Feb 26, 2019

Makan-makan | Paramount Coffee House

Assalamualaikum wbt.

Macam biasa kalau lunch hour hari Jumaat memang aku and the gang makan kat luar ofis. Boring wooo makan nasi kantin je. So last week makan kat PARAMOUNT COFFE HOUSE, Bangi. Itu pun sebab aku ada nampak promo untuk Happy Set and Dinner. Harga agak berbaloi sebab include air. Hari Rabu aku call pihak restoran, tanya kot-kot boleh buat booking. Nasib baik boleh, reserved meja pun jadi la sebab confirm ramai orang.  Dah bagitau dalam kul 1pm lebih sampai sana. Kebetulan ada sorang staff nak resign, so buat farewell sekali. Okey, sedih. Ohya, restoran ni kat Bangi Sentral, sederet dengan butik telekung Siti Khadijah. Bumbung kaler maroon.

Mampu snap gambar depan buku menu je sebab menu terlalu banyak. Habis kodak aku nanti.

Dah cakap tadi kan aku tergugat iman tengok promo set dia. So mostly dari kitorang order set tu. Meh tengok ni dulu. πŸ‘‡πŸ‘‡


Menu Happy set lunch and dinner.  Harga semua sama tau, RM10.90. Jangan ko tanya lagi ye.


PARAMOUNT FRIED RICE. Aku tak rasa ni, tapi kawan aku kata sedap.


MAK'S CHILI PADI CHICKEN. Highly recomended sebab sambal dia tu cukup rasa. Banyak pulak tu. Meleleh-leleh air hidung tau. 


ICE PASSION HONEY LEMON. Air ni include dalam set happy lunch and dinner tu. Sedap!!



WHITE RICE SPICY DENDENG. Ni tak ada dalam set happy tu. Daging sedap!


PARAMOUNT GRILLED CHICKEN CHOP. Ni pun tak ada dalam set. Aku tak makan yang ni. Tanya kawan aku pun kata sedap. Tapi aku tengok pun dah nampak sedap.πŸ˜‹




AGLIO OLIO. Kawan aku kata agak pedas. Yela, yang makan pun cina, dia mana tahan pedas sangat. Tapi peda-pedas pun licin gak dia bedal. Kahhh


MOUNTAIN CHOCO BERRY (RM14.90). Hadehhh, ni memang sedap. Ehh, apsal semua sedap ni hoi.



Geng makan hari tu. Yang depan sekali ni la yang resign, Ms. Kong CL. Seronok la beliau kat tempat baru nanti.

Okey, cerita farewell belum lagi. Baru nak share cerita makan. Overall memang sedap. Portion besar. Cuma tu la, servis lambat sikit sebab tengok staff pun macam tak ramai. Suasana dalam tu ok. Sebenarnya ada order roti bakar gak. Tak sempat snap gambar, dah ngap habis sebab laparudin sangat tunggu makanan yang lain. 

Sekali lagi, sape yang belum pernah pegi dan terasa nak pergi, pergi je Bangi Sentral, bahagian blok belakang, sederet dengan butik Telekung Siti Khadijah. Okey, selamat mencuba. Adios!






Feb 22, 2019

Selamat bertunang Adik & Adik ipar

Assalamualaikum wbt..

Walaupun agak lama cerita ni, nak share jugak buat kenangan. Adik dan adik ipar (adik kepada suami) dah pun selamat jadi tunangan orang. Omputih kata one step closer nak jadi wife orang. Adik aku bertunang bulan 12 2018, adik ipar lak bertunang 01 2019. Sebulan gak la beza. 

Dan kebetulan dedua ni anak bongsu dalam adik beradik. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Majlis adik aku berlangsung kat umah mak aku, Batu Pahat, Johor. Orang paling happy dah tentu adik aku. Yela, nak berlaki dah. Kahhh, miang!!

Adik beradik aku..yang baju oren tu adik ipar aku. 


muka ada senyiummm masa sarung cincin dari bakal mak mertua.


Hantaran dari adik aku. Mostly aku yang gubah. Ecehhh.


Dulang hantaran totally 100% aku yang buat. Buat lak masa demam teruk dengan suspek dengginya, anak-anak pun demam. Aku siapkan dalam masa 3hari je ni. Gagahkan jugak badan ni.


Habis majlis, amik gambar dengan bakal mak mertua n bapa mertua. Belakang tu rumah aku, rumah kampung je.



Majlis adik ipar pulak kat Kuantan, Pahang. Tu yang aku boleh pergi kemaman makan udang celup tepung kat Terengganu sebab dekat je dari rumah mak mertua aku.

Bakal pengantin dengan bakal mak mertua masing-masing. Simple je majlis adik ipar aku, dia tak nak besar-besar. Hantaran tu pun dalam keterpaksaan je buat. Hahaha..sian dia.


Aku pun nak menyelit gak amik gambar dengan bakal pengantin. 


Hantaran dari kedua-dua belah pihak. Macam aku cakap tadi, simple je. Yang ni aku tak sempat tolong sebab last minute. Yang buat sepenuhnya cuma sirih junjung tu je dengan hias kotak kek. Jadila dari tak ada sumbangkan apa-apa kan.


 Btw, InsyaAllah majlis adik aku tahun depan, dan majlis adik ipar aku beberapa bulan je lagi. Skang aku ngah cari idea nak buat dulang hantaran adik ipar aku pulak. Next week baru nak beli barang. Well, itu memang minat aku dan nasib baik anak-anak tak kacau pun aku buat kerja tu.

Selamat bertunang dedua adik bongsu. Moga segala urusan dipermudahkan. Moga kekal bahagia hingga syurga ♥♥♥

Feb 21, 2019

Cuti-cuti | Promosi Malindo Air

Assalamualaikum wbt...

Musim cuti kini datang lagi untuk menghabiskan duit kita dan membina memori! Ecehhhh, ayat padu kooo. Kalau korang ada plan nak heret keluarga atau kawan-kawan korang pergi bercuti, ini masanya! Kalau korang plan nak pergi travel atau short trip ke Kota Kinabalu, aku syorkan yang korang pergi sana naik flight Malindo Air sebab diorg tengah buat promosi best gaisss. Bukan sikit tau promosi, tapi Malindo Air ada buat banyak gila promosi untuk domestik trip. Kalau korang tengah serabut nak cari tiket balik kampung, korang boleh cari Malindo, konpem diorang ada promosi tu nak nak time cuti perayaan. Ini serius.




Untuk korang yang nak teringin sangat nak menghabiskan percutian kat Kota Kinabalu, Sabah, korang dijangka boleh mendapatkan Malindo promotion serendah RM98 untuk tambang asas Kelas Ekonomi. Apa yang perlu korang perlu buat ialah ke laman web Malindo Airline dan klik pada pautan Early Bird Sale diorang. Kat sana nanti, syarikat penerbangan itu bagi korang pelbagai pilihan sama ada untuk perjalanan dengan Ekonomi atau Kelas Perniagaan dengan pelbagai harga yang berpatutan! The best part is, Malindo memberikan anda 20 kg bagasi percuma! Ulang sekali lagi, PERCUMA!!! Dah cukup untuk korang dan family nak angkut hasil shopping korang tuuu. Malindo juga menawarkan anda pilihan untuk book direct flights to Kota Kinabalu atau transit ke Lapangan Terbang Singapura kalau korang plan nak extend lagi holiday korang. Holiday sekejap-sekejap mana puas khennn, musti nak lama-lama sikit.

 



Dah kenapa aku asyik sebut Kota Kinabalu ni? Best apa KK, saja lah nak promote πŸ˜ƒ. Selain dari pantai-pantai dan pulau-pulau diorang yang memang cantik dan berhampiran, ibu kota Sabah juga merupakan tempat pelancongan yang indah, terutama sekali dengan panorama Gunung Kinabalu yang majestic gila. Dulu dikenali sebagai Jesselton waktu zaman-zaman penjajahan Inggeris. Selain daripada kaya dengan latar belakang sejarahnya, kota ini juga kaya dengan masyarakat berbilang kaum yang mana terdapat sembilan kumpulan etnik berlainan yang mengamalkan agama dan kepercayaan yang berbeza. Bahasa utama yang digunakan di rantau ini adalah bahasa Melayu dengan dialek Sabahan.

Kinabalu Mountain Lodge
Saujana mata memandang😍


Kalau datang Kota Kinabalu, korang wajib melawat Kundasang yang dikatakan New Zealand versi Malaysia! Kalau nak fefeeling ada di NZ, tak payah pergi NZ, pergi Kundasang pun dah cukup feeling macam kat NZ uolsss.

Desa Dairy Farm
NZ Malaysia!!!


Bandar pelabuhan tepi laut juga dikelilingi dengan beberapa pulau indah yang terkenal dengan perairan jelas berwarna biru dan terumbu karang yang berwarna-warni. Jadi, kalau korang jenis yang sukakan cabaran, korang boleh cuba aktiviti air yang ada dekat di sana! Pulau-pulau ini boleh diakses dengan menaiki bot dari pelabuhan Kota Kinabalu sendiri.
Gaya Island Beach


Makanan? Jangan risau beb, bandar ini dibanjiri dengan pelbagai jenis restoran seperti makanan laut, hidangan tempatan, hidangan pelbagai kaum dan juga hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera makan anda! Syurga seafood woihhh, feveret aku gak tu!!

amacam, menggiurkan tak??πŸ˜‹


Jap jap, belum habis lagi, dekat KK juga ada pelbagai hotel murah dan hotel mewah yang menghiasi kota Kota Kinabalu. Jadi, korang tak perlu risau di mana untuk menginap bila korang dah ada dekat sana malam! Tapi, kalau nak dapatkan harga yang terbaik, korang kena buat research sikit. Korang kena bandingkan harga hotel-hotel ini sebelum korang bertolak ke sana untuk pastikan harga yang korang dapat tu harga yang terbaik serta lokasinya juga tak menghampakan sangat.



 







Masih berfikir tentang destinasi percutian korang yang seterusnya? Dahhh, jangan banyak fikir, sakit otak pulak nanti. Korang terjah ke Kota Kinabalu weh! Pergi ke laman web Malindo dan buat booking korang sekarang! Kalau lambat, memang rugi. Ini serius!!

Selamat bercuti!!!!!!!! 😏😏

Feb 14, 2019

Me time | K Fry Urban Korean, ioi City Mall

Assalamualaikum wbt..

Tahun kedua buat Me Time dengan dak ofis. Kali ni ada dua Chinese join, last year diorg tak join. Dah alang-alang nak raya Cina (tarikh tu), diorg ambil kesempatan untuk shopping baju raya sekali. Beria betul shopping masa tu. Aku pulak yang sakit kaki sebab tak pernah pusing mall dari kul 10pagi sampai 4petang. 

Sebelum agenda shopping bermula, memang dah plan nak makan kat KFry, nak acah-acah jadi orang Korea sebab aku asyik la terliur orang up video yang tarik-tarik cheese dan balut ayam tu. Ni la harinya nak makan gaya urban sikit. Gittewww. Maka K Fry Urban Korean kat Ioi City Mall menjadi pilihan. Siap ada meeting 4 hari sebelum sebab nak pilih menu. Kahhhh

Okey, nak makan kat sini tak masalah sama ada nak booking dulu atau just walk in. Tapi risiko walk in, ko kena tunggu lama sikit la. Bergantung kepada berapa ramai customer masa tu. Aku book awal-awal, 3 hari sebelum tarikh nak makan. Just book tempat je. Aku book thru FB. Senang je, bagitau nak datang bila dan berapa orang. Restorang buka kul 11.30am, dia suruh ko ada kat sana 15 minit sebelum. On time kami sampai sana hokeyyy. 


kiri : DAK KIMCHI FRIES (RM 13.90)  kanan : K’FRY HONEY BUTTER WINGS (RM 18.90). Review jujur dari aku, dedua ni sedap giler. Ayam ni yang habis dulu. Fries tu sedap, tapi tak habis sebab dalam menu ayam salut cheese tu dah bersepah fries. Makanya, tapau la fries ni. 


Melting kan. Siyes sedap. πŸ‘πŸ‘



K’RAZY SPICY CHEESY FRIED CHICKEN BUMBUK  (RM 51.90). Yang ni best giler, memang sedap. Pedas dia memang kaw. Sampai ke hidung rasa pedas dia. Kejadian ni sebelum dia salut cheese ye. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tu haaa, ada la sikit yang dah salut cheese. Makan panas-panas memang sedap.


ORIGINAL CHEESY FRIED CHICKEN BUMBUK (RM 48.90). Dua jenis bumbuk ktorang order. Yela, kan ada budak Cina tu, diorang mana boleh makan pedas. Yang ni aku tak makan. Tak tau apa rasa. Tapi bila tanya kawan tu, dia kata sedap. 


TTEOKBOKKI WITH CHEESE & SEAFOOD (RM 33.90). Ni si budak Cina (eliz) yang nak. Dia terpengaruh dari drama Korea, katanya sedap sebab pernah makan kat Dubuyo. Order la jugak untuk dia.Tengok, semua benda dia nak cheesekan. Halahhhh..


Kejadian lepas digaul dengan cheese. Kuah memang pekat+pedas. Aku try la gak. Dalam tu ada kupang, sotong, rice cake, pastu macam suhun tapi suhun gemok. Boleh makan sikit je sebab kenyal sangat, lama nak lumat. 


Untuk Bingsoo, kitorang order 3. Alahaiii, memang banyak kannn. Tapi habis uolsss. Air tak order sebab dapat air kosong free 3 jug. Apadehal kan. Meh kite ke segmen memperkenalkan Bingsoo ye kawan-kawan. Cehhh...

MANGO BINGSOO (RM 26.90). Bingsoo utama yang kitorang nak. Sedap!! Cuma kalau mango ni manis lagi, lagiiiii sedap. Memang yummeyhhh.




WATERMELON BINGSOO (RM 23.90). Terpaksa order watermelon sebab mula-mula nak order melon, melon pulak habis. Bedal je la. Ni kureng sedap sebab yela, dah biasa makan tembikai kan. Hahahaha, kuajo betul.



STRAWBERRY CHEESECAKE BINGSOO (RM 25.90). Sumpah sedap. Dalam dia ada cheesecake. Pilihan yang tepat sekali. Manis+masam memang ngam betul.





Okey, ni bukan makanan. Tapi kami yang mentekedarah. 7 orang geng makan, geng pantry, geng membawang semua ada. Tapi yang utama, geng makan la. Semua ni mak orang dah, tak ada anak dara. Tina, Shida, Kong, Nadia, Eliz, Mila & Nisha. Tq korangggg..πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Keseluruhan makanan kat KFry Urban Korean ni memang sedap, kena la sikit dengan tekak sebab ada certain menu yang tak boleh telan. Ada yang tanya nape tak try riceball dia. Jawapan aku, entah macam tak berkenan. Geng pun okey je tak order rice ball tu. Staf kat situ semua friendly, cuma ada sorang yang masam muka sikit (hempas resit kat meja). Adala aku tegur sikit kat staf lain, lepas tu tengok okey dah. Aku bagi 9.5/10 bintang!!!πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Feb 12, 2019

Makan-makan | Warung Aziz Satar Kuala Kemaman

Assalamualaikum wbt..

Post #throwback lagi. Tak sempat nak menaip terus. Banyak kerjaan. Balik Kuantan bulan Januari lepas sebab adik ipar bertunang. Keesokan hari lepas kenduri, tekak macam nak makan celup-celup tepung sebab dah lama husband ajak, tak menyempat nak pergi. Kali ni nak pergi jauh sikit, padahal Kemaman je pun, sempadan dengan Kuantan. Bolehla, masuk negeri orang dah kan. Mula-mula tak tau gak nak pergi mana. Mengenangkan mak mertua nak beli sos keropok ikan sedap kat area sana, jadi aku pun google la. Jumpa la Warung Aziz Satar Kuala Kemaman ni. Ramai bagi review best, kita kasi try la satu kali.

Otw nak ke Warung Aziz satar ni, nampak dah kedai keropok yang mak mertua nak pergi tu. Ngam sangat sebab tak jauh pun antara kedai ni. Masa sampai tu ngam-ngam zuhur, orang tak ramai sebab masa tu cuti Thaipusam dan maybe negeri tu tak amik cuti Thaipusam. Ada la juga nampak macam orang luar Terengganu. Masuk tu dah blurr sebab tak ada welcoming dari waiter or staff. Rupanya dia macam ala-ala foodcourt gitu. Ko carila meja kosong sendiri, duduk pastu order makan sendiri. Dia tak datang ke meja korang ye, harap maklum. 


ni stall jual sotong celup tepung. Kira by gram. Aku tak ingat harga dia, kalau tak silap RM10 setiap 100gram. Rasanya laaa. Selain tu ada akok gak, tapi tak beli pun.





Stall udang dan ketam celup tepung. Yang ada harga cuma udang galah je. Udang biasa tu 10ekor RM 12. Haaa, agaknya la sebab aku lupa gak. Yang ketam tu tak sure harga berapa sebab tak amik pun. Fikir macam susah je nak ratah ketam goreng.


yang aku bulatkan tu semua orang tau kan apa, dah tentu la otak-otak. Tapi lain dari otak-otak yang biasa aku makan tu. Yang dulu femes otak-otak Kempas tu kaler merah pastu isi ikan dah proses la. Yang ni seketul isi ikan. Menarik gak la rasa dia. 


Yang bulat kecikkk tu la satar. Allahuuu, sedap giler. Feveret aku ni oitt. Gambar yang bulat-bulatkan ni tak sempat nak snap yang kejadian helok. Nak suap anak lagi, nak suap diri sendiri lagi, nak snap gambar memang tak ada masa. Tak memasal kang pinggan melayang atas kepala sebab sebok naw amik gambar. Yang penting, siap tapau satar bawa balik rumah. Odap sangat lah!!! Tapau pulut panggang, tapi basi. Bukan rezeki.



balik mencekik dan menternak lemak, singgah pulerrr kat Pantai Batu Hitam. Pantai feveret anak-anak kalau balik Kuantan. Tapi tak sangka lak masa tu angin kuat sangat-sangat. Berterbangan tudung. Mata pulak masuk pasirrr. Tapi syok.


Paling syok budak berdua ni. Ayah dah redha dengan perangai anak-anak. Masa ni slumber je anak-anak kaut pasir guna tangan. 

Sebelum balik, mak mertua lanje eskem. So, bertalu-talu la lemak menyerap ke tubuh badan. Diet, apa tu??!!!



Btw, kalau balik Kuantan aku memang tewas dengan makanan kat sana sebab aku penggemar makanan pantai timur. 


So yeahh, next entry pasal makan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...