Jan 19, 2017

Hujan lebat..angin kuat.. Ujian

Assalamualaikum wbt..

Semalam kira memang dilanda ujian la..even tak kena kat aku, tapi rasa tempiasnya.. semalam otw balik tu memang tak hujan.. area Bangi memang clear je.. dah masuk Dengkil, boleh lak jadi gelap gelita.. macam nak malam dah padahal baru pukul 6.30pm.. gelap macam nak runtuh langit tu.. aku macam biasa terus amik anak² dulu..sampai kawasan taman perumahan aku, hujan dah turun..masa tu angin biasa² je.. sampai depan taska, terus angin kuat.. tapi aku masih boleh masuk untuk amik barang.. barang boleh amik, tapi nak masukkan dalam kereta tu, aku habis basah.. even pakai payung, tak guna gak.. angin terlalu kuat sampai menolak aku.. pintu kereta dah macam nak tercabut.. seat kereta basah.. payung aku terkepak.. aku hampir nak terbang.. kahhhh.. hantar barang yang jarak dari pintu taska dan kereta sangat dekat, aku basah kuyup macam main hujan.. terpaksa matikan enjin kereta, terus masuk taska.. lepak sana sementara hujan dan ribut reda.. serius, memang gerun.. kalau aku duduk dalam kereta, memang aku nangis beb..

kiranya sampai lepas maghrib la aku lepas taska.. sampai Danish dan Dilfi pelik..tak hirau aku pun.. cehhh.. mandi tukar baju yang pengasuh anak² pinjamkan.. hujung rambut sampai hujung kaki basah.. kesiannn..hahaha.. 

hujan dah reda..ribut dah reda..aku hangkut anak² balik rumah.. Fuhhh, memang kesannya sangat teruk la.. pokok tumbang.. court futsal rosak kena hempap pokok... sampai rumah, pokok bunga jiran aku tercampak depan pagar rumah aku.. dah aku angkat dulu.. ketepikan pasu yang pecah.. memang kesian la sebab punah pokok² bunga dia..

Masuk rumah, sekali lagi aku nak nangis.. bumbung bilik utama bocor.. banjir hoiiii bilik aku.. habis toto dan selimut basah.. dah kena angkut kuarkan lak.. dah la berat.. gagahkan gak angkat sebab husband tak balik lagi.. setel angkut toto dan selimut yang tebal tu, mop lantai pulak.. ujian betul la semalam.. Dilfi lak sembelit.. nangis² meneran.. dah sesi memujuk anak pulak.. aku ni boleh la dikategorikan sebagai supermak kot..hahaha.. 

nah, aku bagi gambar kesan ribut dan hujan lebat semalam..

















Moga mereka yang ditimpa musibah ni bersabar dan redha.. ada hikmak di sebalik kejadian ni..



Read More

Jan 17, 2017

Macam perempuan??

Assalamualaikum wbt..

Tergendala pulak up entry baru.. begitula, unta padang pasir tade malas macam ko la Tina.. 

sape macam pempuan? Dak Dilfi tu la.. ke mana² orang akan kata macam perempuan.. dia boboi la uittt.. kadang sampai kesian kat Dilfi, punyela macho gitu ko kata pempuan.. penah satu hari tu balik kampung mertua, duk borak dengan jiran depan umah.. "yang lelaki putih..yang pempuan gelap ckit ye.." part gelap tu aku tak kisah pun.. part pempuan tu kelakar.. cepat² bagitau Dilfi tu lelaki, terus dia gelak.. malu agaknya..

kalau jenjalan dan jumpa kengkawan pun gitu gak.. girl ke ni? padahal baju dah kaler biru yang menandakan boy, tapi nak buat cane, orang tetap kata girl.. mungkin sebab muka Dilfi ni manis plus mudah senyum.. ehhh, betul.. Dilfi seorang yang mudah terhibur..suka sengih..suka gelak.. suka senyum.. kadang tu Danish cuma lompat² je depan Dilfi, dia punya gelak macam nampak apa tah..

tapi aku try la edit gambar Dilfi ni.. ada la sikit macam girl..kahkahkah

senget benget wig tu nak oi...hahaha.. oh ye, Dilfi pantang nampak muka sendiri kat fon.. automatik Dilfi sengih.. mungkin dia kelakar tengok muka sendiri..


tak tau kenan dengan apa masa ngandungkan Dilfi..hahaha.. bertabah la nak.. sikit hari lagi mami nak try pakaikan tudung pulak.. cantik ke idokkk hasilnya nanti.. ni rambut dah panjang, sayang pulak nak botakkan lagi.. rasa nak tocang je..

hahhh, boy ni.. rambut pacak mami engko buat.. tapi sekejap je la jadinya, pastu terkulai balik.. spesis rambut tak leh duduk diam macam tuan dia.. 

macam pempuan ke, apa ke..mami tak kisah nak.. janji awak sihat dan aktif.. aktif sangat² ni.. kalau dibiar, boleh berkeliaran ke mana².. pffttt



notakecik: pasni hadap la gambar anak² aku je la ye..
Read More

Jan 12, 2017

Fasa melasak | Anak-anak

Assalamualaikum wbt..

Ada dua anak lelaki, sangat mencabar..macam mana la yang ada lebih dari 2 anak lelaki.. Dilfi yang umur baru nak masuk 9 bulan tu pun pada aku dah cukup melasak.. dah pandai memanjat, pandai cabut plug.. seram hoiiii masa nampak dia cabut plug tu.. si abang pulak 10 kali ganda lasak dari adik dia plus banyak bertanya sampai aku hilang arah bila nak bagi jawapan untuk setiap soalan dia.. yang penting, banyak KENAPA, APA.. phewww... Danish ni kalau aku cakap, "abang, jangan panjat kerusi..duduk elok².." Cepat² Danish tanya, "nanti apa mami?".. means dia dah tau akibat dari memanjat tu akan jatuh but still tanya nanti kenapa kalau panjat kerusi.. 

ni la budak yang banyak tanya.. dia suka naw naw main bedak..haihhh

kalau dulu aku biar Dilfi bergolek tak jadi masalah.. skang kena pastikan tutup semua pintu bilik, simpan semua benda tajam, kutip semua benda kecik², jauhkan dari dapur.. sebab pernah aku tak tutup pintu bilik utama, Dilfi sikit lagi nak masuk bilik air.. bila aku jerit, dia boleh bantai sengih² je.. mekaseh Dilfi sebab bila sengih tu hilang susah hati.. kahhhh.. BTW, dah dua kali dak Dilfi jatuh katil.. 1st masa kat kampung, dia jatuh but still boleh sambung tido sebab jatuh hempap ayah dia dan bergolek ke bantal.. kali kedua, jatuh tersungkur mencium lantai.. hambekkkk, terkujat aku laki bini bangun tido tetibe anak menjerit.. 

budak kuat memanjat, memunggah.. beza sangat dengan dak Danish..

kalau bab menyepahkan mainan dan segala barang yang ada, bagi la kat diorg.. memang terbaekkkk.. kemas mainan diorg makan masa berejam, tapi sekelip mata je diorg sepahkan.. kadang tu aku terpijak mainan yang kecik² diorg.. kereta, lori, bas, tractor, bulldozer, excavator, dump truck, garbage truck, ambulance, fire engine, train, lego.. weyhh, banyak la..kalau aku jual kat depan umah seketul singgit, mau balik modal.. hahahaha


tengokla sendiri cane diorg main.. puas aku bebel, diorg buat donooooo je.. sakit pulak hati kite..

ni kalau time elok dua beradik ni.. layan youtube, duduk molek sambil sengih² sendiri.. si kecik tu dah pandai nonton youtube.. pelik aku la..

beginila kehidupan dikelilingi hero.. aku la yang kemas, yang bebel.. dak berdua tu pandang sebelah mata pun tak hemak dia membanting tulang gonyoh lantai, vakum karpet..tapi tak kurus² gak mak engko ni nak.. tsk..tsk..

moga aku lebih bertabah dalam membesarkan anak².. pada aku biarla melasak dari duduk diam je..kang sesuatu pulak.. biar rumah bersepah, at least otak diorg berkembang.. ada ke rumah orang yang bersih je even ada anak kecik?? kalau bersih sangat, hairan lak aku..okbye


notakecik : nak sambung buat keje pulak..ada masa lapang baru update lagi..tapi update pasal anak je la, xde modal lain..haha
Read More

Jan 5, 2017

Pembuka 2017 | Cuti tempat sejuk

Assalamualaikum wbt...

Fuhhh, rindu giler kat blog.. serius, memang tak ada masa... hamboihh, anak baru dua terus tak ada masa kan.. kahhh.. ok, tinggalkan cerita tak best 2016 nunnn kat belakang, sangat tak best untuk dikenang.. moh kite buka lembaran baru.. InsyaAllah akan jadi sedikit rajin untuk update blog.. kalau tak, sia² je jadi blogger.. puihhhh

Macam biasa, tiap kali hujung tahun ada la cuti tersedia.. memula aku malas nak fikir nak berjalan ke, nak holiday ke, nak meronggeng ke.. tapi duk fikir Danish suka naw cakap nak naik bukit la, naik gunung la.. aku fikir bukit paling dekat, Genting Highland.. pastu fikir Dilfi pun dah besar, dah boleh adapt dengan cuaca sejuk, maka discus la dengan husband.. dia pun ok je.. memula aku book kat booking.com.. dah succes booking, dia kata debit kad aku decline, lupa lak aku belum aktifkan lagi.. kahhhh.. so, booking terus under Resort World Genting.. dapatla triple room harga RM96 untuk satu malam.. okla tu, tak payah bilik luas mewah etc..etc.. (tak ada gambar bilik, tak sempat nak snap)


budak paling happy..paling tak berhenti bercakap tanya itu ini..



hurmm..besar dah budak ni.. 

masa sampai sana, check in melalui kiosk, rupenya kalau check in awal, kena caj RM5.. cisss.. bayar je la, bukan mahal pun kan.. letak barang, makan yang aku masak dari rumah (makan kat sana mahal, so pepagi buta dah masak dan tapau, spageti je punnnn).. siap semua, maka turun kami 4 beranak, acah² nak main indoor game.. boleh la puaskan hati dak Danish.. Dilfi?? masa beratur beli tiket tu dah selamat tidur dah.. ok, tiket untuk kanak² lagi mahal dari dewasa ye.. total harga untuk 2 dewasa dan 1 kanak², RM99.80.. harga untuk kanak² RM34++ kalau tak silap.. lupa snap gambar resit sebab Dilfi dah koyakkan.. pasghahhhh..

paling teruja harusla Danish, aku lenguh pinggang dan kaki dukung Dilfi even pakai baby carrier.. si ayah layankan kerenah Danish.. puas turun naik tangga, eskelator bagai, finally Danish melekat kat tempat main game.. lama hoiii kat sana.. entah apa yang Danish belek pun aku tak tau.. sampai dak Dilfi dah merengek² nak kuar dari baby carrier.. bertabahla..pffttt..

macam mak pak yang teruja..anak wat lek wat kul je..apakah.. btw, Danish memang suka.. naik benda yang tergantung² ni, tak berhenti mulut dia tanya macam².. Dilfi seronok membuta..


paling happy naik yang kaler biru tu.. tersengih², tersipu².. geram nengoknya.. 


muka bosan tunggu abang melekat kat game tak nak balik.. lenguh dukung Dilfi ni.. 


Esoknya pas check out tu, barula bawa anak² jenjalan area luar hotel lak.. bagi lagi rasa udara sejuk kat sana.. pastu sambung lagi main game.. yela, beli tiket indoor game dapat free RM30 untuk main game kat Funtasy Game ke hape tah, lupa aku.. elokla bagi perabih dari membazir tak guna langsung..

sebelum check out, bergurau senda tiga beranak.. nak selfie dalam bilik?? jangan kau mimpi tajuknya Tina.. semua tak berkenan.. engko yang syok sendiri.. 


keseluruhan percutian kami 4 beranak ni, bolehla.. Danish happy, kami mak apak happy jugak.. dan Alhamdulillah anak² tak mengaruk bukan².. makan ok, tidur ok, main ok.. walaupun sedikit kecewa dengan indoor game yang ada certain dah tutup, tapi selagi Danish ok, aku dan husband ok je.. Dilfi je la masih tak faham apa itu game..kahkahkah.. tak faham pun, still suka masa naik Mini Train tu..

tengokla gaya dia tu.. macam dah besar.. 


notakecik : tunggu Dilfi pandai jalan la nak holiday lagi.. letih mendukung beliau sebab tak duduk diam.. aigoo
Read More

CozyBaby

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com