May 17, 2018

UJIAN SARINGAN FIZIKAL DAN KECERGASAN

Assalamualaikum wbt.

Ok, meh nak share sikit pengalaman aku join UJIAN SARINGAN FIZIKAL DAN KECERGASAN. Aku ada apply jawatan kosong kat satu sektor gov. ni, rasanya bulan 12 tahun 2017. Biasa lepas 3 bulan kalau tak ada feedback anggap je gagal. Tapi tak sangka pula last week dapat sms  "RALAT". Eh, dah keliru. SMS untuk jawatan tu dapat siap ralat sebab salah tarikh, tapi check emel tak ada apa². Terus cakap, "janganla bagi harapan palsu"..kahhh, sengal. Tak lama tu baru dapat emel mengatakan aku terpilih untuk ujian ni. Debar beb sebab badan dah tak fit. Ada gak training berlari dua hari berturut, tu pun pancit. Lepas tu study gak apa je yang ada dalam ujian tu, siap cari kat google, cari kat youtube. Tapi tak ramai pulak yang share kat blog ke apa. Gila tough weyhhh. Tengok pun dah mengah.

So, kelmarin adalah harinya. Pagi² dah keluar, sampai sana gerimis pulak. Hati dah berdebar ni. Mula-mula sampai nampak macam sikit, sekali jenguk sampai dalam, tu diaaaa..ramai. Seribu orang ada tu. Ada 4 jawatan semua sekali. Jawatan yang aku mohon macam paling ramai. Mula-mula beratur dulu, sahkan kedatangan, pastu duduk berkumpul tunggu giliran untuk amik berat, tinggi, pemerikasaan mata, duduk berkumpul sekali lagi barula mula ujian fizikal tu satu persatu. 

Ujian fizikal dibahagikan kepada 4 bahagian :-
1) Tekan tubi
2) Bangkit tubi
3) Duduk jangkau
4) Lari ulang alik (4x10m)
5) Lari 2.4km  => yang ni paling menakutkan aku, wakakaka

Tekan tubi ni aku tak pasti berapa kali kena buat, tapi ko kena buat semampu ko dalam masa satu minit. Kalau banyak, kira cemerlang la tu. Tekan tubi ni lain ye untuk lelaki dan perempuan. Lelaki macam biasa tu la, kalau perempuan kena guna lutut. Nampak macam senang, tapi bila dah masuk bilangan ke 30, aku dah start pancit. 

Image result for tekan tubi wanita
ni contoh untuk tekan tubi, lelaki dan perempuan lain cara dia. 
Sumber : Google


Bangkit tubi pun sama, semua dalam masa satu  minit. Ni agak mudah untuk aku sebab dah kerap gak la buat kat rumah. Tapi bila dah pancit step 1st tadi, step ni pun dah tak berapa larat. Hahahaha..

Image result for bangkit tubi
sumber : Google


Duduk jangkau ni kena lunjurkan kaki ke depan lurus, lepas tu bongkokkan badan, tangan ke depan dan tolak selagi terdaya. Masa tu dia akan amik ukuran.   

Image result for duduk jangkau
ok, macam ni la lebih kurang, cuma tak ada meja je.
sumber gambar : Google

Lari ulang alik 4x10m tu nampak senang gak, tapi bila tengok ramai yang terjatuh mungkin sebab licin atau cara larian tu salah atau apa² je la, aku dah gelabah sampan. Moga berjaya buat larian tanpa jatuh dan yess, berjaya. Yang ni kena buat dalam masa bawah 13saat. Aku dapat buat dalam masa 12saat. Sipi je tu.

Related image
sumber : Google



Lari 2.4km tu pulak kena lari tepi tasik, makudnya bukan kat padang ke, gelanggang ke. Penat uittt. Memang compete la sebab semua lari nonstop. Kalau berhenti pun sekejap² je. Tak ada kelompok yang ketinggalan. Semua macam berlumba. Untuk ujian ni aku tak pasti berapa lama masa dia. Tapi bila study kat google, kena lari 2.4km dalam masa 17minit. Aku masa sampai tu rasa macam dah kelompok tengah sebab masih nampak orang pertama, tapi bila sampai dah dapat nombor 117. Nampak tak betapa mereka bersungguh-sungguh nak habiskan larian tu. Ni tak boleh mengelat ye sebab akan dapat gelang getah kat 1st checkpoint. Tak boleh tipuuuu. BTW, syabas untuk semua.

Jangan lupa ye, ada ujian mata jugak. Untuk rabun jauh dan rabun warna. Aku dah pakai contact lens tapi masih gagal untuk tengok dengan jelas huruf. Nasib baik ada adik yang berdiri kat belakang aku tolong bagitau. Hahaha, mekaseh adik!!! Maksudnya rabun aku dah makin teruk ke apa ni??

Dah habis dah penerangan aku. Kot la nanti ada sesiapa nak google pasal ujian ni, ada la rujukan. Dah aku cari tak jumpa, last pun tahun 2016, agak susah nak tau apa bentuk ujian ni. Sekarang, meh la layan gambar sepanjang ujian aku ni. Jumpa kawan baruuuuu.


ni masa mula-mula lepas daftar, duduk ikut jawatan yang dipohon. Ramai kan??



Ni kawan yang mula-mula sekali tegur, pastu terus jadi geng sekali dengan yang tudung hijau dan biru tu. Geng mak-mak.. Elaina, Nad & Sherry.


dapat amik gambar dari jauh je la. Ni lari ulang alik. Masa ni belum turn lagi, jantung dup dap dup dap sebab ramai pula yang jatuh.


sebelah ruang lari ulang alik tu, yang lelaki tengah tekan tubi dan bangkit tubi. Tak hairan dah lelaki kat sebelah janji dapat buat semua aktiviti.




masa ni beratur panjang gila untuk ujian mata. Dah la lepas lari 2.4km, kena sambung beratur lagi. Kalau la ujian mata dulu pastu lari, lepas lari boleh terus balik. Aku siap semua ni pukul 3petang. Dengan tak makannya, last makan pun breakfast, tu pun sandwich je. Perut dah macam² bunyi dah. 


ok last, ni result aku. Tekan tubi dan bangkit tubi tu tulis sendiri sebab partner yang kira, jujurnya aku tak menipu ye sebab ada group sebelah kami menipu. Aku buat bangkit tubi dah masuk 20, dia 10 pun tak sampai, tiba-tiba tulis kat borang dia buat 60kali. 

Aku rasa macam nak luku je kepala diorg. Baru ujian macam ni ko dah menipu, macam mana kalau dapat keje nanti, lepas tu menipu jugak??? Memang aku geram, tapi kami geng mak² sabarkan hati masing². Sebab fikir, orang menipu ni tak ke mana. 


Ok, sekian saje perkongsian aku tentang ujian fizikal dan kecergasan ni. Saje share kot² ada yang cari dan masih kabur macam mana ujian ni diadakan.

Obai♥

2 comments:

  1. moga ada rezeki buat awak..
    hehe

    ReplyDelete
  2. semoga murah rezeki .... klu dpt kerja nanti dpt tambah baby 3-4 org lagi...cuti bersalin 330 hari dah tau ... hihi

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...