Feb 12, 2019

Makan-makan | Warung Aziz Satar Kuala Kemaman

Assalamualaikum wbt..

Post #throwback lagi. Tak sempat nak menaip terus. Banyak kerjaan. Balik Kuantan bulan Januari lepas sebab adik ipar bertunang. Keesokan hari lepas kenduri, tekak macam nak makan celup-celup tepung sebab dah lama husband ajak, tak menyempat nak pergi. Kali ni nak pergi jauh sikit, padahal Kemaman je pun, sempadan dengan Kuantan. Bolehla, masuk negeri orang dah kan. Mula-mula tak tau gak nak pergi mana. Mengenangkan mak mertua nak beli sos keropok ikan sedap kat area sana, jadi aku pun google la. Jumpa la Warung Aziz Satar Kuala Kemaman ni. Ramai bagi review best, kita kasi try la satu kali.

Otw nak ke Warung Aziz satar ni, nampak dah kedai keropok yang mak mertua nak pergi tu. Ngam sangat sebab tak jauh pun antara kedai ni. Masa sampai tu ngam-ngam zuhur, orang tak ramai sebab masa tu cuti Thaipusam dan maybe negeri tu tak amik cuti Thaipusam. Ada la juga nampak macam orang luar Terengganu. Masuk tu dah blurr sebab tak ada welcoming dari waiter or staff. Rupanya dia macam ala-ala foodcourt gitu. Ko carila meja kosong sendiri, duduk pastu order makan sendiri. Dia tak datang ke meja korang ye, harap maklum. 


ni stall jual sotong celup tepung. Kira by gram. Aku tak ingat harga dia, kalau tak silap RM10 setiap 100gram. Rasanya laaa. Selain tu ada akok gak, tapi tak beli pun.





Stall udang dan ketam celup tepung. Yang ada harga cuma udang galah je. Udang biasa tu 10ekor RM 12. Haaa, agaknya la sebab aku lupa gak. Yang ketam tu tak sure harga berapa sebab tak amik pun. Fikir macam susah je nak ratah ketam goreng.


yang aku bulatkan tu semua orang tau kan apa, dah tentu la otak-otak. Tapi lain dari otak-otak yang biasa aku makan tu. Yang dulu femes otak-otak Kempas tu kaler merah pastu isi ikan dah proses la. Yang ni seketul isi ikan. Menarik gak la rasa dia. 


Yang bulat kecikkk tu la satar. Allahuuu, sedap giler. Feveret aku ni oitt. Gambar yang bulat-bulatkan ni tak sempat nak snap yang kejadian helok. Nak suap anak lagi, nak suap diri sendiri lagi, nak snap gambar memang tak ada masa. Tak memasal kang pinggan melayang atas kepala sebab sebok naw amik gambar. Yang penting, siap tapau satar bawa balik rumah. Odap sangat lah!!! Tapau pulut panggang, tapi basi. Bukan rezeki.



balik mencekik dan menternak lemak, singgah pulerrr kat Pantai Batu Hitam. Pantai feveret anak-anak kalau balik Kuantan. Tapi tak sangka lak masa tu angin kuat sangat-sangat. Berterbangan tudung. Mata pulak masuk pasirrr. Tapi syok.


Paling syok budak berdua ni. Ayah dah redha dengan perangai anak-anak. Masa ni slumber je anak-anak kaut pasir guna tangan. 

Sebelum balik, mak mertua lanje eskem. So, bertalu-talu la lemak menyerap ke tubuh badan. Diet, apa tu??!!!



Btw, kalau balik Kuantan aku memang tewas dengan makanan kat sana sebab aku penggemar makanan pantai timur. 


So yeahh, next entry pasal makan lagi.

1 comment:

  1. Nengok gambar pun rasa berselera. Akak tak pernah makan satar, mungkin kena cuba satu hari nanti.

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...