Jan 8, 2018

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Assalamualaikum wbt..

Tahun ni jalan jauh sikit. Tahun lepas pergi Genting Highlands je, anak-anak pun macam tak seronok sebab ramai manusia, permainan pun tak banyak. Duk ulang main benda sama je. Serious bosan.

Macam biasa la, budak dah naik sekolah, masa tu la kami anak beranak bercuti. Lengang sikit kawasan tu. Hahaha.

Kali ni nasib baik sebab dapat booking Rumah Peranginan Persekutuan. Sebab apa nasib baik? Sebab unit bilik tak banyak, siapa cepat dia dapat. Satu lagi sebab murah. Aku ambil bilik biasa je, 4 beranak je kot yang menginap kan. Rm50 untuk satu malam. Jimat banyak la kalau nak banding harga hotel kat sana kan. Tapi bilik biasa dia pun luas. Lagi luas dari ruang tamu rumah aku. Kahhh.. Meh aku belanja beberapa gambar yang sempat aku snap.


luas okey. Katil lak ada queen dan single size. Tak banyak fikir, husband rapatkan katil tu, senang tidur ramai-ramai. 


tv pun flat screen. Peti ais mini pun ada. Anak-anak aku suka naw buka tutup peti ais tu sampai terhantuk la.


ni ruang peti ais dan tv. Dalam bakul pink tu ada kettle kan, tu dapat masa check in. 


view dari balkoni. Rumah ni kedudukan dia atas bukit. Dah la masa datang tu hujan, malam tu memang sejuk betul. 

Ruang lobi dia. Check in pukul 2 petang, check out pukul 12 tengah hari. Macam biasa la kan. Masa check in, korang akan dibagi kunci bilik, remote astro dan kettle. Soal nak iron baju, tak usah risau, ada ruang untuk iron baju. Tapi aku bawa iron sendiri, aci tak??? hahahaha

Aku stay RPP ni 3 hari 2 malam, satu malam RM50, deposit RM50. Total kos penginapan RM150. Berbaloi sangat uitttt. Next, nak tempah apartment 2 bilik, harap-harap ada rezeki sebab nak bawa mak aku dan kakak aku. 

pasni nak cerita pasal jalan-jalan area Cameron Highland pulak. Okbai.

7 comments:

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...