Feb 8, 2018

Me Time | Officemate

Assalamualaikum wbt..

Sejak jadi mak-mak dan menyertai dunia keibuan ni, makin susah nak ada masa untuk "me time".. Ada je sebenarnya, tapi bukan dengan kengkawan la maksud aku tu. Husband selalu je bagi me time kat aku bila kitorang kuar. Dia bagi aku shopping sendiri while dia jaga anak-anak. Tapi tu la aku yang rasa bersalah. Cepat-cepat je pilih barang dan beli pastu bergegas cari husband dan anak-anak. Sebab aku risau boleh ke husband aku handle hero dua orang tu. 

Hari tu ada kawan aku tanya, tak nak ke buat me time dengan geng ofis. Aku pun terfikir macam best gak kalau keluar reramai tanpa husband dan anak-anak. So last week decide pergi tempat dekat-dekat je. Nak pegi jauh-jauh takut tak cukup masa pulak. Nak ambil anak lagi kann. Oh ye, kitorang keluar hari bekerja. Ambil la cuti sehari. Mana boleh hari minggu uolsss. Aku minta la izin dengan BS aku nak anta anak-anak tapi aku tak kerja, BS ok je. 



masa mula-mula sampai mall, kemain happy uolss.. feeling memasing macam anak dara (sorang je anak dara, yang pakai shawl pink tu).. kahhh.. 9.30am dah sampai, tolong orang buka pintu mall. Mampoo??



jalan mana ingat dunia diorg ni. Aku tertinggal kat belakang. atau senang kata, kaki pendek, tak boleh jalan seiring dengan diorg. 



dapat window shopping pun dah dapat membahagiakan hati. Belek-belek jadi la, nak beli tu fikir banyak kali sebab banyak lagi barang penting kena beli. 


1st time main bowling sama-sama, dia punye semangat lain machiammmm beb. Walau banyak ke longkang, kitorang punya sorak macam dapat semua strike. 




habiskan sisa masa dengan tengok wayang. Dahla cerita seram, aku ni lemah semangat, duk terkejut terkujat je. Mahapla kalau aku siap dengan pakej melatah sekali. Best kan??


Mostla mak anak dua. Bila keluar ramai-ramai macam ni, aku tak ada la ingat anak sangat. Maksud aku bukan lupa, tapi tak la kalut fikirkan anak yang kena tinggal dengan husband. Ok ke diorg, boleh ke husband handle, nanges tak, jatuh ke tak... Haaaa, macam tu la perasaanya. 

Me time ni memang ngam-ngam macam waktu kerja je sebab nak anggap yang kami pergi kerja tapi suka-suka. Ehh, macam mana tu?? Faham-faham sendiri sudahla kan.

Bila balik, husband tanya seronok tak keluar dengan kawan, harusla aku cakap seronok. Then husband bagitau, lepas ni buatla lagi, 2 atau 3 bulan sekali. Bagi happykan hati. Wahhhh, terima kasih husband. Terima kasih gak kengkawan. Korang memang ohsem!!!

#ilovemetime

okbai

2 comments:

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Adik Manis Siti Kektus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Blog MizzTina Designed by azhafizah.com