Mar 28, 2019

Jalan-jalan | KIDDYTOPIA Aeon Mall, Nilai

Assalamualaikum wbt..

Bila jadi mak-mak orang ni, selalu yang jadi masalah adalah nak bawa berjalan ke mana. Takkan la terperuk dalam rumah tiap kali hujung minggu kan. Anak aku pulak jenis tak kisah, asalkan keluar rumah. Pergi kolam buaya sebelah rumah pun jadi la. Tapi minggu lepas lain sikit. Sebabkan diorg behave dan agak mendengar kata plus abam Danish siapkan kerja sekolah awal walaupun belum start cuti sekolah, so ayah diorg bagi reward. 

Aku dah tak ada idea sebenarnya nak bawa anak-anak pergi mana, pastu teringat Aeon Mall, Nilai, tu yang terjah sana. Tu pun dah otw baru la husband kata nak bawa diorg main indoor game. Sah-sah la kena pakai socks. Tak bawa la socks diorg, kena beli pulerrr kat kedai eco. Puas jalan dari hujung, rupanya indoor game tu nunnn di hujung sana. 

Sampai tu, agak tanjat gegirl la sebab tempat besar, patutla bayaran masuk pun mahal. Aku dah rasa macam, "tak payahla, bazir je". Husband kata, "masuk je la, sian anak-anak". Okla, meh tengok gambar. 

Slide ni sangat mengujakan. Dari pintu masuk dah nampak benda ni, anak-anak memang menggeletis nak masuk la. 

terpaling gembira dak Danish la. Hilang semua penyakit gayat dia. Dulu kemain takut dengan slide ni. Anak...anak...

Yang kecik ni pulak tak turun turun. Penyudahnya, kena turun dengan mommy. Mommy pun naik hantu la sebab ada chance main slide ni. Alasannnn. Tapi syok woooo. Kahhh

Tuu, dalam lorong transparent tu Danish, tetibe dia helok main sensorang. Benda betul-betul atas slide. Macam jambatan la lebih kurang. Ehhh, berani pulak beliau tu.





Segala mak nenek jambatan ada kat sini. Danish dan Dilfi sangat excited main. Dah la tu, paksa ayah dan mommy teman diorg kat atas. Lenguh weyhh pinggang sebab kena membongkok je. Yela, dah sah-sah ketinggian ikut tinggi budak kan.


Okeyyy, slide ni paling best sebab kena naik atas pelampung tu. Sebab slide dia bukan licin macam slide satu lagi, tapi macam ada benda apa tah nama dia, kalau ko pijak sure sakit kaki. Hazab weyhh masa aku panjat ke atas tu dengan dukung Dilfi lagi. Tapi serius best. Letihnya sebab kena la usung pelampung tu naik.



Danish dan Dilfi memang suka nauuu naik kereta ni, tapi masalah Dilfi, dia tak reti kayuh. Ayahhhh jugak yang kena tolak. Masa kitorang datang tu tak ramai orang, so kereta banyak free, bila dah ramai datang, Danish minta aku pegang kereta dia. Apakah??





Ni bahagian bawah. Ada playground kecik. Boleh la bawa kalau ada anak usia 2 tahun ke bawah yang korang rasa tak sesuai naik slide yang tinggi tu. Siap ada kusyen dan bean bag untuk korang lepak sambil pantau anak-anak korang main.

Masa otw nak ke playground kecik tu, nampak benda alah ni. Wahhh, kagum jap sebab bagusla diorg jaga hygiene kat kawasan ni.


Kawasan ni pulak untuk anak-anak korang main lego ke, main "pondok-pondok" ke..dan ada slide kecik jugak. Danish dan Dilfi tak berapa sangat ke kawasan ni. 





Kolam bebola ni merunsingkan aku sebenarnya sebab ada baca kat Fb yang terjumpa muntah la, hape la.. Aku jadi geli. Ni pun tempat last yang anak-anak aku terjah sebab aku pasrah je. Nasibla sebelum masuk ada apply hand sanitizer, agak yakin la sikit.

Dan bertambah yakin bila tengok ig diorang ni bila diorang ada buat kerja pembersihan kolam bola tu. Legaaaa mak.

Area kolam bola tu ada trampolin. Aku beria main lompat-lompat kat situ sebab tak ada orang. Kahhh. Pastu lupa snap gambar. Terpaksa la crop dari ig Kiddytopia ni.


Dan kalau korang sejenis parents yang malas nak join anak-anak main dan lebih suka melepak sambil layan fon korang, ada tempat lepak disediakan. Jangan risau, parents masuk tak kena caj pun. 


sumber gambar : IG KIDDYTOPIA

Ni untuk rujukan korang kalau nak tau berapa bayaran masuk. Aku tulis semula ye.
Hari biasa (weekdays) : RM28
Hari minggu (weekend) : RM38
Kanak-kanak bawah 2 tahun ke bawah : Separuh harga

Ada lagi yang diorang tak tulis, kalau korang masuk jam 9 malam, bayaran adalah RM20 sahaja. 

Unlimited time tau ni. Boleh keluar masuk kot korang lapar nak pergi makan ke, nak pergi tandas ke, nak beli barang ke, tak ada masalah. 

Aku bawa anak-anak ke sini malam, jadinya diorng tak puas main. Kul 10 pun still tak nak keluar dari situ. Jenuh aku nak pujuk. haishhh


So, tunggu apa lagi, bawala anak-anak korang ke sini. Serius best, berbaloi-baloi dan anak-anak boleh main puas-puas. Enjoy!!!

Mar 14, 2019

Makan-makan | Restoran Kari Kambing 40 hari

Assalamualaikum wbt..

Atas faktor terviralnya kedai makan ni, maka aku pun terasa nak makan gak. Tengok pulak ramai sangat yang share pasal kesedapan dan kelazatan hidangan ni, lagi la gatal anak tekak nak makan. Padahal dekat je dengan rumah kat kampung tu, tapi tu la, macam jauh nak pergi sebab fikirkan kena beratur pulak tu. Kebetulan hujung bulan 1 hari tu husband aku ada Kembara Ilmu anjuran opis dia, kena berkunjun ke restoran-restoran terpilih, salah satunya ni la. Husband kata sedap. Adudu, telan air liur je la. 

Jadinya last week balik kampung, aku pun mengendeng adik aku la ajak ke sini. Dah alang-alang, minta la dia belanja. Hihihi. Ala, bukan selalu. Aku pergi hari Ahad, memamg mengundang kesesakan la kan, dengan parking sentiasa penuh. Berharap je la ada parking masa tu, dan yesss, ada kosong. So, better datang awal pagi la. 

Sampai tu que masih belum panjang, baru suku. Lega sikit la kan..tapi masalah lain, tak ada meja kosong. Sambil nak que tu melilau cari table, and yesss, ada orang dah sudah makan. Terus rakus letak anak kat situ, buat tanda. Kahhh.. 


Ramai umat kannn. Tapi aku tak kisah sebab tak panjang. Minta husband que dulu, aku pergi beli air. Air sirap satu jug RM5. Gambar air tak ada. LOL


Ni dah nak sampai kaunter. Lelaki je la ramai sebab kebanyakan yang datang ni geng motor. Aku pulak seram yang seram.

nampak macam tak ramai, satu meja sorang kan, hakikatnya diorg beratur beli makanan. Yang duduk tu book meja je, macam aku.



Ada ruang makan bersila. 


Akhirnya, dapat duduk dengan tenang sambil bergambar. Cehhhh


Tukang bayar. Hahahah.. Mekaseh adik, moga terus dilimpahkan rezeki yang berganda-ganda.


Husband aku dapat kambing memang tak pandang hape dah. 

Okey, konsep kat restoran ni ada dua, makan dalam talam atau pinggan. Kalau ko ramai dan nak merasa makan ikut sunnah, makan la dalam talam. Lagipun nampak menarik, teringat pulak majlis Maulidurrasul masa sekolah dulu, memang makan dalam talam. Tapi ada orang tak boleh makan macam tu. Jangan risau, ada pinggan lain, ko senduk la pinggan tu. Senanggg. Kalau nak lagi selfish macam aku, order nasi dalam pinggan tu je, senang jugak. 

Ktorang order nasi dalam pinggan sebab meja memanjang, duduk lak jauh. Nak senduk macam payah. Haaa, gitu alasan munasabah.  Nasi arab kambing (pinggan) RM13


Image may contain: food
Nasi arab dulang RM48 + air sirap satu jug.


Image may contain: food
Nasi arab ayam RM13


Image may contain: food
Mee rebus gearbox RM8


Kalau korang nak pergi, ni alamat dia ye : Air Hitam - 86100 Yong Peng, Johor. Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor. (Macam pelik pulak, aku copy paste dari internet)
Waktu operasi : Setiap hari dari jam 7.30 am - 3.00pm
No. telefon : 019-627 2243


Okey semua, selamat menjamu mata. Bubyeee

Feb 26, 2019

Makan-makan | Paramount Coffee House

Assalamualaikum wbt.

Macam biasa kalau lunch hour hari Jumaat memang aku and the gang makan kat luar ofis. Boring wooo makan nasi kantin je. So last week makan kat PARAMOUNT COFFE HOUSE, Bangi. Itu pun sebab aku ada nampak promo untuk Happy Set and Dinner. Harga agak berbaloi sebab include air. Hari Rabu aku call pihak restoran, tanya kot-kot boleh buat booking. Nasib baik boleh, reserved meja pun jadi la sebab confirm ramai orang.  Dah bagitau dalam kul 1pm lebih sampai sana. Kebetulan ada sorang staff nak resign, so buat farewell sekali. Okey, sedih. Ohya, restoran ni kat Bangi Sentral, sederet dengan butik telekung Siti Khadijah. Bumbung kaler maroon.

Mampu snap gambar depan buku menu je sebab menu terlalu banyak. Habis kodak aku nanti.

Dah cakap tadi kan aku tergugat iman tengok promo set dia. So mostly dari kitorang order set tu. Meh tengok ni dulu. 👇👇


Menu Happy set lunch and dinner.  Harga semua sama tau, RM10.90. Jangan ko tanya lagi ye.


PARAMOUNT FRIED RICE. Aku tak rasa ni, tapi kawan aku kata sedap.


MAK'S CHILI PADI CHICKEN. Highly recomended sebab sambal dia tu cukup rasa. Banyak pulak tu. Meleleh-leleh air hidung tau. 


ICE PASSION HONEY LEMON. Air ni include dalam set happy lunch and dinner tu. Sedap!!



WHITE RICE SPICY DENDENG. Ni tak ada dalam set happy tu. Daging sedap!


PARAMOUNT GRILLED CHICKEN CHOP. Ni pun tak ada dalam set. Aku tak makan yang ni. Tanya kawan aku pun kata sedap. Tapi aku tengok pun dah nampak sedap.😋




AGLIO OLIO. Kawan aku kata agak pedas. Yela, yang makan pun cina, dia mana tahan pedas sangat. Tapi peda-pedas pun licin gak dia bedal. Kahhh


MOUNTAIN CHOCO BERRY (RM14.90). Hadehhh, ni memang sedap. Ehh, apsal semua sedap ni hoi.



Geng makan hari tu. Yang depan sekali ni la yang resign, Ms. Kong CL. Seronok la beliau kat tempat baru nanti.

Okey, cerita farewell belum lagi. Baru nak share cerita makan. Overall memang sedap. Portion besar. Cuma tu la, servis lambat sikit sebab tengok staff pun macam tak ramai. Suasana dalam tu ok. Sebenarnya ada order roti bakar gak. Tak sempat snap gambar, dah ngap habis sebab laparudin sangat tunggu makanan yang lain. 

Sekali lagi, sape yang belum pernah pegi dan terasa nak pergi, pergi je Bangi Sentral, bahagian blok belakang, sederet dengan butik Telekung Siti Khadijah. Okey, selamat mencuba. Adios!






Feb 22, 2019

Selamat bertunang Adik & Adik ipar

Assalamualaikum wbt..

Walaupun agak lama cerita ni, nak share jugak buat kenangan. Adik dan adik ipar (adik kepada suami) dah pun selamat jadi tunangan orang. Omputih kata one step closer nak jadi wife orang. Adik aku bertunang bulan 12 2018, adik ipar lak bertunang 01 2019. Sebulan gak la beza. 

Dan kebetulan dedua ni anak bongsu dalam adik beradik. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Majlis adik aku berlangsung kat umah mak aku, Batu Pahat, Johor. Orang paling happy dah tentu adik aku. Yela, nak berlaki dah. Kahhh, miang!!

Adik beradik aku..yang baju oren tu adik ipar aku. 


muka ada senyiummm masa sarung cincin dari bakal mak mertua.


Hantaran dari adik aku. Mostly aku yang gubah. Ecehhh.


Dulang hantaran totally 100% aku yang buat. Buat lak masa demam teruk dengan suspek dengginya, anak-anak pun demam. Aku siapkan dalam masa 3hari je ni. Gagahkan jugak badan ni.


Habis majlis, amik gambar dengan bakal mak mertua n bapa mertua. Belakang tu rumah aku, rumah kampung je.



Majlis adik ipar pulak kat Kuantan, Pahang. Tu yang aku boleh pergi kemaman makan udang celup tepung kat Terengganu sebab dekat je dari rumah mak mertua aku.

Bakal pengantin dengan bakal mak mertua masing-masing. Simple je majlis adik ipar aku, dia tak nak besar-besar. Hantaran tu pun dalam keterpaksaan je buat. Hahaha..sian dia.


Aku pun nak menyelit gak amik gambar dengan bakal pengantin. 


Hantaran dari kedua-dua belah pihak. Macam aku cakap tadi, simple je. Yang ni aku tak sempat tolong sebab last minute. Yang buat sepenuhnya cuma sirih junjung tu je dengan hias kotak kek. Jadila dari tak ada sumbangkan apa-apa kan.


 Btw, InsyaAllah majlis adik aku tahun depan, dan majlis adik ipar aku beberapa bulan je lagi. Skang aku ngah cari idea nak buat dulang hantaran adik ipar aku pulak. Next week baru nak beli barang. Well, itu memang minat aku dan nasib baik anak-anak tak kacau pun aku buat kerja tu.

Selamat bertunang dedua adik bongsu. Moga segala urusan dipermudahkan. Moga kekal bahagia hingga syurga ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...