Feb 1, 2018

Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland, Putrajaya

Assalamualaikum wbt..

Happy holiday untuk korang yang kerja kat Wilayah Persekutuan tu. Seronok cuti sambung kan. Aku cuti semalam je, apa de hal. Semalam heret suami dan anak-anak pergi menghayati alam semulajadi. Mula-mula husband macam malas, tapi biasa la, aku kan suka psiko. Lagipun tempat tu free je, anak-anak pulak memang jenis kaki jalan macam mami dia. Redha je la encik suami. 

Sampai tu mula-mula tengok itik, angsa, burun undan etc..etc.. aku tak tau nama dia. Memang excited anak-anak aku la. Siap tiru bunyi itik si Dilfi tu. Ko ghase?? Tapi sebab datang pun dah agak lewat, pukul 11.30 baru sampai, matahari dah mula terpacak. Panas terik. 


Acah-acah baca peta. Pastu duk tanya mami je ni apa, tu apa.. pening la jugak nak jawab.. hahaha


ni suku je kot. Ada banyak lagi. Angsa hitam tu nampak ngeri bila dia tegangkan leher dia. 


ni masa sesi ajuk mengajuk bunyi itik dan angsa. Tak paham aku budak kecik tu.

Kami sekejap je kat area sini sebab panas membahang. Dilfi lak dah berjeruk kepala dia dengan peluh. Nampak memang dia gembira la, tapi dia jenis kulit sensitif. Kalau panas sangat, naik merah seluruh badan dia. So, bagi mengelakkan Dilfi gatal-gatal badan, kami beransur la ke tempat berbumbung dan sejuk. Kahhh

Tempat seterusnya, Pusat Penghayatan Alam. Serius best kat situ, sesuai sangat bawa anak-anak khususnya anak kecik la. Kalau dah sekolah menengah kurang minat kot. 

untuk rujukan korang yang nak pergi. Ni waktu lawatan Pusat Penghayatan Alam tu. Hari Isnin tutup, jangan pergi hari Isnin pulak ye.



View kat pintu masuk. Lawa, masuk je dah ada unsur air-air tu. Sejuk je rasa.

Kat tingkat G. Yang ni best, bila pijak tu, akan keluar bunga. Budak berdua tu kemain suka pijak. Mula-mula macam takut, lama-lama melekat pulak.

Ada gak ikan hidup. Paling suka la mereka.

yang ni macam lantai yang ada bunga tu. Bila pijak, air macam disentuh. Ikan yang warna biru tu pulak akan jadi banyak. Danish mula-mula gayat sebab macam duk atas air betul.

Lepas tu kami naik ke tingkat 1. Kat tingkat ni lebih kepada ruang pembelajaran la. Tapi sekejap je kat atas sebab panas gila. Aircond rosak la agaknya. 






Ada ruang untuk kanak-kanak. Ada komputer, tapi tak pasti untuk apa. Aku tak explore sangat, panas dan sesak nafas. hahaha, gedik!!



Lukisan 3D ni la best. Kalau pandai snap gambar, nampak real la. Setakat ketik ketik je, memang jadi macam ni la gambar engko. Anak-anak pulak tak reti diam bila mami dia amik gambar. Jenuh aku jerit²..


Habis meneroka tingkat 1, kami niat nak turun dan balik. Bila tengok kat tepi pintu lift tu, rupanya ada lagi satu tingkat. Tingkat LG ni tak besar mana. Ada macam panggung wayang. Masa sampai tu, kebetulan ada tayangan, tapi tak pergi sebab Danish takut dengan bunyi kuat. Pusing belah kiri, ada akuarium acah². Yang lagi besar dari yang tingkat atas. 

Nanti ada ikan besar, penyu, ikan pari berenang. So, sesi mengejar ikan lagi. Hahahaha

Habis tu terus ke atas semula, nak balik la sebab dah habis pusing. Tapi tersangkut kat satu sudut aktiviti khas untuk kanak-kanak. Tapi aku dan husband join jugak. Orang tak ramai kan, jadinya menyibuk la sikit.

Aktiviti mewarna. Kertas tu amik kat kaunter. Kalau kat kaunter tak ada orang, minta dengan guard yang bertugas. Pastu, warna la sampai lebam. Danish kaler caca marba, pastu suh aku tampal kat dinding. Hahaha, malu la Danish, tampal kat rumah je la ye.

jom balikkkkkkkk... konon-konon nak amik gambar kenangan, memang kenangan sungguh la. Dua-dua tak nak duduk diam. Mami je syok sendiri.



Tamatla kisah #DanishDilfijalanjalan. Next tak tau nak pegi mana pulak. Putrajaya tu bersepah taman, tapi tak rajin explore. Nanti kena explore gak bawa anak-anak.

3 comments:

  1. ade mase boleh gi ni.tq sharing..sy duk putrajaya pun dah 3 tahun, dengar je org cerita tentang ni, pergi nya belum lg

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak tempat nie... Last time pegi Wetland kat Paya Indah tu je... Paya Indah Wetland Nak google lokasa tempat nie la...

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...