Feb 26, 2019

Makan-makan | Paramount Coffee House

Assalamualaikum wbt.

Macam biasa kalau lunch hour hari Jumaat memang aku and the gang makan kat luar ofis. Boring wooo makan nasi kantin je. So last week makan kat PARAMOUNT COFFE HOUSE, Bangi. Itu pun sebab aku ada nampak promo untuk Happy Set and Dinner. Harga agak berbaloi sebab include air. Hari Rabu aku call pihak restoran, tanya kot-kot boleh buat booking. Nasib baik boleh, reserved meja pun jadi la sebab confirm ramai orang.  Dah bagitau dalam kul 1pm lebih sampai sana. Kebetulan ada sorang staff nak resign, so buat farewell sekali. Okey, sedih. Ohya, restoran ni kat Bangi Sentral, sederet dengan butik telekung Siti Khadijah. Bumbung kaler maroon.

Mampu snap gambar depan buku menu je sebab menu terlalu banyak. Habis kodak aku nanti.

Dah cakap tadi kan aku tergugat iman tengok promo set dia. So mostly dari kitorang order set tu. Meh tengok ni dulu. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Menu Happy set lunch and dinner.  Harga semua sama tau, RM10.90. Jangan ko tanya lagi ye.


PARAMOUNT FRIED RICE. Aku tak rasa ni, tapi kawan aku kata sedap.


MAK'S CHILI PADI CHICKEN. Highly recomended sebab sambal dia tu cukup rasa. Banyak pulak tu. Meleleh-leleh air hidung tau. 


ICE PASSION HONEY LEMON. Air ni include dalam set happy lunch and dinner tu. Sedap!!



WHITE RICE SPICY DENDENG. Ni tak ada dalam set happy tu. Daging sedap!


PARAMOUNT GRILLED CHICKEN CHOP. Ni pun tak ada dalam set. Aku tak makan yang ni. Tanya kawan aku pun kata sedap. Tapi aku tengok pun dah nampak sedap.๐Ÿ˜‹




AGLIO OLIO. Kawan aku kata agak pedas. Yela, yang makan pun cina, dia mana tahan pedas sangat. Tapi peda-pedas pun licin gak dia bedal. Kahhh


MOUNTAIN CHOCO BERRY (RM14.90). Hadehhh, ni memang sedap. Ehh, apsal semua sedap ni hoi.



Geng makan hari tu. Yang depan sekali ni la yang resign, Ms. Kong CL. Seronok la beliau kat tempat baru nanti.

Okey, cerita farewell belum lagi. Baru nak share cerita makan. Overall memang sedap. Portion besar. Cuma tu la, servis lambat sikit sebab tengok staff pun macam tak ramai. Suasana dalam tu ok. Sebenarnya ada order roti bakar gak. Tak sempat snap gambar, dah ngap habis sebab laparudin sangat tunggu makanan yang lain. 

Sekali lagi, sape yang belum pernah pegi dan terasa nak pergi, pergi je Bangi Sentral, bahagian blok belakang, sederet dengan butik Telekung Siti Khadijah. Okey, selamat mencuba. Adios!






4 comments:

  1. Macam best. Tak pe nanti nad pergi kl nad boleh la pergi sana ๐Ÿค—

    ReplyDelete
  2. Bukan restoran ni ustaz Ebit Liew punya kan?

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...