Jan 8, 2018

Cuti-cuti Cameron Highland

Assalamualaikum wbt...

Entri sebelum ni cerita pasal RPP, so kali ni nak cerita pasal percutian kami 4 beranak. Kami cuti masa budak start sekolah. Yela, masa anak belum sekolah ni la nak bercuti, kang dah sekolah kena tunggu cuti sekolah, jalan sesak, tempat padat.

Kami gerak agak lewat, dalam kul 8 sebab bajet sampai sana nak singgah air terjun Lata Iskandar. Tapi sampai situ pun dah masuk tengah hari, so teruskan perjalanan je la. Berhenti sekejap bagi Danish tengok air terjun je. Sampai RPP tu awal, belum boleh check in. So kami pergi la menyinggah ke Big Red Strawberry, isi perut dulu. Bawa Danish Dilfi tengok pokok strawberry..kononnnn..

Masa sampai tu hujan renyai-renyai. Nasibla kat Big Red Strawberry tu berbumbung, lega sikit boleh jalan. Aku ingatkan anak-anak teruja tengok pokok-pokok, tidak sama sekali. Diorg teruja tengok kolam ikan kecik tu. Hadoi

Tengok, kat sini mengadap ikan je dah makan masa. Belum naik lagi. 

Nasibla anak bagi kerjasama untuk amik gambar ni. Bertabah la korang dapat mommy macam ni.

Sekejap je pun kat sana. Makan waffle, pusing-pusing tengok pokok kaktus, tengok ikan, snap gambar pastu turun sebab nak check in. Penat uitttt...Esok baru la jenjalan.

Petang tu pergi makan kat Nasi Lemak Abang Strawberry. Yang ni nanti aku up entry lain ye. Kafe ni kat dalam Kampung Taman Sedia. Kampung cantik hoi!!

Hari kedua, kami turun ke Tanah Rata, nak jelajah Taman Agroteknologi, MARDI kononnya, tapi hujan. Walau gerimis, tapi agak lebat. Maka patah balik dan naik ke Brinchang. Masuk la ke Taman Rama-rama
Tiket Dewasa - RM7
Tiket Kanak-kanak - RM4
Dilfi tak kena bayar sebab bawah umur 3 tahun.

Kat dalam taman rama-rama ni bukan setakat rama-rama je ada. Katak, chipmunk, labah-labah, segala jenis cicak, biawak, ular, ayam, itik, ayam belanda, entah apa lagi aku tak ingat..ADA uolsssss. Dan Danish Dilfi sangat teruja tengok ular. Aku memang tak boleh la, geli uittt. Amik gambar pun dari jauh je. Meremang bulu roma. 

tu, gigih 3 beranak ni tengok ular. Satu je aku ingat nama ular tu, ular hidung panjang. hahaha. comel nama ular punnn

yang ni tengok katak besar. Serious, besar beb. dahla gemok, hitam pulak warna dia, lembik. euwwwwww.. Sorry, gambar tak ada. 

Bunga-bungaan pun ada dalam taman rama-rama ni. part ni je la aku suka, sejukkkk mata memandang. Pastu mula la asyik selfie je. Aku la selfie,bukan diorg.

Lepas keluar dari taman rama-rama, husband ajak pergi semula ke Taman Agrotek. Danish memang suka gila dengan pokok. Bagi tak nak mengecewakan Danish, kami bawa la semula ke sana. Tapi hujan lagi. Redah je la, dah sampai sana 2 kali, takkan nak patah balik kan. 

Tiket Dewasa - RM7
Tiket Kanak-kanak - Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun
*aku tak ingat harga tiket kanak-kanak, sorry*



Ok, gambar memang tak banyak sebab hujan, tak ada la gigih aku nak pegang payung, pegang anak pastu nak snap gambar. Banyak pulak kerja aku kan. So amik mana yang terambil je la. Ni salah satu kebun bunga dia. Memang lawa. Kat sini la Danish merajuk sebab tak dapat tanam pokok. Puncanya nampak tukang kebun menanam, dia nak join gak. Siap suruh aku tanyakan tukang kebun tu boleh tak dia nak tanam pokok. Hadoi la anak.


ni sebenarnya bentuk train. Danish suka siap kata nak naik train. Padahal ia cuma train pasu bunga. Memang lama kami bertapa kat sini. Tempat feveret Danish dan Dilfi. Train punya pasal. Tapi memang lawa.

Kat Taman Agroteknologi ni ada air terjun kecik, comel je. Pastu ada kolam dan air pancut, ada ladang strawberry, ada kawasan tanaman periuk kera, orkid liar, bunga ros pelbagai jenis, bunga yang aku tak pernah nampak. Memang best la datang sini. Lagi best kalau cuaca elok. 

Hari last tu cuma pergi satu tempat je sebab nak sampai KL sebelum orang balik kerja, nanti jalan sesak. Hahaha, baik punya target kan. Check out awal dalam pukul 10.30, pastu terus naik Ladang Teh Boh Sg. Palas. Danish beria nak naik gunung kan. Tapi memang dia gigih la panjat tangga sampai atas tu. Salute la sama abang!!

ni budak bertuah tu. Gembira betul dia dapat naik atas.

Dah sampai atas, nak makan kek coklat pulak. Makan pakai tangan je uolss.

Acah-acah melawat kawasan. Happy dak Dilfi tu sebab boleh lepas berjalan. Tapi still nak pegang tangan ayah. Yang aku tak paham, kat atas ni memang wajib beli teh ye walaupun kat kedai ada jual. Salah sorangnya aku la tu. Sengal.


Kengkonon nak amik family potrait, tak ada orang pulak nak minta tolong amikkan gambar. Ambil sendiri sudahhh. Dilfi tu tak tau la usha apa, Danish marah sebab kena dukung. Sibuk nak turun. Yela, dah besar kan/


Dak kuat sengih. Macam mana mommy tak geram nak oiiiii.. 

Turun dari ladang teh tu, aku singgah pasar Brinchang. Belila jagung, keledek, jambu, strawberry. Nak bagi kawan-kawan rasa. Gambar tak dak sebab aku turun sorang, gerimis pulak, pastu banyak barang. Jari pun boleh patah. Konon nak singgah kedai nasi lemak Abang strawberry, tapi tak jadi sebab anak-anak pakat tidur memasing. 


Berakhirla sudah cuti-cuti kami. Cuti-cuti bajet kekdahnya..hahahah..

okbai

4 comments:

  1. Uhh dah lama rasanya tak gi Cameron. Hari tu dah ingat nak booking RPP macam selalu2 tu di awal tahun, tapi tak jadi sbb anak sulong dok hostel ni susah sikit nk adjust.

    Tapi skrang ada perancangan nak gi RPP Fraser sbb ada permintaan dari kawan2 sekolah nak lepak2 situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RPP ni senang kosong wktu bukan cuti sekolah je kan..

      wow, Fraser. tak pernah pegi, boleh la nt try ke sn lak.

      Delete
  2. nice..nasib tak pergi mase cuti skolah..jem truk wooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..sbb tu book wktu org dh keje, budak dh skolah..hehe

      Delete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...