Jan 9, 2018

Nasi Lemak Abang Strawberry, Kg. Taman Sedia

Assalamualaikum wbt.

Dah alang-alang sampai Cameron Highland, apa kata kita singgah port makan yang viral tu kan. Apa lagi kalau bukan Nasi Lemak Abang Strawberry. Mula-mula aku ingat tempat ni tepi jalan besar je. Rupanya kena masuk ke dalam. Dalam Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Masuk tu, kekaguman sedikit tengok rumah area sana. Cantik-cantik weyhhhh.. Comel pulak tu. Bersepah pokok bunga.

Sebab kekaguman + kejakunan kami ni, sampai termasuk simpang yang salah. Pastu masuk pulak lorong jalan sehala. kahhhhh..sengal betul. Tak apa la, janji sampai ke tempat yang dituju. 


Finally, sampai sudahhhh.. kagum lagi sekali tengok dekorasi kedai dia. Banyak bunga walau cuma bunga plastik. LOL


Masa untuk order. *terselit lak gadis cantik kat belakang tu, jodoh anak aku ke??*

ni diaaaa, nasi lemak abang strawberry. Aku order nasi goreng sebenarnya,tapi nasi goreng habis. Maka makan la nasi lemak tu. Masa snap gambar ni, langsung tak perasan ayam goreng ada dua ketul. Dah makan seketul, baru nampak. Hahahaha..husband order nasi lemak rendang daging, tapi gambar tak ada. 


Air lak strawberry tea. Minum panas-panas syok la...

Keseluruhan, boleh la. Sambal dia memang sedap. Nasi lemak tu sama je rasa macam nasi lemak ko masak or maybe lagi sedap nasi lemak yang ko masak. Kelebihan dia adalah sambal. Rasa manis, pedas cukup. Servis agak lambat sebab masa aku sampai tu nasi baru masak. Dalam setengah jam gak baru dapat nasi. Laparudin woiii. Air pun jadi sejuk. Tapi tak apa la, janji dapat makan.

Kat belakang kedai ni ada ladang strawberry. Boleh petik. Tapi aku pilih tak petik sebab bukan pemakan strawberry. Ladang dia sangat bersih dan kemas. Aku cuma tinjau-tinjau je la, bawa Danish dan Dilfi mengenal pokok strawberry. Ruang makan pun ada lagi, cuma masa aku datang tu orang tak ramai, jadi makan kat bahagian depan kedai je. 

So kalau korang datang CH ni, try la sekali nasi lemak abang strawberry ni. tak nak bagi kempunan. Hahahaha..

okbai. 

No comments:

Post a Comment

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com