Jan 22, 2018

Anak-anak semangat

Assalamualaikum wbt.

Tak dapat tulis semalam, jadinya delay hari ni. Semalam ada Kempen Kibarkan Bendera Wilayah sempena Hari Wilayah 02 Februari 2018 nanti. Aku duduk Selangor, tapi memandangkan husband kerja kat Putrajaya dan kena bertugas masa kempen tu, aku sesaje la gedik nak ikut. Husband dah bagitau awal-awal, kena bangun awal sebab 6.30 pagi dah kena ada kat sana. Ada anak-anak kecil ni, kena la maklum yang diorg bukan jenis suka bangun awal, tapi aku bangunkan jugak. Pukul 5.45 dah mandikan diorg, lantak la nak nangis ke apa. Lepas subuh terus gerak ke PPj. 6.30 lebih jugak la sampai. Danish excited la sebab aku cakap nak pergi jogging kat ofis ayah. Kahhh..

Sampai je, umat manusia dah ramai uolss. Beratur panjang kemain. Aku tak tau apa, duduk tepi je la tengok laki buat kerja kat kaunter. Dak Danish asyik tanya bila nak jogging, Dilfi lak tak nak jalan, nak berdukung je. Moody la sebab pagi-pagi dah kena angkut kan. Aku bagitau, ni praktikal sebab tahun depan sekolah kena bangun dan mandi awal macam ni. Macam la diorg faham.

see, dah ramai dah. Siap ada yang bawa baby lagi. Gigihnya diorang lahaii


 
nampakkkkk..punya semangat budak berdua ni kibar bendera. Dilfi lak pantang dengar lagu, tang tu juga dia joget.

mak engko je la yang nak selfie. Masa ni Dilfi sedikit cranky. Lagu belum ada kannn. Bendera pun tak dapat lagi. Bila start lagu je, hambekkk

menunggu ketibaan Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Orang dah ramai masa ni. Aku malas berdiri.



bersila la kami kat tengah-tengah dataran tu. Bagi anak-anak makan cokelat dulu, bagi ada tenaga. Semangat nak join Langkah Ceria ni uolsss. Danish lak tanya je bila nak start jogging. hahaha

sebab kan ucapan lama sangat, kami ke sini. Dak Danish dan Dilfi nak tengok bunga. Penyudahnya, berselut kasut diorang. Haihhhh la anak.

Habis ucapan, ada lak senaman aerobik. Dilfi paling gembira joget. Tapi dalam tengah joget tu, boleh pulak dak Dilfi memerut. Cuci la dulu sementara nak start acara. Siap mencuci, hujan. hahahaha.. Punah harapan nak jogging manja-manja. Budak paling kecewa harusla Danish. Semua orang pakat berteduh. Elok-elok nak cergas, kang kena hujan demam pulak. Ada je yang join, tapi tak ramai.

So kami tukar plan nak tengok kucing pulak. 


Next entry ye. Okbai

No comments:

Post a Comment

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...