May 16, 2018

Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Assalamualaikum wbt..  

Cerita basi yang perlu ditulis ke dalam blog untuk kenangan dan rujukan. Ecehhhh. Bulan April adalah bulan kelahiran dua hero tu. Mula-mula nak pergi PD, tapi macam jauh (padahal dekat je). So, cari tempat yang lagi dekat dengan rumah. Penyudahnya ke Morib je. 45 minit je dari rumah. Berbaloi la dengan harga tu kan. Puas belek web BPH nak tenegok tarikh. Tak ada kosong untuk hari minggu, jadinya booking hari biasa. Lagipun birthday anak-anak memang jatuh hari biasa. Kena sangat la tu kan. 

Check in 16/04/2018, check out 17/04/2018. Ambil 2 hari satu malam je. Nasibla sekejap je kat sana, kalau lama mau tepu kepala otak aku. Tak ada tempat menarik sangat. Hahahaha. 

Harga RM80 satu malam + RM50 deposit = RM130. Murah, lepas tu dapat pulak rumah selesa. Ni bukan bilik tau, tapi rumah berkembar. Dalam rumah ada dua bilik. Sesuai sangat kalau korang nak buat family day ke, gathering ke..etc..etc..

ni rumah kitorang. Dapat Pulau Rumbia 2.. Lawa kan??

tangga tu style rumah kampung sangat tau..


kerusi ni memudahkan korang kalau nak melepak sambil membuat gosip liar mahupun gosip jinak. Betul-betul sebelah tangga yang cantik tadi tu.


okey, beralih ke ruang dalam rumah. Ini adalah bilik tidur pertama. Agak besar sikit. Katil single x 2. Tak boleh nak rapatkan pulekkk.


Bilik kedua. Agak sempit sikit. Buka pintu besar sikit je terus berlaga dengan katil. Tapi okla, ko nak harap besar mana lagi kan.


Ni bilik air lak. Agak sempit la pada aku. Tapi ok je, nak besar² buat apa, berenang dalam bilik air ke??


Ruang tamu. Ada set sofa, meja kopi, meja makan siap..

Tv flat skrin, jangan risau. Channel tak banyak, tak payah demand nak tnegok HBO bagai. Kat ruang tamu tak ada aircond, bilik je yang ada. 

ruang memasak. 

Peti ais pun ada.


set pinggan mangkuk pun hadooo.. Oh ye, susunan sudu garfu memang begitu. Dah pakai tu reti² la susun semula ye.

Periuk belanga pun hadooo. Satu yang bagus rumah ni, bakul sampah kemain banyak dalam rumah ni. Oleh kerana banyak, tak payahla buang sampah merata. Dia tak ada lak nota macam RPP Cameron Highlands tu minta buang sampah sebelum keluar, tapi aku buang la jugak. 


Ruang beranda ada kerusi panjang ni. Sebelah je dengan kerusi panjang kat bawah tu. Bersembang memang syokkk.



Belakang RPP ni ada pantai. Tapi biasa je la. Setakat main pasir boleh je. Nak mandi pun macam tak payahlaaaa. hahahahha

Segala mainan tu siap bawa dari rumah. Memang berganda la keseronokan diorg ni main pasir. 



Kegembiraan budak berdua ni dapat potong kek idaman. Membesar jadi anak soleh ye kesayangan ayah dan mommy.


Ok, keseluruhan percutian kat RPP Morib ni sangat ok. Rumah luas, kelengkapan ada, dekat dengan pantai. Tapiiiiiiiiiiii, nak cari kedai makan agak payah sebab pergi masa hari bekerja. Lepas tu nyamuk banyak, ada bau kurang menyenangkan pulak (tahi lembu), lepas tu agak menyeramkan tempat tu kalau cuma ko je yang pergi bercuti. Kami bernasib baik la sebab masa tu ada kursus staf JPM, so meriah la malam tu. 


okbai. ♥

2 comments:

  1. nanti nak try booking la. Lari dari kesibukan kota. Kota sangat kan bangi hahahaha

    ReplyDelete
  2. wah,bestnya..dulu saya pulak pernah try tempah RRP kat Cameron.tapi takde rezeki nak pergi sebab suami tak dapat cuti.tahun ni nak try lagi la.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...