Feb 28, 2018

Kelas Renang Presint 11, Putrajaya

Assalamualaikum wbt..

Meh nak promo sikit. Kalau korang ada anak-anak kecik usia 4-12 tahun, lepas tu tak ada aktiviti nak buat hujung minggu tu, jom la join KELAS RENANG kat PRESINT 11, PUTRAJAYA.

Setakat ni dah hampir 40 student yang menyertai. Jangan risau, trainer ramai. Seorang trainer kami takkan letakkan sehingga 10 pelajar. Tak nak la ada yang tak sempat diajar. No worries uolss..

Meh la belanja gambar sikit. Kot ada yang nak tau macam kelas renang tu kan.






Satu lagi, parents boleh join. Bukan apa, ada budak yang takut, so parents la yang tenangkan. Maybe diorg takut dengan trainer ke, takut dengan air ke atau apa², boleh la temankan anak-anak. Jangan risau, tiada halangan.


kalau korang berminat atau nak tau details, contact je nombor tertera. Jangan malu jangan segan.


Feb 8, 2018

Me Time | Officemate

Assalamualaikum wbt..

Sejak jadi mak-mak dan menyertai dunia keibuan ni, makin susah nak ada masa untuk "me time".. Ada je sebenarnya, tapi bukan dengan kengkawan la maksud aku tu. Husband selalu je bagi me time kat aku bila kitorang kuar. Dia bagi aku shopping sendiri while dia jaga anak-anak. Tapi tu la aku yang rasa bersalah. Cepat-cepat je pilih barang dan beli pastu bergegas cari husband dan anak-anak. Sebab aku risau boleh ke husband aku handle hero dua orang tu. 

Hari tu ada kawan aku tanya, tak nak ke buat me time dengan geng ofis. Aku pun terfikir macam best gak kalau keluar reramai tanpa husband dan anak-anak. So last week decide pergi tempat dekat-dekat je. Nak pegi jauh-jauh takut tak cukup masa pulak. Nak ambil anak lagi kann. Oh ye, kitorang keluar hari bekerja. Ambil la cuti sehari. Mana boleh hari minggu uolsss. Aku minta la izin dengan BS aku nak anta anak-anak tapi aku tak kerja, BS ok je. 



masa mula-mula sampai mall, kemain happy uolss.. feeling memasing macam anak dara (sorang je anak dara, yang pakai shawl pink tu).. kahhh.. 9.30am dah sampai, tolong orang buka pintu mall. Mampoo??



jalan mana ingat dunia diorg ni. Aku tertinggal kat belakang. atau senang kata, kaki pendek, tak boleh jalan seiring dengan diorg. 



dapat window shopping pun dah dapat membahagiakan hati. Belek-belek jadi la, nak beli tu fikir banyak kali sebab banyak lagi barang penting kena beli. 


1st time main bowling sama-sama, dia punye semangat lain machiammmm beb. Walau banyak ke longkang, kitorang punya sorak macam dapat semua strike. 




habiskan sisa masa dengan tengok wayang. Dahla cerita seram, aku ni lemah semangat, duk terkejut terkujat je. Mahapla kalau aku siap dengan pakej melatah sekali. Best kan??


Mostla mak anak dua. Bila keluar ramai-ramai macam ni, aku tak ada la ingat anak sangat. Maksud aku bukan lupa, tapi tak la kalut fikirkan anak yang kena tinggal dengan husband. Ok ke diorg, boleh ke husband handle, nanges tak, jatuh ke tak... Haaaa, macam tu la perasaanya. 

Me time ni memang ngam-ngam macam waktu kerja je sebab nak anggap yang kami pergi kerja tapi suka-suka. Ehh, macam mana tu?? Faham-faham sendiri sudahla kan.

Bila balik, husband tanya seronok tak keluar dengan kawan, harusla aku cakap seronok. Then husband bagitau, lepas ni buatla lagi, 2 atau 3 bulan sekali. Bagi happykan hati. Wahhhh, terima kasih husband. Terima kasih gak kengkawan. Korang memang ohsem!!!

#ilovemetime

okbai

Feb 1, 2018

Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland, Putrajaya

Assalamualaikum wbt..

Happy holiday untuk korang yang kerja kat Wilayah Persekutuan tu. Seronok cuti sambung kan. Aku cuti semalam je, apa de hal. Semalam heret suami dan anak-anak pergi menghayati alam semulajadi. Mula-mula husband macam malas, tapi biasa la, aku kan suka psiko. Lagipun tempat tu free je, anak-anak pulak memang jenis kaki jalan macam mami dia. Redha je la encik suami. 

Sampai tu mula-mula tengok itik, angsa, burun undan etc..etc.. aku tak tau nama dia. Memang excited anak-anak aku la. Siap tiru bunyi itik si Dilfi tu. Ko ghase?? Tapi sebab datang pun dah agak lewat, pukul 11.30 baru sampai, matahari dah mula terpacak. Panas terik. 


Acah-acah baca peta. Pastu duk tanya mami je ni apa, tu apa.. pening la jugak nak jawab.. hahaha


ni suku je kot. Ada banyak lagi. Angsa hitam tu nampak ngeri bila dia tegangkan leher dia. 


ni masa sesi ajuk mengajuk bunyi itik dan angsa. Tak paham aku budak kecik tu.

Kami sekejap je kat area sini sebab panas membahang. Dilfi lak dah berjeruk kepala dia dengan peluh. Nampak memang dia gembira la, tapi dia jenis kulit sensitif. Kalau panas sangat, naik merah seluruh badan dia. So, bagi mengelakkan Dilfi gatal-gatal badan, kami beransur la ke tempat berbumbung dan sejuk. Kahhh

Tempat seterusnya, Pusat Penghayatan Alam. Serius best kat situ, sesuai sangat bawa anak-anak khususnya anak kecik la. Kalau dah sekolah menengah kurang minat kot. 

untuk rujukan korang yang nak pergi. Ni waktu lawatan Pusat Penghayatan Alam tu. Hari Isnin tutup, jangan pergi hari Isnin pulak ye.



View kat pintu masuk. Lawa, masuk je dah ada unsur air-air tu. Sejuk je rasa.

Kat tingkat G. Yang ni best, bila pijak tu, akan keluar bunga. Budak berdua tu kemain suka pijak. Mula-mula macam takut, lama-lama melekat pulak.

Ada gak ikan hidup. Paling suka la mereka.

yang ni macam lantai yang ada bunga tu. Bila pijak, air macam disentuh. Ikan yang warna biru tu pulak akan jadi banyak. Danish mula-mula gayat sebab macam duk atas air betul.

Lepas tu kami naik ke tingkat 1. Kat tingkat ni lebih kepada ruang pembelajaran la. Tapi sekejap je kat atas sebab panas gila. Aircond rosak la agaknya. 






Ada ruang untuk kanak-kanak. Ada komputer, tapi tak pasti untuk apa. Aku tak explore sangat, panas dan sesak nafas. hahaha, gedik!!



Lukisan 3D ni la best. Kalau pandai snap gambar, nampak real la. Setakat ketik ketik je, memang jadi macam ni la gambar engko. Anak-anak pulak tak reti diam bila mami dia amik gambar. Jenuh aku jerit²..


Habis meneroka tingkat 1, kami niat nak turun dan balik. Bila tengok kat tepi pintu lift tu, rupanya ada lagi satu tingkat. Tingkat LG ni tak besar mana. Ada macam panggung wayang. Masa sampai tu, kebetulan ada tayangan, tapi tak pergi sebab Danish takut dengan bunyi kuat. Pusing belah kiri, ada akuarium acah². Yang lagi besar dari yang tingkat atas. 

Nanti ada ikan besar, penyu, ikan pari berenang. So, sesi mengejar ikan lagi. Hahahaha

Habis tu terus ke atas semula, nak balik la sebab dah habis pusing. Tapi tersangkut kat satu sudut aktiviti khas untuk kanak-kanak. Tapi aku dan husband join jugak. Orang tak ramai kan, jadinya menyibuk la sikit.

Aktiviti mewarna. Kertas tu amik kat kaunter. Kalau kat kaunter tak ada orang, minta dengan guard yang bertugas. Pastu, warna la sampai lebam. Danish kaler caca marba, pastu suh aku tampal kat dinding. Hahaha, malu la Danish, tampal kat rumah je la ye.

jom balikkkkkkkk... konon-konon nak amik gambar kenangan, memang kenangan sungguh la. Dua-dua tak nak duduk diam. Mami je syok sendiri.



Tamatla kisah #DanishDilfijalanjalan. Next tak tau nak pegi mana pulak. Putrajaya tu bersepah taman, tapi tak rajin explore. Nanti kena explore gak bawa anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...