Jul 25, 2019

Cuti-cuti : Noor Arfa River Chalet, Chendering, Terengganu

Assalamualaikum wbt.

Macam biasa, share cerita bila dah ada idea. Last week aku ke Terengganu, untuk majlis bertandang adik ipar aku kat Chendering. Pihak pengantin lelaki dah book chalet untuk family kitorang. Majlis berlangsung kat Dewan Terbuka Noor Arfa Craft Complex, jadinya kami duduk kat chalet Noor Arfa tu. Owner Noor Arfa ni pulak makcik pengantin lelaki, tu yang dapat harga murah. 

Masa mula-mula sampai tu kagum gak sebab bersih, view cantik dan kami pun discuss untuk stay lagi satu malam. Sekali lagi, dia bagi half price la kat kami ni. Kalau tak dapat half price pun, harga tetap bawah RM100, sangat la berbaloi. Korang google je NOOR ARFA RIVER CHALET.

ni view dari tepi Dewan Terbuka Noor Arfa Craft Complex.


 

view dari depan chalet. Chalet ni macam atas air, area tebing-tebing sungai. Susah pulak nak explain. Yang bestnya, bilik kami ni ada beranda yang mengadap sungai. Walau kadang-kadang ada bau tak best, tapi view memang sejuk mata memandang.



Bilik aku 2 katil single. (bersepah sebab aku acah-acah kemas semata-mata nak snap gambar. Nak check out dah pun ni)

Pintu tu adalah pintu yang menghubungkan dengan bilik sebelah. Jadi kalau korang datang dengan family, senangla nak menziarah, bergosip dan membawang.


Bilik air sedikit kecil. Tapi ok je, bukan nak tidur dalam bilik air pun kan. Yang penting bersih!!


 

Ni la yang aku cakap tadi, view sungai. Beranda yang korang boleh lepak sini sambil makan nasi. Tapi tula, terkadang ada bau yang kurang menyenangkan, bau air sungai tu. Yang bestnya, pagi-pagi boleh nampak dan dengar bot nelayan lalu. Allahuuu, biasa aku dengar bunyi kapal terbang je kat umah, bila kat sini bunyi bot. Serius best woi!!


View dari pintu luar. 

Sebelum nak masuk ke chalet, ada laluan kecik macam jambatan, bawah tu ada kolam ikan. Bersih je air dia dan ikan pun nampak terjaga.



Kalau pasal makan, jangan risau. Terengganu sangat terkenal dengan macam-macam celup tepung. Tapi kalau korang malas sangat nak keluar, nak drive, korang keluar je bilik, nahhh, ada kedai makan. Siap ada kawasan makan atas air lagi. View macam biasa, tetap cantik. Pilihan makanan pun banyak.

Keseluruhan percutian merangkap majlis bertandang adik ipar aku ni memang best. Aku memang dah lama giler tak pergi Terengganu, jadi bila pergi kali ni nampak, wowww, banyak giler perubahan. Satu yang aku sangat suka kat sini, kawasan bersih. Kat tepi-tepi jalan banyak tong sampah yang besar tu, dan orang kat sini alert, buang sampah memang dalam tong tu. Serius, salute.

Cuma tu la, masa sangat terhad. Aku plan nak jalan-jalan kat Kuala Terengganu pun terbantut. Cuma pergi Pantai Batu Buruk je, tu pun sebab bawa anak-anak main taman. Yang penting, puas makan celup tepung. Melantak tu je la masa kat sana. Pantai kat sana pun memang tip top!!

Kesimpulannya, NOOR ARFA RIVER CHALET sangat HIGHLY RECOMMENDED.

Ni direction nak ke sana ye NOOR ARFA RIVER CHALET.

1 comment:

  1. kami org Tganu pun gilakan makanan celup tepung. makan xleh benti..

    ReplyDelete

Tuan blog makin malas..mahap kalau tak reply komen.. tapi janganla mogok tak nak komen entry ye.. mekasehhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...