Jan 22, 2018

Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF)

Assalamualaikum  wbt...

Okey, sambung...

Disebabkan gerimis yang agak lebat untuk join Langkah Ceria tu, kami ambil keputusan untuk tengok pameran haiwan. Ala, haiwan comel-comel je. Pameran ni kat Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Kat ofis husband juga. Danish kecewa la sebab tak dapat jogging, tapi bila tau nak tengok kucing, teruja la semula.

Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF) 20 - 21 Jan 2018, 10am - 6pm


Nasibla area situ gak. Masuk tu haiwan pertama yang kami nampak adalah arnab dan sugar glider. Pastu nunnnn di hujung ada pulak ikan laga. Tak tengok tempat lain, terus dak Danish ke tempat ikan. Mesti teringat arwah ikan laga dia tu. Hahahaha...

Tekun membelek ikan. Mommy sampai bosan dah. 


haaa, tikus ni lak kegemaran dak adik Dilfi. Excited sangat nampak tikus ni lari laju-laju dalam benda alah bulat tu.


See, ikan lagiiiii yang Danish tengok. Bendera wilayah masih dalam genggaman hokeyyy


yang ni pulak kite boleh masuk bagi makan kat haiwan yang ada. Ada arnab, anak ayam, burung. Bayaran RM5


ni kat area arnab, sugar glider, ikan, ular, cicak tokek, burung, hamster.. Kucing bahagian lain. Yang baju kuning sama macam kami la, tak join Langkah Ceria sebab hujan, so pegi la PILoF.


korang tengok ni. Arnab spesis apa tah. Besar, panjang dan memiliki muka yang angkuh. Kakakaka.. 


Ni kucing. Baka apa tah tak ingat. 3 beradik, salah seekor namanya Gemok. Mata biru. Serius lawa. Semua mengadap tuan dia sebab tuan dia kata ni 1st time kekucing ni join show off.. Malu+takut agaknya.


tak banyak gambar kucing sebab kitorang masuk awal lagi kan. Kucing pun tak sampai lagi. Tambah lak letih duk pegang phone sambil kejar anak-anak yang ligat berlari ke sana ke mari.

Maka, itu saja la aktiviti kami hujung minggu.


okbai

1 comment:

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...