Jan 24, 2019

Jalan-jalan | Bukti Bendera, Penang

Assalamualaikum wbt.

Okey, last entry pasal Penang. Pastu entry pasal makan pulak ye. Lepas keluar dari 3D Art Museum tu, memang dah plan nak terus ke Bukit Bendera sebab dah janji dengan Danish dan Dilfi nak naik kereta kabel. Happy la diorg sebab tak pernah naik kan. Sekali nak sampai sana, jem teruk. Ikut la wave tu, masuk ikut lorong mana entah. Mula-mula nak parking tepi jalan je, tapi bila nampak ada bangunan parking, masuk je la situ. Nak lebih selamat kan. Bayar pun bayar la. 

Tapi orang ramai dah macam semut. Sampai tak tahu mana punca nak beratur beli tiket. Lastly kitorang beratur je mana-mana, tapi lepastu ada guard suruh sorang je beratur. Bagi je Mykad dan Mykid. Lepak la aku dan anak-anak sambil tengok orang makin ramai. 


ni harga tiket, untuk rujukan korang. Tapi kalau nak fast lane, mahal la. 


Nampak macam biasya-biasya je kan. Hakikatnya padat.


See, berdiri kat dalam kereta kabel. Tak ada tempat nak duduk. Sambil dukung anak, sambil selfie.



Sebelum bergerak. Bila nak gerak tu, wuuuu, laju seyhhh.



View dari atas. 


Okey, kat atas ni ko kena sediakan duit banyak ye. Actually amik gambar dengan bee ni kena bayar. Aiskrim kelapa pun ada jual, 3 scoop kecik RM6.





Kat sini yang feeling-feeling korea. Aku tak ada pulak bubuh kunci kat situ. Sebabnya kena beli hokeyyy. Duit lagi.



Motip ambil gambar kat peti surat?? Sebab ia berusia 200 tahun. Muka yang lelaki tak redha.


Baca la sendiri kalau larat. Bukti usia postbox 200 tahun.


Ke sini naik buggy, letih nak jalan. Naik buggy pun RM30 uolss. Husband dah ajak, naik je la. Selamat tapak kaki dan lutut.




Balai polis kat Bukit Bendera. Lama kot. Diorg memang kagum dengan balai polis.


Hahhhh, nak masuk sini punnn kena bayar ye. RM10 sorang. Kanak-kanak ikut ketinggian. Itu belum lagi gambar-gambar yang diorg snap guna kamera diorg. Aku ambil pendekatan untuk berjimat, so guna kamera fon sendiri. Kahhh

Aku tak ingat nama tempat ni, tapi cantik la sebab ada rumah-rumah dwarf tu. Ada juga baju snow white la, baju princess apa tah lagi, boleh pakai dan amik gambar. Anak-anak aku lebih teruja ketuk setiap pintu rumah tu. Jenguk kawan-kawan katanya.







Hat ni comel, tapi jaga-jaga, ada penjaga yang kerek. Aku baru nak duduk kat beca sebelah motor tu, dah kena halau. Biadap betul la. Penjaga tu pulak bukan orang kite ye. Kebetulan penjaga tu baru marah anak pengunjung kat situ, terus kena marah balik. Well, betul gak orang tu cakap, masuk situ bayar. Kita ada hak nak ambil gambar asalkan tak rosakkan apa-apa. Kalau rasa tak boleh bergambar kat situ, ko pagar je jangan bagi sesiapa masuk. Orang luar kalau dapat duduk sini kerek tau, abangla tu kena marah, memang aku suka. Kahkahkah. 


Habis dah cuti-cuti Penang kami anak beranak. Kesimpulan ke Bukit Bendera ni, rasanya pertama dan terakhir. Dah la bersesak. Balik tu terpaksa tukar tiket ambil yang fast lane sebab anak-anak dah penat. Bila dah dapat fast lane, kena caras pulak dengan orang lain. Beratur la, beratur!!!!!!! Kalau nak pergi juga, disarankan pergi awal pagi, lagi elok kalau lepas subuh tu korang dah terpacak depan kaunter. Nak meneroka Pulau Pinang, kena study dulu, kena pandai set masa, kena pantas dan yang utama sekali kena bawa banyak duit.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Jan 23, 2019

Jalan-jalan | Penang 3D Art Museum

Assalamualaikum wbt...

Ehhhh, tak habis lagi cerita Penang engko kan. Kahhhh. Sebab gambar banyak, tak boleh la sumbat satu entry. Okey, lepas kitorang jelajah Penang Street Art, bergegas cari tempat lain yang tak membosankan anak-anak dan diri sendiri. Kebetulan ada peta yang Uncle beca bagi, kaji la sikit area Penang tu. So decide ke 3D Art Museum. Check harga tiket pun tak mahal. Redah je la.

Harga tiket Dewasa (Warganegara) RM15, Kanak-kanak (Warganegara) RM10 dan Dewasa (Pelancong asing) RM25, kanak-kanak (pelancong asing) RM15. Tak mahal kan. Okla tu. Gambar tiket dah buang, tak dapat tunjuk sebagai bukti. Haaaa, satu lagi, nak mai sini kena awal. Kalau lambat sikit sat g beratuq la hang sampai luaq pintu. Gitewww speaking utara.

Kat pintu masuk. Nak masuk pun kena tunggu turn. Harap bersabar la ye.


Okey, bab tukang amik gambar korang jangan risau, akan ada staff yang baik hati tolong snapkan gambar. Ini serius. Ko hulur je handphone korang.


hah, betul tak aku cakap. Staff situ siap suruh husband aku buat gaya penarik beca lagi. 



Area ni memula aku tak faham nape lantai senget. Bila tengok semula, owhhh, begini kejadiannya. Dilfi meraung tak nak berdiri kat penjuru tu. Lantak la nak oiiii.







masuk area ni aku pening teruk. Staff suruh tengok luar je, jangan tengok dalam. Baru la ok. Aigooo



Mak dan pak je la yang beria buat gaya, anak-anak jadi pengacau. Minta duduk diam-diam tak mau. Haihhhh.

Keseluruhan, tempat ni tak la besar mana. Lot kedai dua tingkat. Tapi menarik la. Anak-anak pun suka. Walaupun ada certain area yang tak boleh nak masuk sebab kena buka kasut jadi leceh, sipi-sipi la gak masuk sikit. Hihihi.. Sorry ye. Banyak lagi gambar, tapi malas nak edit. 

Nanti sambung lagi yang ke Bukit Bendera pula ye. Entry pendek-pendek sudehhh.

Jan 16, 2019

Jalan-jalan | Penang Street Art

Assalamualaikum wbt...

Arghh, lantak situ semua entry nak cerita jalan-jalan je. Dah itu modal yang ada. Segan nak up gambar banyak-banyak kat fb atau ig, so blog je la jadi mangsa. Pertengahan bulan 12 2018 ada la bercuti tanpa dirancang ke Penang. Gara-gara secara tetibe nak ke kenduri kawen kawan husband kat Kedah, so kite lajak sikit ke Penang. Plan nak ke Langkawi terkubur begitu sajooo.. Penang jua la arah tujuan. Malam sebelum gerak ke Kedah tu la baru nak cari hotel. Hotel pun duduk hotel bajet je memandangkan bajet yang ada pun ngam-ngam ho je.

sampai je terus ikut rombongan pengantin berarak. Tu yang muka dah menyerupai lepat ubi.



 
Balik kenduri kawen, terus ke Penang. Nak try test naik feri ke Georgetown. Weyhh, serius semua ni tak plan langsung. Usha harga tiket, waze jalan semua last minute. Harga tiket Feri RM7.70 satu kereta. Tol lalu jambatan RM7.


Hotel bajet yang sangat bajet. Buka pintu terus katil. Pintu kaca tu bilik air dia. Kesilapan kedua, aku stay kat Butterworth. Sepatutnya stay kat Georgetown kalau nak ronda-ronda Penang tu. So perabih duit duk bayar tol nak masuk Georgetown tu je.


Hari kedua aku pulun jalan serata tempat sebab dah malas nak masuk Georgetown lagi, bazir duit bayar tol tau tak. Tempat first pegi, Penang Street Art. Allahuuuu, ramainya manusia. Maklumla, pergi masa cuti sekolah. Lepas tu tak best sebab ko kena cari gambar-gambar kat dinding tu kat merata tempat. Gigih pulak kan aku nak jalan dengan anak-anak yang kadang-kadang tak bagi kerjasama. Fenatnya lahaiiii..


 
Anak-anak kurang berminat nak buat gaya. Kena paksa baru nak angkat tangan tu. Hurmmm.


Betul-betul tepi longkang beb, salah step boleh masuk dalam tu. Tu yang amik gambar je, tak ada nak acah-acah buat aksi bagai.


Rehat sekejap kat buai. Penat cari lukisan. Aku dan husband lagi penat sebab anak-anak merengek penat berjalan. Ada la beca, tapi mahal oiii. Beca tak berapa lawo lak tu.


Ni memang dah penat sangat. Yang baju kuning tu dah penat dan merajuk. Yang baju merah tu aktif dan cergas lagi. Yang tengah tu dah flat. Padahal awal lagi.

Kesimpulannya, kalau nak jalan ke Penang Street Art ni, kalau bawa anak, better ko guna carrier atau lightweight stroller. Entah ke mana-mana je perginya nanti. Nak parking pun payah. Pastu nak amik gambar kat memana 3D art tu, kalau ramai orang kena take turn. Alahaiii. Kena lak husband aku bukan suka seni macam tu, lagi la malas. Aku pun sama gak. Hahahaha. Kalau pergi Penang lagi, kami tak akan repeat ke sini. Minta Maaf.

Next entry, Penang 3D Trick Art Museum. Sumbat satu entry kang penuh gambar.

Jalan-jalan | Aquaria KLCC

Assalamualaikum wbt..

Allahuuu, bagi la aku semangat untuk update blog ni dengan serajinnya. Banyak je cerita nak share, cuma tu la, macam tak ada masa. 2019 nak rajin semula, ecehhhh...

Jalan-jalan ke Aquaria ni dah lama sebenarnya, tapi saje nak share kat blog gak. Aku ni sebagai mak memang cuba gak nak cari masa dan peluang nak bawa anak-anak jalan-jalan, pergi area dekat-dekat pun dah ok je sebenarnya sebab anak-anak pun bukan jenis demand. Tambah lak aku ni kaki shopee, suka usha semua benda kat shopee, dah alang-alang tu try la usha tiket Aquaria KLCC, wow harga memang murah banyak dari ko beli kat kaunter.

Tiket Dewasa RM31.30, tiket kanak-kanak RM19.00. murah dah kan tu? so aku syorkan korang beli la kat shopee atau online yang lain. Jenuh nak beratur beli tiket kat kaunter nanti.


Nak redeem tiket ni senang, nanti pihak seller akan emel kat ko, pastu ko tunjuk emel tu kaunter plus tunjuk Mykad & Mykid, so dapatla pass masuk. Senangggggg..

Tapi tu la, silap hari bulan aku pergi sebab ramai giler budak sekolah. Mostly sekolah tadika la. Riuhnya jangan cakap la sampai aku pening. Anak aku lak bila dah menyelit kat celah-celah diorg, dah macam budak tadika tu gak. Nasib la baju boleh cam. 

terpegun gak tengok ikan-ikan ni. tapi tu la, nak amik gambar pun terhad sebab ramai nauuuu manusia. Btw, masa masuk tu area pintu masuk ada la macam kawasan terbuka yang ko boleh pegang segala haiwan kat situ. Aku dapat lepak sekejap je sebab dah berebut dengan anak-anak sekolah tadika. Nak amik gambar pun tak boleh. Haihhhh.



ikan-ikan besar ni kat tingkat bawah. Serius, yang ni anak-anak memang kagum. Aku pun jakun gak. Memang lama sikit lepak kat area sini. Ikan ni rasanya lagi besar dari Dilfi la. Sekali ngap tu mesti hilang.


yang ni budak berdua tu statik tengok landak laut. Landak laut ni haiwan laut kegemaran Danish. Kalau buka youtube, dia memang cari landak laut. Mommy sendiri tak faham kenapa.


Ni haaaaaa landak laut tu. Dah la tak bergerak, macam ni yang Danish kagum sangat tu. 


kat sini ada shark kecik tu. ni entah kali keberapa ratus kali aku snap baru dapat gambar proper sebab dia berenang laju giler. 


Kekaguman nampak Dori. Masa ni tunggu turn nak masuk terowong. Bagi budak-budak sekolah masuk dulu. Kalau sumbat semua dalam tu, mau pengsan aku.


ni dalam terowong tu. Ikan tak banyak berkeliaran. Maybe mereka malu. 


ikan pari je la yang rajin jenguk kitaorang. Muka ngeri ikan pari ni buat Dilfi takut. Nak berdukung je. Letih laaaa


ni acah-acah ada kapal karam. Mommy je la yang menikmati keindahan kapal ni. Anak-anak sibuk cari shark. Bertabah je la mami dan ayah.


yang ni Danish dan Dilfi panggil Mr. Crab, pengaruh kartun Spongebob Squarepants. Suka hati je nak bagi nama. 


kawasan luar terowong. Ada penyu dan shark jugak.


Dapat snap gambar penyu je la sebab shark tu macam pening, duk pusing-pusing macam mabuk je nengoknya.




okey, habis dah pengembaraan kami empat beranak ke Aquaria KLCC. Anak-anak happy, ayah dan mami lagi happy. Berbaloi beli tiket, berasak-asak dengan orang ramai, berebut nak amik gambar etc..etc.. 

Doakan ayah dan mommy dilimpahkan rezeki, boleh la kite jalan jauh sikit ye anak-anak. ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...