Jan 16, 2019

Jalan-jalan | Penang Street Art

Assalamualaikum wbt...

Arghh, lantak situ semua entry nak cerita jalan-jalan je. Dah itu modal yang ada. Segan nak up gambar banyak-banyak kat fb atau ig, so blog je la jadi mangsa. Pertengahan bulan 12 2018 ada la bercuti tanpa dirancang ke Penang. Gara-gara secara tetibe nak ke kenduri kawen kawan husband kat Kedah, so kite lajak sikit ke Penang. Plan nak ke Langkawi terkubur begitu sajooo.. Penang jua la arah tujuan. Malam sebelum gerak ke Kedah tu la baru nak cari hotel. Hotel pun duduk hotel bajet je memandangkan bajet yang ada pun ngam-ngam ho je.

sampai je terus ikut rombongan pengantin berarak. Tu yang muka dah menyerupai lepat ubi.



 
Balik kenduri kawen, terus ke Penang. Nak try test naik feri ke Georgetown. Weyhh, serius semua ni tak plan langsung. Usha harga tiket, waze jalan semua last minute. Harga tiket Feri RM7.70 satu kereta. Tol lalu jambatan RM7.


Hotel bajet yang sangat bajet. Buka pintu terus katil. Pintu kaca tu bilik air dia. Kesilapan kedua, aku stay kat Butterworth. Sepatutnya stay kat Georgetown kalau nak ronda-ronda Penang tu. So perabih duit duk bayar tol nak masuk Georgetown tu je.


Hari kedua aku pulun jalan serata tempat sebab dah malas nak masuk Georgetown lagi, bazir duit bayar tol tau tak. Tempat first pegi, Penang Street Art. Allahuuuu, ramainya manusia. Maklumla, pergi masa cuti sekolah. Lepas tu tak best sebab ko kena cari gambar-gambar kat dinding tu kat merata tempat. Gigih pulak kan aku nak jalan dengan anak-anak yang kadang-kadang tak bagi kerjasama. Fenatnya lahaiiii..


 
Anak-anak kurang berminat nak buat gaya. Kena paksa baru nak angkat tangan tu. Hurmmm.


Betul-betul tepi longkang beb, salah step boleh masuk dalam tu. Tu yang amik gambar je, tak ada nak acah-acah buat aksi bagai.


Rehat sekejap kat buai. Penat cari lukisan. Aku dan husband lagi penat sebab anak-anak merengek penat berjalan. Ada la beca, tapi mahal oiii. Beca tak berapa lawo lak tu.


Ni memang dah penat sangat. Yang baju kuning tu dah penat dan merajuk. Yang baju merah tu aktif dan cergas lagi. Yang tengah tu dah flat. Padahal awal lagi.

Kesimpulannya, kalau nak jalan ke Penang Street Art ni, kalau bawa anak, better ko guna carrier atau lightweight stroller. Entah ke mana-mana je perginya nanti. Nak parking pun payah. Pastu nak amik gambar kat memana 3D art tu, kalau ramai orang kena take turn. Alahaiii. Kena lak husband aku bukan suka seni macam tu, lagi la malas. Aku pun sama gak. Hahahaha. Kalau pergi Penang lagi, kami tak akan repeat ke sini. Minta Maaf.

Next entry, Penang 3D Trick Art Museum. Sumbat satu entry kang penuh gambar.

6 comments:

  1. dah besar dah anak2 kita kan... tup tup je.. sebab dah lama tak update blog. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..tula..skang ni la baru agak rajin ckit..

      Delete
  2. ehehe.. biasa tu da pegi sekali memang orang tamo repeat hahaha. panas pulak tu. x cuti pun org ramai.. tataula mana mai =P

    ReplyDelete
  3. jauhnya pi stay kat buuterworth kak. Ika stay georgetown. Memang kalau art street tu berlecah ketiak hahahaha. Last pegi Adra kcik lagi ika pakai carrier. naik basikal. Tu pon mak ak ketii basah hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..sbb dh suntuk sgt ms nk cri hotel.. satu lg akak stay kt butterworth sbb nak pegi umah pakcik akak kat sungai dua lak..

      Delete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...