nak dukung etc etc. 

Tapi seronok apaaaaa, sebab aku boleh tau kemampuan aku setakat mana. Tapi tu la, bila keluar dengan diorang, muka mula-mula mekap la sikit, pastu leburrrrr.


tak boleh jumpa pasir, terus melekat. Lepas tu jangan mimpi diorang nak balik rumah.



Kalau pergi mana-mana kedai ke, mall ke, memang tak duduk diam. Semua tempat nak explore. Phewww


Kalau dapat keluar rumah, ibaratnya macam dapat duit berjuta. Gembira bukan main. Yang adik tu pulak tak sedar diri, jalan pun belum kukuh lagi, berlari laju je.


Kadang-kadang tahap kesabaran aku memang kosong. Kalau sorang buat salah, dua-dua memang aku marah. Ini serious. Lepas tu mula la aku rasa bersalah, pastu mengalir la air mata mak garang ni.

Apa pun, mommy sayang anak-anak mommy!!! ♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...