Jan 19, 2018

Musim Buah

Assalamualaikum wbt.

Nak cerita pasal musim buah-buahan tempatan tak reti sangat, tapi nak cerita betapa bersyukurnya aku ada kawan ofis yang ada dusun. Kahkahkahkah.. Aku memang orang kampung, tapi tak ada dusun buah pun kat kampung. Pokok kelapa sawit ada la, bersepah-sepah biji sawit. Sape nak buat bingka biji sawit, mai la rumah aku, free je aku bagi. LOL

Sebelum ke dusun tu, ada la beberapa kali beli durian, ada yang kecewa, ada yang puas hati. Lepas tu ada la kakak aku bagi durian mai dari Pahang. Danish memamg penggemar durian, cuma dia makan mesti kena letak dalam pinggan. Dilfi masa mula-mula rasa macam "euww, apa ni?", lebih kurang macam tu la. Lepas tu nampak abang dia makan bersungguh, terus Dilfi pun teruja nak makan, punnnn dalam pinggan juga. 

Nak ke dusun tu, dah bagitau siap-siap kat Danish yang kami nak ke kebun petik buah. Boleh pulak dia tanya kat kebun ada buah strawberry ke tak. Tak habis lagi mood holiday Danish ke Cameron Highland hari tu kot. Hahahaha..sabar je la mommy ni. Tapi serius, Danish sangat teruja nak ke kebun tu. Bukan kebun atau dusun pun, just pokok yang tepi rumah je. Tapi aku cakap kebun, senang Danish faham.

macam tak banyak kan? Tapi realitinya, banyak gila uolss. Sampai aku geram sangat, macam nak tebang pokok tu, bagi senang aku petik. wahhh


aku try la petik, tapi hampeh, sebiji je yang jatuh. Tak ada hasil.


ni dah menggaru-garu sebab nyamuk banyak. Danish mula-mula suka la, dah panas, berpeluh-peluh pastu kena gigit nyamuk, mula la mengaruk.



see, Danish excited sangat. Ayah petik, dia yang kutip. Kutip pulak sikit-sikit je ambil. Jenuh nak tunggu dia. Kita nak kutip dia tak bagi pulak.


ni hasil petik manja-manja. 

Sampai tu memang nampak dah kedusunan kampung ni. Sejuk je pemandangan. Banyak pokok durian, rambutan kat kanan kiri jalan. Aduhhh, syok betul. Aku ni sebenarnya lebih mengharapkan durian, kata hantu durian kannnn. hahaha, mahap tuan tanah. Alhamdulillah, rezeki. Dapatla sebiji dua untuk dibawa balik. Nama je durian kampung, tapi sedap!! 



ni hasil memetik setelah dibahagi dua dengan opismet lain. nampak macam sikit kan, sebenarnya banyak. Ni besen besar tau. Durian tu sekelip mata je, habisss. Tapi agak hampa la sebab pulasan belum masak lagi.


Dannnnnnnnnnnnn..kehampaan itu telah terubat.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Semalam dapat pulasan dari kebun yang sama. Yeay!!! Rezeki sangat. 

Semua tu tak makan sorang okeyyy, aku bagi kat jenjiran, bagi kat akak aku, bagi kat ofismet husband. Sama-sama rasa la kan, takkan nak bedal sorang. Dapat batuk sesama la uolsss.. 


okey, dah siap bebel. By the way, rindu gila dengan suasana rumah yang dulu. Actually rumah kampung aku yang dulu penuh pokok rambutan, durian, pulasan,manggis. Tapi tak dan membesar dengan jaya dan berbuah dengan meriahnya, habis mati dek kena banjir. Tu yang arwah abah ganti dengan pokok sawit. Hahahaha. Kecewa agaknya.


okbai.

No comments:

Post a Comment

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...